[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑴𝒂𝒓𝒄'𝒔 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕

Zacznij od początku
                                    

Marc terdiam seketika.

"Aku rasa kau patut maklumkan perkara ini ke boss kau," sarannya tegas.

"Tapi, dia masih belum-"

"Kau nak tunggu dia makin teruk ke baru nak maklumkan?" sampuk Marc, nadanya tegas.

Mustaqim terdiam.

"Aku masuk dulu. Tak perlu nak formal sangat dengan aku. Aku dah kenal lama kau dengan Han, qim." Marc meletakkan tangan di bahu Mustaqim.

Mustaqim menahan Marc.

"Apa-apa pun, Encik Marc, jangan terpedaya dengan riak wajahnya. Dia cuba memanipulasi emosinya supaya orang lain menanggalkan bajunya. Saya harap Encik Marc faham apa yang saya maksudkan."

Marc terdiam seketika, kemudian menolak pintu bilik Ryan dan menutupnya di belakangnya.

Dia melihat adiknya sedaya upaya cuba melepaskan ikatan baju itu.

"Bukaklah!!" Jeritnya tidak puas hati. Dia nampak abangnya di depan.

"Abang, buka baju yan." Ryan melembutkan nadanya, meminta simpati

Marc meletakkan dulang di atas meja kecil.

"Abang.."

Marc sedang membelakangi adiknya.

"Abang tak boleh buat begitu." Jawab Marc.

"Bon.. bonda mana. Bonda? Kenapa bukan bonda hantar makanan?" Soal Ryan masih memandang ke arah Marc.

Marc memandang adiknya.

"Apa-apa pun, Encik Marc jangan terpedaya dengan riak wajah dia. Dia cuba tukar emosi supaya orang buka baju tu. Harap Encik Marc faham apa saya katakan."

Amaran Mustaqim bermain semula di fikiran Marc. Marc duduk di birai katil. Dia melepaskan keluhan.

"Bonda tengah berehat, abang yang bagi makan kat yan hari ni," jelas Marc.

"Tak nak. Nak bonda, abang." Nada Ryan berubah kepada manja. Dia menghampiri abangnya lalu melabuhkan kepalanya di bahu Marc.

Marc mendiamkan diri.

Dia bingkas bangun dan mengambil makanan. Nasi goreng masih panas di sediakan oleh bonda.

Dia duduk kembali di birai katil dan mengangkat sudu dan mengalihkannya ke arah mulut Ryan.

Ryan memalingkan kepalanya, enggan makan.

"Makan Ryan. Sekejap lagi nak makan ubat."

"Tak nak. Ryan tak nak makan ubat. Ryan benci ubat!"

Marc berterusan, membawa sudu ke mulut Ryan, tetapi Ryan menolaknya dengan kuat, menyebabkan sudu terlepas dan nasi tumpah ke lantai.

"AKU CAKAP TAK NAK!! TAK NAK LAH!! AKU NAK BONDA!!! BONDA!!!" jerit Ryan, mukanya memerah kerana marah. Dia tidak sedar dia telah melepas kemarahannya.

Pap!

Marc menampar wajah Ryan dalam kekecewaan. Dia pun ada kesabaran juga.

Ryan, terkejut dengan tamparan itu, menoleh ke arah abangnya dengan wajah tidak percaya.

Marc mengambil sudu di atas lantai. Kemudian, merenung makanan tersebut.

"Boleh tak, kau jaga perangai kau?" Sudu digenggam erat dalam genggamannya.

"Kau tak sedar ke, kau dah menyusahkan orang lain dengan perangai baran kau. Perangai gila kau ni. Mana fikiran waras kau? Kau tak berfikir dulu sebelum menuduh isteri kau. Kau dah kenapa Kytor? Pernah ke isteri kau curang depan kau? Apa kau fikir sebenarnya? Apa yang kau nak sebenarnya? Kepuasan? Kepuasan kau nak belasah isteri kau? Macam tu?"

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz