1 Tragedi di Sungai Kaju

98 18 9
                                    

Jon mengejar Jay dengan skuter elektrik pemberian ayahnya. Jay berlari sepenuh tenaga meninggalkan Jon.

"Come on Jon, hah... hah... come and get me... "

Dalam menghela nafas dengan tercungap-cungap, Jay sempat lagi menyindir Jon yang telah sehabis daya memecut jentera mesra alam beroda dua yang dilengkapi dengan lapisan nipis pelekat solar. Jon mencebik. Dalam pengamatan Jon, dia yakin dengan kemampuan dirinya untuk mengejar Jay meskipun Jay sudah jauh di depan. Sekali sekala matanya melihat odometer skuter elektriknya. 30 km/j. Itulah kelajuan maksimum yang mampu dikerah dari skuter itu.

"Ala... sekejap lagi kau pancitlah Jay. Jauh lagi sungai tu. Kita tengok siapa sindir siapa lepas ni. Gelaklah dulu, tak apa, aku tak kisah." jerit Jon.

Akhirnya sungginglah di bibir Jay sebuah senyuman. Senyuman yang menunjukkan betapa dia sedang merasa puas mencabar psikologi sahabat karibnya sedari kecil.

"Jon, kau kalau nak kalahkan aku... upgrade sikitlah skuter kau tu bagi jadi hibrid. Kuasa solar boleh, minyak petrol pun boleh, ini tidak..."

"...dan, kalau kau berlumba dengan awek basikal tua retro tu pun belum tentu kau menang tau!" ejek Jay semakin menjadi-jadi.

Wajah Jon kemerah-merahan dek mendengar gurauan kasar Jay. Kalau diikutkan hatinya yang sedang membara, mahu saja dia menghentikan skuter dan berlari pecut menggunakan kudrat sendiri demi mengejar Jay. Namun amarahnya segera meredam bilamana muncul lintasan wajah awek yang disebut Jay tadi. Tersipu-sipu pula dia sendirian. Gatal tiga detik.

Rumah kayu atap rumbia di lereng bukit.

"Mak, ooo mak!" laungan anak gadis dalam lingkungan belasan tahun yang sedang kelam kabut mencari sesuatu dalam gerobok kayu di dapur memecah suasana hening pagi itu.

"Ya, ada apa Jia? Pagi-pagi lagi dah terjerit-jerit di dapur tu. Cari apa kau di sana?" sahut seorang ibu berumur separuh abad yang sedang tekun menyapu sampah di halaman rumah.

"Mak nampak tak mana lolipop aku?" aju Jia bernada resah gelisah.

Dia tidak boleh kalau keluar rumah tanpa mulutnya disumbat dengan gula-gula kegemarannya. Hari ini dia, Jay dan Jon ada misi yang perlu dilaksanakan. Misi konon-konon menyelamatkan dunia katanya.

"Manalah mak tahu. Carilah dengan mata, bukan dengan kepala lutut kau!" pekik mak Jia.

Kebiasaannya pada permulaan hari, khususnya pada waktu pagi sebegini, mak Jia akan sibuk dengan tugasnya di halaman rumah. Ada daun-daun kering yang perlu disapu, dikumpul dan dibakar, ada pula pokok-pokok bunga hiasan yang perlu dirapikan dan ada binatang ternak yang perlu diberi makan... dan yang ini paling wajib, ada seorang anak gadis tunggal nakal yang perlu diberi perhatian – mengalahkan seorang puteri raja.

Kerja menyapu halaman rumah menjadi terbantut dek laungan Jia sebentar tadi. Mak Jia menyandarkan dulu penyapu lidi sepanjang sedepa buatan sendiri ditepi tangga, lalu naiklah dia ke atas rumah berjalan meluru menuju ke dapur.

Menyedari kelibat ibunya sedang pantas menuju ke arahnya, Jia cepat-cepat beralih dari gerobok itu. Di jarinya telah dipegang gula-gula kegemarannya. Lolipop berperisa epal.

"Sudah ku jumpa mak! Haha."

Ibunya pantas mahu mencubit Jia, namun Jia tangkas mengelak.

"Pagi-pagi lagi kau makan gula-gula. Nanti rosak gigi kau, baru padan muka." marah ibunya.

"Alah, tak rosak pun, nanti Jia kumurlah banyak-banyak, okay mak?" pujuk Jia manja sambil melompat memeluk ibu kesayangannya.

"Mau ke mana kau pagi-pagi ni Jia? Bukannya kau mahu tolong mak hari-hari cuti begini."

Kembara Ksatria MudaWhere stories live. Discover now