BAB 23 : DEMI SUATU KEPUASAN

Start from the beginning
                                    

"Cikgu ada bukak kan, ada tengok kan?" Cikgu Siti meneka memandang tepat mataku


"Err....ada...sorry ya Cikgu Siti" jawabku jujur putus-putus


"Dah agak, ermmm" balasnya sugul. "Saya mintak apa yang cikgu dah tengok tu, jangan hebohkan, diam-diam, sebab memang salah saya. Saya lupa ada folder tu dalam pendrive" jelasnya panjang lebar.


"Maafkan saya ye Cikgu Siti, saya akui saya bukak dan tengok sebab saya nak copy ke DVD, saya tak sangka ada gambar macam tu" ujarku membuat helah bela diri.


"Takpe la cikgu, nak buat macam mana, benda dah jadi. Saya harap apa yang kita cakap ni, berhenti setakat ini sahaja ya"


"Baiklah Cikgu Siti" jawabku


"OK la, saya nak movie kartun untuk anak-anak. Ada tak?" soalnya mengalih topik


"Ada, ada, nak movie apa?"


"Apa-apa pun takpe, janji kartun. Nanti sebelum balik saya datang amik, lagi pun cikgu nak makan dulu kan?"


"Haa....a'aaa....." aku masih terpana.



"OK la, saya keluar dulu. Thanks ya cikgu" katanya berlalu meninggalkan aku yang masih termanggu.


Aku sangkakan dia akan memarahiku, mengutuk atau menempelak, namun sebaliknya yang terjadi. Dia hanya ingin mengetahui kebenaran, dan tiba-tiba perkara itu tidak menjadi hal yang serius baginya. Betul apa yang dikatakan, benda dah jadi, dan aku hanya diminta untuk mendiamkan diri daripada terus membicarakan hal itu. Aku hormati keputusannya. Mujur dia tak tanya adakah aku menyimpan sesalinan untuk tatapan ku kelak.


"Zal, Ikah dah start ngajar kan?" Soalku ketika kami sama-sama dikantin pagi itu.


"A'aa, dah" jawabnya


"Anak hangpa macam mana, hantaq kat Kak Sal kan?"


"A'aa"


"Sapa yang hantaq?"


"Ikah la yang hantaq, pernah saya hantaq tapi baby nangis"


"Biasalah, dia nak mak dia jugak"


"Tu la pasal"


"Dan ke Ikah sampai sekolah?"


"Kadang-kadang lambat gak, mujur Guru Besaq dia paham"


"OK la tu, macam abang mula-mula dulu jugak la, kelam kabut dibuatnya"


"Skang ni, Husna pun dah OK dengan Kak Sal, tak susah la nak tinggai. Lagi pun, selalunya dia

 lena lagi masa letak umah Kak Sal tu" jelas Faizal

RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 6Where stories live. Discover now