SKD | Bab 25

659 17 2
                                    

"Ingat tak apa yang abang cakap tadi?Jangan buat kerja rumah,nanti balik biar abang yang buat.Sayang tidur aje dekat rumah.Makanan abang dah masak nanti sayang nak makan panas balik lauk tu.Abang pergi kerja dulu".Dahi aku dicium oleh megat.

"Ya awak dah beberapa kali dah awak cakapkan?".Aku tunduk menyalami tangan megat.

"Ye lah abang cuma ingatkan,Sayang tu degil lain macam.Orang cakap dia tak nak dengar".Dia melagakan hidungnya ke hujung hidung aku.

"Megat berlutut di hadapan aku.Baby jangan susah mama.Jangan buat mama sakit".Lalu megat menkucup perut buncit aku.

"Anak mama mana ada nakal,Yang nakal tu papa awak".Mata aku menatap anak mata megat.

"Ye lah abang tahu abang nakal,Okay lah abang pergi dulu".Megat melangkah kakinya ke garaj kereta.Kereta lamborghini yang cantik itu mengambil minat megat untuk membawanya.

Aku melambai ke kereta megat yang sudah pun keluar dari garaj.Aku menutup pintu bila kelibat kereta megat tak nampak.

"Baby jom kita keluar nak kita pergi shooping".Aku mengusap perut aku.Ada tendangan di dalam perut aku."Jom!!!Sekejap biar mama bersiap dulu".

"Wah ada kedai coklat baru buka,Nak masuk ke tak nak?.Masuk lah".Rambang mata aku melihat sekeliling penuh dengan coklat.Cepat tangan aku melakukan kerja ambil troll.Masuk semua coklat yang aku suka.Kalau benda yang kita nak tu,Kita akan dapatkan tak kisah harga betul tak?.

"Semuanya RM267.98 Puan nak bayar cash or card?"

"Card".Terkejut juga dengar harga dia tadi.Tapi macam mana baby yang nak.

Aku menjinjing beberapa bag plastic yang di penuhi dengan coklat ke dalam kereta."Kita nak pergi mana lagi eh baby?"Jam kereta di pandang sekilas.'Jom pergi papa dekat syarikat nak".

"Jom!!!"

"Assalammualaikum ya ahli kubur" aku menolak pintu kaca milik megat.Erk diaorang buat meeting dekat dalam bilik megat ke.Air liur di telan kesat mereka semua melihat aku.Ya Allah Malunya!!!!

"Waalaikumsalam ya ahli neraka,Semakin besar perut kau semakin berat dosa kau sayang".Jawab megat selamba.

"Hihihi,Sorry ganggu saya balik dulu".Aku keluar dari bilik tu Ya Allah Malunya!!!! Malu tak boleh bincang.

"Sayang masuk balik!!!". Laung megat

"Allah tak kan aku nak masuk balik,Segan pulak aduhh".Aku berfikir terjenak nak masuk ke tak nak?

"Nur Alisa Dahlia Binti Roslan masuk sekarang!!".Laung megat dengan serius.

"Alamak dia dah panggil nama penuh aku pulak macam mana ni?"Aku menebalkan muka masuk ke dalam bilik megat semula.

"Sekejap ye semua".Megat bangun datang ke arah aku.

"Sayang pergi mana ni?kan abang dah cakap jangan keluar".Megat mengambil beberapa plastic yang berada di tangan aku.

"Ya Allah banyaknya coklat sayang.Dekat rumah kan banyak lagi?Tak elok makan coklat selalu sayang".Megat mengusap lembut pipi isterinya.

"Ala dekat rumah tu coklat lain,Ni coklat lain'.Aku mencebik.

"Dah Mula lah tu drama mak mengandung",Bisik Fatih kepada Adam dan Farhan.Mereka bertiga campur dengan Dato Roslan melihat drama tak berbayar tu.

"Ye lah Sayang.Sayang memang betul abang yang salah".Megat mengalah.

Aku terpandang lelaki tua yang sedang memandang aku.Mata tu aku kenal.Tapi tak mungkin,Tak mungkin!!.Kenangan silam aku berputar kembali dalam fikiran aku.Tubuh aku menggeletar kecil,Mata aku tak berdalih ke tempat lain.

"Sayang okay tak?"Soal megat memandang pelik isterinya tubuhnya seperti menggeletar.

Dada aku berdebar kencang.Nafas aku pun tidak teratur."Kenapa kau muncul dekat depan aku lagi",Perlahan suara aku.Namun boleh di dengari oleh mereka.

"Sayang cakap apa ni?Abang tak faham".Dahi megat berkerut.

"Kenapa kau tak mati setan!!!!"

Adam,farhan dan fatih menutup telinga mereka.Bila mendengar suara nyaring itu menjerit.

"Sayang beristifar sayang,abang tak faham apa yang sayang cuba sampaikan kepada abang".

"Bukan abang tapi manusia yang menopengkan setan macam ni tak layak hidup!!!"Aku menuding kepada Dato Roslan."Hoi orang tua kau tak payah acah-acah baik lah aku kenal kau daripada diaorang ni!!"

Megat segera membawa isterinya dalam pelukan.Bila dia melihat isterinya seperti ingin menyerang Dato Roslan.Megat membacakan selawat di telinga isterinya.Wanita itu seakan bukan dirinya.

"Dato kenal ke isteri encik megat ni?"Soal adam memandang megat yang berusaha menenangkan isterinya.

"Saya sebenarnya ayah dia".Dato Roslan tidak menyangka yang anaknya akan membencikan dirinya sebanyak ini.

Mereka memandang sesama sendiri,Agak terkejut.Dengan pengakuan Dato Roslan.

"Kau bukan ayah aku,Ayah aku dah lama mati".Tutur aku perlahan,Tubuh aku perlahan-lahan jatuh terduduk.

"Sayang",Megat memegang erat pinggang isterinya.Bila dia merasakan tubuh isterinya semakin melorot ke bawah,Akhirnya megat turut duduk di hadapan isterinya yang sedang menangis.

"Kau buat ibu aku mati!,Kau dera aku.Kau setan yang paling jahat yang pernah aku tengok!".Aku cuba mengawal nada suara aku.Perut aku menjadi senak bila menjerit.

Mereka terdiam mendengar luahan wanita itu,

"Kenapa aku boleh jumpa dengan kau,Aku tak kuat nak berdepan dengan kau,Aku tak sanggup nak tengok muka kau.Selepas apa yang berlaku".Aku melepaskan luahan yang telah lama terbuku di dalam hati aku.

"Ayah minta maaf",Dato Roslan memandang sayu ke wajah anaknya yang sembab itu.

"Maaf kau tak guna dah,sekarang mak aku dah mati,kau bunuh dia,kau bunuh dia,kau bunuh dia,kau bunuh dia".Berulang kali mulut aku tutur kan itu.

"Dering!!"

"Megat telefon kau berbunyi".Ujar Fatih.

Megat bangun mengambil telefonnya yang berbunyi itu langsung diangkat."Hello assalammualaikum siapa di dalam talian".

"Waalaikumsalam..Ni megat suami kepada dahlia kan?Ni mak cik timah jiran opah kamu".

"Ye saya suami dia".Megat memandang isterinya,Kenapa hati aku rasa ada sesuatu terjadi ni?Bisik megat

"Mak cik nak bagi tahu yang opah nah sah meninggal dalam solat zuhur tadi.Salam takhziah ye makcaik ucapkan".

"Innalillahiwainnailaihirajiun",Ucap megat dengan sayu.Megat beralih arah kepada isterinya yang berusaha untuk bangun.

"Kami akan segera ke sana mak cik.Assalammualaikum".Megat menutup panggilan.

"Awak siapa yang meninggal tu!"Aku mengoncang lengan megat,bila megat memilih untuk membisu.Hati aku ada merasakan sesuatu yang tidak kena.

Megat mengambil nafas dalam-dalam."Sayang bertenang,Apa yang abang nak cakap ni,Jangan nak ikut emosi ke apa ke,Bertenang.Opah----opah dah tak ada".

"Tak awak tipu",Aku menolak tubuh megat dengan kuat.Aku memegang kepala aku yang sedikit berpusing sebelum aku jatuh menyembah bumi.Terasa hidup aku tidak berguna lagi untuk terus kan hidup tanpa orang yang kita sayang telah pergi selama-lamanya.

----------------------------------------------------------


kesian dahlia

Seindah Kasih Dahlia | Complete Where stories live. Discover now