Bab 38

306 22 1
                                    


"Aydan betul ke nak balik harini? tak nak duduk sehari lagi dekat kampung? mommy bukan apa kesian tengok Ayra ni dari semalam lagi muntah-muntah makan pun tak nak Ayra tak nak ke klinik ke?"Datin Alina cuba memujuk Ayra untuk ke klinik tetapi Ayra masih tidak mahu.

"Tak apa mommy Ayra okay je mungkin perut masuk angin je kut nanti Ayra makan ubat okay la ni"Tolak Ayra dengan nada lembut, nak ke klinik dia pula takut makan ubat jelah yang mampu dia buat kini nak bercakap pun tak larat apatah lagi berjalan mana taknya dari semalam tak makan hanya minum air sahaja untuk lapik perut lagipun air je yang dia boleh telan.

"Aydan ada ambil cuti dalam dua hari untuk jaga Ayra tapi Aydan ingat nak balik juga harini nanti petang Aydan nak ke tempat kerja sekejap ada kerja sikit lepastu terus ambil cuti itu yang tak boleh nak stay sini"Aydan mengambil cuti untuk jaga Ayra tak sanggup dia tinggal Ayra sorang-sorang dirumah walapun MakTimah dan juga Yanti ada tetapi mereka berdua pun banyak kerja yang perlu dibuat dalam rumah tak sempat nak jenguk Ayra didalam bilik.

"Oh tak apa la kalau macam tu, jaga Ayra elok-elok nanti kalau Ayra dah sihat bagitahu mommy ni bawa kereta elok-elok kalau mengantuk berhenti tepi dulu"Arah Datin Alina supaya anaknya berhati-hati dalam membawa kereta atau melakukan sesuatu benda.

"Baikla my kami gerak dulu, Assalamualikum."Aydan menyalam dan mencium pipi mommynya.

"Waalaikumussalam"

***

"Abang ambil cuti ke? abang tak bagi tahu pun abang ambil cuti"Soal Ayra dituju pada suaminya.

"Haah abang ambil cuti, abang tak bagi tahu sebab daddy yang bagi ambil cuti pagi tadi suruh jaga cinta"Balas Aydan, matanya tidak memandang Ayra kerana fokus membawa kereta manakala Ayra pula dari tadi memejamkan matanya mulut sahaja yang terbuka.

"Buat apa jaga cinta, cinta okay je la abang pergi la kerja esok dah lama abang cuti dekat rumah kan ada MakTimah dengan Yanti kalau cinta nak apa-apa cinta mintak la dekat diaorang."Ucap Ayra tidak mahu suaminya tangguh lagi pekerjaan.

"Diaorang tu banyak lagi kerja nak kena buat dalam rumah ni nak layan cinta lagi cinta tu dah la susah nak makan ubat dah satu hal diaorang nak kena call abang untuk balik rumah bagi cinta makan ubat, cinta pulak tak nak ke klinik jom la pergi klinik baru kita tahu cinta sakit apa and doctor bagi la ubat dekat cinta ni duk makan je panadol tu bila nak sembuh?kalau perut cinta masuk angin sekali pun jom ke klinik doctor akan bagi ubat untuk legakan perut tu cinta makan panadol bukan jadi apa pun asyik muntah je perut pun dah kosong makan pula tak ada selera"Aydan mula membebel lepas geram terhadap isterinya kerana tak mahu ke klinik entah apa yang ditakutkan.

"Uwerk!"Belum sempat Ayra mengambil plastik yang disediakan oleh Aydan untuk muntah Ayra sudah termuntah baju Aydan, itulah membebel sangat ini la padahnya.

Tergumam Aydan dibuatnya, dia berhentikan kereta ditepi tisu yang berada di dash box keretanya diambil ingin berikan pada Ayra namun Ayra menolak kerana ingin muntah lagi Ayra dengan pantas membuka pintu lalu muntah Aydan mengusap lembut belakang tubuh isterinya rambut Ayra yang panjang itu diikat.

"Dah?"Soal Aydan, Ayra hanya balas dengan anggukkan lalu meletakkan kepalanya diatas bahu Aydan.

"Sorry abang cinta tak sengaja"Ayra mengambil tisu lalu mengelap baju suaminya.

"Tak apa cinta tidur la, abang nak ke tandas sekejap tukar baju nak air tak?"Aydan mengambil baju didalam bag.

"Tak nak"

"Abang pergi sekejap, ni lock pintu"Aydan keluar dari kereta.

"MakTimah!"Jerit Ayra didalam bilik itu terdengar sampai kebawah

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

"MakTimah!"Jerit Ayra didalam bilik itu terdengar sampai kebawah.

"Ya, ya puan kenapa?"Soal MakTimah hampir tercabut jantungnya ingat Ayra terjatuh ke apa la yang terjerit-jerit tu.

"Mana tuan?"Soal Ayra.

"Tuan dia ke tempat kerja sekejap lagi dia balik, puan nak apa-apa ke?"Ucap MakTimah.

"Saya nak tuan mana dia? suruh la dia balik!"Ayra merengek seperti budak kecil bantal yang berada disampingnya dilempar kebawah katil lalu memanggil nama suaminya.

"Puan sabar tuan cakap sekejap lagi dia balik dia ada kerja sikit"MakTimah cuba tenangkan Ayra manakala Yanti pula sudah panik tak pernah Ayra buat perangai macamni tiba-tiba dia kena hadapi pula perangai Ayra yang seperti budak kecil.

"Sekejap lagi tu bila?! hikss saya nak suami saya!"Ayra tidak berhenti menangis.

"MakTimah saya kebawah sekejap ya nak tengok tuan balik ke belum"Bisik Yanti kepada MakTimah lalu turun kebawah untuk melihat Aydan sudah pulang atau belum dia sudah telefon Aydan sebentar tadi.

"Mana puan?"Soal Aydan apabila dia tiba dirumahnya.

"Dekat atas tuan"Balas Yanti.

"Tolong bawakan bubur untuk puan dia tak makan lagi kan?"Soal Aydan kerana semasa dia tinggalkan isterinya, isterinya sedang tidur nak kejut untuk makan pun tak sanggup dia nak ganggu isterinya tidur.

"Haah puan belum makan sekejap lagi saya bawakan bubur tuan naik la dulu puan cari tu"Ucap Yanti lalu berlalu pergi.

"MakTimah"Bisik Aydan bermakna suruh MakTimah pergi supaya lebih senang dia ingin tenangkan Ayra.

"Cinta shh, ni abang dekat sini sayang dah jangan menangis ya"Aydan memeluk tubuh Ayra terus diam Ayra yang berada didalam pelukkan Aydan itu.

"Kenapa menangis hm? abang tinggal sekejap sahaja abang ada kerja sikit tadi kan abang dah bagitahu cinta"Aydan mengusap perlahan kepala Ayra.

"Abang jangan tinggal cinta"Ucap Ayra sambil membalas pelukkan Aydan.

"Tak sayang abang tak tinggalkan cinta pun, dah jom makan ya cinta tak makan lagi kan?"Aydan mengambil mangkuk bubur yang sudah dibawa oleh Yanti sebentar tadi lalu ingin menyuap bubur kedalam mulut Ayra namun Ayra menolak.

"Makan la sikit sayang, ni perut ni dah kosong makan sikit ya"Pujuk Aydan, setelah dipujuk baru Ayra mahu makan itu pun tiga sudu sahaja selebihnya Aydan yang makan dia sudah tidak boleh telan lagi.

"Esok abang bawa cinta pergi klinik boleh?"Soal Ayra secara tiba-tiba.

"Cinta nak pergi klinik?"Soal Aydan dengan teruja kerana tiba-tiba Ayra sebut soal klinik dia pun sudah penat asyik melihat Ayra muntah sahaja.

"Em... cinta nak pergi klinik cinta dah tak taham dah asyik muntah je, penat..."Adu Ayra.

"Tahu pun penat abang ajak tak nak pergi apa yang cinta takut pergi klinik pun abang tak tahu, doctor dekat sana bukannya makan orang pu..."Belum sempat Aydan menghabiskan percakapannya mulutnya sudah ditutup oleh Ayra.

"Abang ni tak habis-habis membebel lah!"Marah Ayra.

"Eh ni baru sikit tau be..."Ayra menutup mulut Aydan sekali lagi.

"Shh! bising"

  
                    *Maaf kalau ada kekurangan*

                              ~Happy Reading~

Aku hanya seorang wanita pendosaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن