Muka memasing dah macam geng wrestling.

Tapi...

Siapa dorang ni sebenarnya?

————————————-

Dua hari berlalu , dan sesungguhnya Hazel benar benar lapar. Dia dikurung didalam satu kontena kayu kecil yang ditarik kuda. Tangan dan kakinya diikat kemas, hingga menyebabkan luka sedikit di kakinya. Dia tidak tahu kemana si lelaki lelaki ini mahu membawa dirinya. Tetapi yang pasti, dia sebut tentang sesuatu yang bermata coklat, bererti Hazel merasakan ianya berkaitan dengan dirinya.

Tapi kenapa?

Ke dorang ni salah culik? Mungkin dorang nak culik Puteri raja macam si Sophia tu. Tapi masalahnya yang dorang culiknya ini adalah Hazel musuh si Peah. Takkanlah muka aku ngan Peah tak leh beza. Ni main kaut je ibarat 'siapa yang masuk perangkap tu, oh itu lah Sophia'. Tak boleh ke check dulu.

Ingat si Peah tu nak sangat keluar istana? Dia tu menepek kat bilik je, konon demam lepas keluar hutan sebab hukuman tu. Tapi hari tu sedap pulak menganjing aku pasal kucing dengan geng dia.

Isy geram betul aku dengan Peah ni, manja. Masuk hutan sikit, demam. Dah lah aku yang pergi cabut tangkai bunga sampai penuh bakul tu. Dia pula mengelat, pergi main dengan binatang garang tu. Lepas tu sekarang ni yang kena culiknya aku, padahal dorang nak menculik Sophia.

Itu pun kalau betul si Peah lah sasaran mereka.

Malang sungguh nasib aku. Gumam Hazel dalam hati, menahan geram.

Terasa kontena yang dinaikinya tiba tiba berhenti dan bunyi bising seperti orang bergaduh kuat kedengaran. Hazel mula mahu mencari lubang mahu mengintai, mahu mengetahui keadaan luar sana tetapi gagal. Lubang udara pula di atas kepalanya. Nak intai apa kalau dah lubang pun menghadap langit.

Agak lama keadaan bising berlarutan sebelum ia menjadi diam dan sunyi. Senyap tanpa suara.

Hazel cuba untuk bangun tetapi sukar dek kerana ikatan yang kuat pada kakinya. Hatinya makin berdebar kerana dia langsung tidak tahu apa yang berlaku diluar sana. Buatnya group penculik lain pula yang sesah dorang ni, tak ke naya?

Pintu pedati kayu itu dipecahkan dan menyerlahkan satu susuk tubuh lelaki tinggi lampai. Bertopeng hitam dan hanya menyerlahkan matanya sahaja. Keduanya berpandangan seketika.

Lelaki itu menghulurkan tangannya namun Hazel mengensot ke belakang merapati dinding pedati.

" Sssiapa awakk?" Soal Hazel terketar ketar.

Lelaki itu hanya diam, pandangan mata sahaja yang menjadi jawapan pada soalan itu. Tangan masih diangkat huluran.

Hazel geleng laju.

" Kalau awak nak culik saya.. baik awak..ARGH!!!!!"

Tanpa disangka lelaki itu menarik kaki Hazel mendekatinya dan terus dicempung gadis itu keluar dari pedati kayu.

" Wehh apa ni..hoi jantan tak guna, jangan kau...eh.."

Hazel berhenti meronta ronta tatkala dia melihat persekitarannya. Lelaki lelaki bodoh yang menculiknya tadi semuanya terkulai layu atas tanah. 

Pengsan!

Whoaaa..lelaki yang sedang mendukungnya itu memang another level weh. Dia ni seorang, boleh tewaskan semua lelaki lelaki yang badan macam ahli gusti tu. Ilmu apa dia pakai?

Tapi siapa dia? Kenapa dia selamatkan aku?

Ada seekor kuda yang terikat rapi disana. Setiba mereka di sebelah kuda tersebut, tangan lelaki itu laju membuka ikatan tangan Hazel. Setelah tangan Hazel bebas, Hazel lantas tunduk membuka ikatan kakinya yang berbekas terus. Ada yang kelihatan luka teruk dan berdarah.

Tanpa sengaja Hazel berdesis. Perit juga rasa luka kaki ni. Mungkin kerana ikatan yang terlalu ketat selama 2 hari, menyebabkan luka yang dilihat sekeliling kaki itu tampak dalam.

Hazel lantas bangun dan berdiri tegak, tetapi tanpa semena mena dia didukung dan didudukkan diatas kuda. Tanpa suara, tanpa kata oleh lelaki itu. Hazel cuba membantah tetapi dia mendiamkan diri apabila pandangan mereka bertembung semula. Lelaki bertopeng hitam itu menghantar pandangan seolah olah 'Jangan bergerak.'

Satu kole bertutup dikeluarkan dari simpulan kain yang diikat ditepi kuda. Kole bertutup itu dibuka dan menampakkan apa yang seolah olah daun bercampur sedikit air berwarna merah yang dihancur bersama.

Lelaki itu menunduk tepat di kaki Hazel yang luka. Dia mendongak ke atas, memandang wajah Hazel yang sedang duduk diatas kuda, memohon izin. Hazel seperti disihir lagaknya, mengangguk perlahan.

Pantas kaki Hazel disentuh dan campuran daun dalam kole itu diambil. Disapu sapu diatas luka itu menyebabkan Hazel mendesis perit. Lelaki itu terus tekun meletakkan daun itu sehingga tertutup luka dengan daun daun tersebut.

Faham lah Hazel, lelaki itu rupanya baru selesai meletakkan ubat di kakinya.

Masih lagi diam, lelaki itu lantas mengemas ngemas alatan dengan cekap. Dia memanjat kuda itu, tepat duduk dibelakang Hazel dan mula memegang tali yang memang berada di tepi kedua belah leher kuda tersebut.

Hazel seolah olah terperangkap dalam pelukan dari belakang walau tidak secara terus. Tetapi entah kenapa, dia merasakan lelaki ini berniat baik padanya. Lantas kuda itu dipacu terus, meninggalkan kelompok lelaki lelaki penculik itu dibelakang.

—————————————

Hi korang

Cinta Dua Duniaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن