"What are you doing witch?!"Jerkah Aisar lalu menepis tangan Helena yang sedang menconteng wajah Arissa itu.Urat-urat di tengkuknya menegang dan jelas kelihatan.Wajahnya juga turut bertukar kepada kemerah-merahan akibat amarah.Disbabkan tepisan kuat daripada Aisar,Helena hilang keseimbangan dan selamat mendarat di lantai.

Pantas pergelangan tangan Arissa yang berlapik ditarik dan dibawa keluar dari kelas.Cepat-cepat Arissa menarik tangannya semula daripada terus dalam genggaman jejaka itu.Lantas,Arissa berlari ke tandas.Dia perlu cuci mukanya dengan segera.

Sambil air paip membasahi  di seluruh wajahnya,air matanya juga turut sama mengalir.Wajahnya yang terpantul di cermin sudah jelas menggambarkan yang dia seorang yang lemah.Makin dia kesat air mata dia,makin deras cecair itu mengalir dari tubir matanya.

"Teruk sangat ke aku ni?Kenapa semua orang nak ganggu hidup aku?Aku tak ganggu pun hidup dia orang."Bisik Arissa pada dirinya di hadapan cermin. 

"Hey,Arissa tak baiklah macam tu.Ingat,ini semua ujian.Kau kan kuat.Janganlah sedih-sedih.Tiada siapa boleh bantu kau selain diri kau sendiri okay?Sabar dalam setiap ujian dan kau akan nampak kenikmatan dan kemanisan ujian itu." Bisik hati kecil Arissa.

Arissa yang cuba memujuk dirinya untuk kembali tersenyum dan tenang itu dikejutkan dengan satu pelukan yang membuatkan dirinya hampir terjerit.

"Ya Allah!Terkejut aku!Siapa ajar masuk-masuk tandas terus peluk orang ni?"Bebel Arissa kepada kedua-dua orang sahabatnya itu. 

"Ris,aku minta maaf.Aku tak dapat nak lindungi kau.Teruknya aku."Kata Lily yang sedang mendakap tubuh Arissa dengan kemas.

 "Tahu pun kau."Jawab Arissa sambil tersenyum dengan gelagat mereka dua orang.

 "Aku pun nak minta maaf sebab aku tak dapat jadi kawan yang sentiasa ada waktu kau susah."Tambah Naura pula. 

"Shut up.I can't."Arissa bukan marah kerana sahabat-sahabatnya tiada waktu dia memerlukan mereka,tetapi dia tidak boleh melihat sahabat-sahabatnya berasa serba salah sampai begitu.Lagi bertambah perasaan sedih dia tika itu.

Mereka juga sudah dimaklumkan bahawa Arissa seorang yang mudah menangis dan sukar untuk berhenti kalau cecair jernih itu sudah tumpah.Mengambil masa yang lama untuk gadis itu meredakan tangisan dia.

"Kau orang tak salah pun.Janganlah sampai berfikir macam tu sekali.Salah diri aku sebab tak lawan balik dan seorang yang lemah."Ungkap Arissa sambil menggosok-gosok belakang tubuh sahabat-sahabatnya.

"Mana Imani?"Baru dia tersedar sahabatnya lagi seorang tiada. 

"Minah tu memang tau selalu sangat tertinggal gerabak lepastu mulalah drama tv3 pukul 7 dia tu."Kata Lily sambil mencekak pinggang. 

"Tak silap aku dia ada latihan pagi ni dekat padang."Jawab Naura.

 "Patutlah Izham tak ada dalam kelas tadi."Kata Arissa. "Hah?Izham tak ada dalam kelas?Habistu siapa yang tolong kau tadi?"Soal Naura. 

"Hah,si Aisar tu ada ke datang tolong kau?Atau dia cakap je.Tu lah aku dah cakap jangan senang percaya dia lagi-lagi yang goodlooking.Bahaya."Tambah Lily dengan wajah yang tidak puas hati. 

"Masalahnya orang yang kau cakap jangan percaya tu lah yang tolong aku tadi tau."Tak mahu biar sahabatnya fikir buruk tentang jejaka itu.

(PADANG)

"Hey,what's wrong?Badmood je."Tegur Izham apabila perasan yang Aisar baru sampai di padang.

  "You know what,if I late that time I don't know what will happend to Arissa."Kata Aisar dengan nada amarahnya.Dadanya masih terasa berombak dengan situasi  yang dia lihat tadi. 

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now