CHAPTER 2 | GALERI LUKISAN TELAH BERUBAH HAK MILIK.

Start from the beginning
                                    

"Boleh. Kita jumpa di rumah awak petang nanti, ya." Shea Marrietta angguk kepala sambil tersenyum sebelum meminta diri untuk pulang ke Villa Jayce tanpa menyedari akan kehadiran Weir Thaddeus yang sedang memerhatikan mereka berdua dari dalam kereta.

Shea Marrietta melangkah masuk kedalam Mercedes Benz S-Class hitam yang sedang menunggu itu.

"Pergi ke pejabat!." Arah Weir Thaddeus.

"Baik, Tuan Weir." Jawab pemandunya lalu memulas stereng kereta menuju ke Perusahaan Thaddeus.

Beberapa lukisan itu telah disusun mengikut saiz frame dan diletakkan di bahagian tepi sudut.

"Pandai awak melukis." Puji Martin Jones sambil memerhatikan setiap lukisan yang dilukis oleh gadis itu.

Shea Marrietta tersenyum.

"Terima kasih diatas pujian itu, Martin. Saya hanya berharap saya akan dapat menjual lukisan-lukisan ini semua. Dengan itu, dapatlah saya membantu membayarkan segala hutang-hutang keluarga saya."

"Lukisan-lukisan ini semuanya cantik, pasti akan dapat dijual!." Martin Jones berkata dengan bersemangat. Shea Marrietta tertawa melihatnya. Mereka berdua begitu bersemangat menyusun semua lukisan itu didalam galeri lukisan itu. MD Gallery, nama diberi sempena nama mendiang ibunya, Margaret Diane.

Tuan Jayce meneliti dokumen pembelian galeri tersebut, sambil diperhatikan oleh Weir Thaddeus.

"Jadi, Tuan Weir telah membeli galeri lukisan itu daripada pihak bank?." Weir Thaddeus angguk kepala sambil tersenyum.

"Kenapa? Untuk apa?." Soal Tuan Jayce.

"Untuk membantu keluarga Tuan Jayce... Saya ingin mengubahsuai galeri itu menjadi sebuah private club milik Tuan Thaddeus.. Atau, mungkin jika Tuan Jayce atau pun anak gadis Tuan ingin menebusnya semula, saya tiada masalah. Saya akan memberikan masa untuk Tuan."

"Tuan Weir, err saya belum cukup wang untuk membayar semula pinjaman yang telah saya buat, apatah lagi untuk menebus galeri itu semula." Tuan Jayce merasa serba salah terhadap lelaki dihadapannya itu.

Weir Thaddeus tersenyum.

"Tak mengapa, Tuan Jayce. Bayar beransur-ansur juga boleh." Weir Thaddeus tersenyum, dia cuma menginginkan supaya keluarga Tuan Jayce terus berhutang dengannya agar dia sentiasa dapat bertemu dengan gadis itu.

"Terima kasih, Tuan Weir. Terima kasih!." Ucap Tuan Jayce dengan gembira. Weir Thaddeus tersenyum kerana rancangannya agar gadis itu sentiasa berada dekat dengannya hampir berjaya.

Sementara itu, Shea Marrietta duduk berehat seketika setelah berpenat memindahkan kesemua lukisan itu ke MD Gallery. Dia mengamati sekeliling galeri itu, dia mengharapkan suatu keajaiban akan terjadi. Dia tidak ingin galeri ini dibeli oleh orang lain, ini sahaja peninggalan mendiang ibunya yang masih terasa sentuhan ibunya.

Dan tiba-tiba, pintu galeri itu dibuka dari luar. Shea Marrietta dan Martin Jones menoleh ke arah itu, muncul wajah Weir Thaddeus. Gadis itu terkejut dengan kehadiran tiba-tiba lelaki itu.

"Tuan Weir?." Lelaki itu tersenyum ke arahnya.

" Lelaki itu tersenyum ke arahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SWEET POISON | COMPLETEWhere stories live. Discover now