PART 17

21 5 0
                                    

Ketika mereka sedang menikmati makanan yang dibelanja oleh Aisar,mereka didatangi Louise yang sudah menukar baju.

"Hai guys.Amboi makan sedap-sedap tak nak ajak abang pun." Kata Louise lalu mengambil tempat di sebelah Izham. 

"Mana ada bang.Abang tu hah tiba-tiba hilang.Abang pergi mana?"Soal Sophie.

Sebenarnya petang tadi setelah Louise mengingati tentang Arissa Humaira,dia terus balik ke condominiumnya.Dia pasti album gambar lama sewaktu dirinya dan Aisar kecil masih disimpan di dalam kotak khas.

Dia membelek-belek muka surat album itu sampailah dia menjumpai sekeping gambar yang dia inginkan.Dia sudah agak bahawa Arissa Humaira bukanlah orang asing baginya.Dalam gambar tersebut ada dia,Aisar,Izham dan seorang gadis .Bukan Sophie tetapi Arissa Humaira.Gambar mereka berempat sedang membina lego mainan.Louise mengeluarkan semua barang dari kotak itu dan dia terjumpa lego mainan yang dia bina sama seperti dalam gambar.

Memori mereka berempat terjah dalam ingatannya.Walaupun memori itu sudah lepas 12 tahun yang lalu sewaktu dia berumur 9 tahun manakala Aisar,Arissa dan Izham 6 tahun tetapi masih segar dalam ingatannya.

Terdapat 4 lego mainan yang mereka bina.

Terdapat 4 lego mainan yang mereka bina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Lego yang Aisar bina.Kenapa Superman?Sebab Aisar ingin sama dengan Arissa iaitu mempunyai veil.Pada masa yang sama juga,Arissa mencadangkan lego yang sama dengan alasan sesuai dengan Aisar iaitu berani dan kacak.

Kenapa Arissa memilih Elsa?Walaupun tika itu Arissa masih budak-budak,dia juga telah didedahkan tentang adab berpakaian dalam Islam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kenapa Arissa memilih Elsa?Walaupun tika itu Arissa masih budak-budak,dia juga telah didedahkan tentang adab berpakaian dalam Islam.Jika ikutkan kawan-kawannya yang lain,mereka menyuruh Arissa untuk memilih Wonder woman akan tetapi ini jawapan Arissa. "Eiii...Mana boleh!Wonder Woman seksi sangat!Tak sesuai untuk kita.Ustazah cakap perempuan kena jaga maruah." Bersungguh Arissa si kecil membantah dengan ujaran kawan-kawannya.

Louise tersenyum sendiri apabila teringat kata-kata si Arissa kecil.Waktu kecil sudah tahu hukum hakam.Semoga Arissa terus istiqamah menjadi muslimah sejati.

Aisar dan Izham yang mendengar celoteh Arissa kecil itu mula mengerutkan dahi mereka tanda tidak faham. Puan Ainsley iaitu bonda kepada Aisar datang ke arah mereka sebaik sahaja perasan riaksi Aisar dan Izham yang tidak faham dengan kata-kata Arissa itu.Puan Ainsley sudah lama memerhatikan mereka berempat tanpa pengetahuan mereka.Dia tersenyum bangga dengan kata-kata bijak dari anak kawan baiknya iaitu Raisya adik kepada Ramona.

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now