[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑴𝒂𝒓𝒄'𝒔 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕

Magsimula sa umpisa
                                    

Ryan terdiam. Mengapa abang memanggilnya Kytor?

Ketawa pahit Marc bergema di dalam bilik sambil air matanya bergenang.

"Kau rasa aku balik ni sebab kau?" sindirnya

"AKU BALIK NI SEBAB BONDA! SEBAB BONDA AKU!" Jeritnya.

"SEBAB KAU, BONDA SAKIT!" Marc menjerit dalam kesedihan, suaranya serak.

Kytor tersentak.

"Bon.. bonda sakit?" Dia tergagap-gagap, suaranya hampir tidak kedengaran.

Marc tergelak sinis.

"Kenapa? Terkejut? Selama ni mana kau ambil tahu hal semua orang. Kau ingat diri kau je. Kau tak ingat hati orang lain. Kau tak ingat penat lelah orang lain jaga kau. Hidup kau senang, makan, minum, tidur nak kena teman, apa yang kau nak, kau dapat."

"Abah dan bonda susah payah jaga kau dari enam tahun lepas, ini ke cara kau balas? Kenapa sedikit pun kau tak pernah berubah? Kau buat perangai, semua kucar-kacir risaukan keadaan kau. Aku tahu kau tak nampak semua tu. Tapi aku. Aku nampak semuanya. Aku nampak kesedihan abah dan bonda. Aku nampak kerisauan abah dan bonda. Lagi-lagi bonda aku terlalu risaukan kau. Cukup lah kau dah rampas kasih sayang bonda aku selama ni, aku boleh terima. Tapi bila kau buat bonda aku semakin sakit, aku tak boleh terima," ucap Marc, suaranya berat dengan kesedihan.

Sambil Marc merenung Ryan yang diam, dia mengeluh.

"Kytor."

Kytor memandang abangnya.

"Kau tak pernah bersyukur apa orang bagi kat kau, Kytor. Kau tak pernah," nada Marc dalam kekecewaan

Marc bangun dan meletakkan pinggan di dulang kembali.

"Aku tahu, kau culik kucing isteri aku. Kalau aku tahu perkara ni jadi lagi, aku takkan biarkan."

"A.. abang.." Suara Kytor bergetar.

"Nanti lapar, suruh Mustaqim suap kau."

Marc melangkah ingin keluar dari bilik.

"Kenapa..."

"kenapa tak bagitau yan.."

Langkah Marc terhenti. Terdengar ketawa sinisnya.

"Bonda tak nak kau tahu. Anak kesayangan.. nanti dia risau pulakan?"

Langkahnya terhenti lagi.

"Oh lagi satu, aku. tak. pernah. anggap. kau. adik. aku." Setiap perkataan ditekankan oleh Marc.

Marc keluar tanpa berpaling lagi, meninggalkan Kytor sendirian.





Mendengar sahaja dari mulut abangnya membuatkan Ryan tersentak.

"Aku tak pernah anggap kau adik aku"

"Aku balik sini bukan sebab kau, sebab bonda aku!"

"Bonda sakit, sebab kau."

Kata-kata Marc sebelum ini bergema di fikirannya, dan air mata jatuh ke pipi Ryan.

"B- bonda sakit.. bonda sakit.."

"Abang... tak sayang yan."

"Papa dah tak sayang yan..." tambahnya lagi, bergetar suaranya.

"Kenapa..." Kytor menunduk, memejam mata rapat.

Apa benar... dia dengar?

Bonda sakit?

"Argh!"

"Tuan!" Mustaqim bergegas selepas mendengar tuannya menjerit dari dalam.

"Kenapa tuan?"

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon