Bersyukur aku di kurniakan lelaki yang bernama Megat Iskandar,Terima kasih Allah kau telah menghantar seseorang yang teramat baik dalam hidup aku.

"Sayang bangun kita dah sampai",Megat mengejutkan isterinya.

"Hurmmm".Aku mengeliat kecil."Baru sampai ke awak?"Tanya aku dengan mata yang sedikit terbuka.

"Ye sayang kita baru sampai dah jom naik atas dah nak margrib dah ni".Megat menolong aku untuk bangun.Susah sikit kalau dah duduk kalau nak bangun memang susah.

"Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatu kami dari negeri selangor datang ke perak.Sila buka pintu kami hendak masuk".Hihihi kami gurau aje.

Megat menepuk dahi,Sah ini ajaran kawannya itu.Biul lah kepala aku lepas ni!!!.

"Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatu,cucu-cucu opah dah sampai jom masuk.Cicit opah ni sihat?"Tangan tua itu mengusap lembut perut aku.

"Alhamdulilah cicit opah sihat".

"Megat bawa dahlia ni naik bilik,Tak elok duduk dekat luar lama-lama lagi lagi dia mengandung".

"Baik opah kami minta diri dulu ye".Kami pun berjalan ke arah bilik.

Ting! bunyi message masuk segera megat melihat.Berkerut dahinya, "Assalammualaikum ,bukan ke kita meeting minggu depan?kenapa esok pula"Tanya megat tidak berpuas hati.

"Waalaikumsalam plannya memang macam tu tapi dah Dato Roslan nak mempercepatkan meeting tu".Kata Adam dalam talian.

"Allah",Megat mengerut keningnya.Ye lah,Megat terus mematikan talian.

"Awak okay tak?Macam ada tak kena aje dia ni".Kata aku perlahan.

"Sayang abang kena balik KL sebab besok abang ada meeting,Sayang duduk sini abang pergi balik dah lewat ni".Megat bangun

"Saya nak ikuti juga!!"

"Okay jom"..Megat menggosok kepala aku yang berlapik tudung.

"Opah oh opah".Laung megat

"Ye megat,Kenapa?"Opah nah yang baru keluar dari biliknya.

"Opah megat minta maaf,Megat kena bertolak balik KL semula besok ada meeting".Ujar megat dengan rasa bersalah.

"Tak apa kerja kan?Dah pergi balik nanti lewat sampai sana nanti.Bawa kereta elok-elok Kalau mengantuk berhenti rehatkan badan dulu.Megat jaga cucu dengan cicit opah baik-baik ye".Pesan opah

"Baik opah megat minta maaf" sangat-sangat.Megat tunduk menyalami tangan tua tu.Sekarang giliran aku pula untuk bersalam dengan opah.Opah nah menarik aku dalam pelukan.

Kenapa opah macam lain eh? Firasat aku aje kot.Aku cuba menyedapkan hati.Kereta audi x8 telah meninggalkan perkalangan halaman rumah opah.

"Awak berhenti dekat tepi jalan tu".

"Kenapa sayang?"

"Awak tukar biar saya jadi pemandu,Awak rehat pula.Saya tengok awak macam mengantuk".Risau pula nak bagi dia bawa kereta dalam keadaan mengantuk ni.

"Tak apa sayang Abang okay aje",Megat cuba bertahan daripada lelap.

Megat cuba awak jangan nak degil."Tukar sekarang!!Dalam keadaan macam ni lagi pun nak degil".

"Sayang boleh ke drive? jauh lagi ni".Megat memandang sekilas isterinya.

"Boleh dah tukar sekarang!!Jangan degil!!".Megat akur,Memang dia mengaku dia sangat-sangatlah mengantuk.Dari pagi sampai ke malam tak ada masa untuk rehat.

Aku memulakan perjalanan kembali.Wajah megat yang tengah tidur itu aku pandang sekilas.Dah mengantuk tak mengaku,Nasib baiklah handsome.

Aku berhenti di RNR rawang,Saya pergi beli makanan sekejap tau.Wajah tampan itu aku menatap penuh kasih sayang.Aku keluar dari kereta.

"Sayang kita dah sampai ke?"Serak suara megat bertanya.Dia menggosokkan matanya.

"Sayang mana awak?! Megat melihat tempat pemandu kosong,Aku dekat mana ni?"Megat memandang sekeliling,RNR?

Aku masuk dalam kereta dengan beberapa beg plastic."Allah!! Kenapa dengan awak ni terkejut saya".Terkejut aku melihat megat memandang tajam ke arah aku.

"Kenapa sayang tak kejut abang yang sayang nak beli makanan?Sayang tahu tak sayang tu tengah mengandung.Kalau apa-apa jadi tadi macam mana?".

"Awak kan tengah tidur.Tak akan saya nak kejut awak pulak? Saya okay aje beli makanan aje kot!".Aku memandang hairan dengan megat ni.

"Dah tukar biar abang pulak yang pandu".Mendatar saja suara megat

"Tak apa awak tidur biar saya yang pandu".

"Tukar sayang!!"Suara megat bertukar menjadi serius.

"Okay",Aku mengalah takut lah nak tengok dia marah,

------------------------------------------------------------

Kita yang pulak mengantuk ni😴

Seindah Kasih Dahlia | Complete Where stories live. Discover now