Sedang dia asyik dengan perasaannya,tanpa dia sedar pipinya dibasahi dengan air matanya.Cepat-cepat dia menyeka dengan jarinya.

"Ambil ni."Aisar menghulur sehelai sapu tangan.Sejujurnya dia sudah lama berada disitu,disamping gadis itu.Dia hanya mendiamkan diri agar tidak mengganggu gadis itu.Dia juga turut merasai suasana yang tenang itu.Tambahan pula suasana dimana matahari yang ingin menukar tempatnya dengan bulan.

"Berapa lama kau ada dekat sini?"Soal Arissa yang berasa malu.

 "Kalau aku dengan kau,1 menit tu pun aku dah rasa cukup lama."Balas Aisar tetapi masih menikmati keindahan dihadapannya. 

"Tak perlu malu atau sorok.Aku pun manusia biasa.Ada liku-liku kehidupan.Tapi kita hanya seorang hamba-Nya.Dihidupkan di atas bumi untuk diuji agar dapat syurga-Nya.Ujian yang didatangkan bukanlah hanya sekadar ujian tetapi satu nikmat yang perlu kita bersyukur kerana ia merupakan tanda-Nya masih menyayangi kita.Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita sendiri.Percayalah setiap ujian yang diturunkan pasti ada hikmah disebaliknya.Selepas hujan pasti ada pelangi."Tambahnya lagi sambil menghayati kekuasaan Allah. 

"Tengok budak tu."Kata Aisar sambil menunjukkan ke arah seorang budak kecil lelaki yang sedang bermain di tepi pantai.Arissa hanya memerhati saja budak lelaki itu tanpa faham apa sebenar yang ingin Aisar maksudkan. 

"Kenapa dengan budak tu."Soal Arissa hairan. 

"Budak tu pun tak tahu apa yang akan berlaku pada diri dia pada masa akan datang.Dia hanya menikmati saja masa yang Allah beri kat dia.Nikmat tanpa ada seribu satu masalah.Yang dia tahu dia seronok bermain.Kenapa Allah beri kita ujian bila kita meningkat dewasa?"Soal Aisar yang membuatkan Arissa berkerut dahi.

 "Sebab dia belum mumayiz.Tak mampu lagi nak pikul beban hidup.Allah tahu apa yang kita mampu dalam hidup ni.Kita dah ada akal yang sempurna,boleh fikir baik buruk even ada je manusia yang buta untuk melihat semua kebaikan."Balas Arissa.

 "Betul."Tersenyum Arissa apabila mendengar jawapan daripada jejaka itu.

"Tapi kau kena tahu ada juga budak dari kecil Allah dah uji dia.Ujian kehilangan orang yang dia sayang.Ujian hidup susah,tak pergi sekolah,kena tolong mak ayah cari duit,tak dapat belajar macam mana kawan-kawan yang sebaya dia belajar.Tapi kenapa dia orang tak rasa benda tu satu masalah pun?Sebab Allah tahu mereka tak layak lagi untuk merasai keperitan hidup.Merasai bagaimana sakitnya bila orang yang kita sayang tinggalkan kita selama-lamanya.Allah hanya buka mata mereka,apa yang ada depan mata itulah yang terbaik untuk mereka."Sayu saja suara Aisar di cuping telinga Arissa.

Arissa hanya menutup matanya dan terbayang jikalau dia dapat berjumpa dengan mama dan papanya semula.Memori dia bersama mama dan papanya terlayar diingatannya.Gelak tawa mereka sekeluarga terngiang-ngiang di telinga.Senyuman manis sang ibu dan senyuman lebar sang ayah apabila anak kecilnya dapat mengeja perkataan dengan baik.Ciuman kasih di pipi seperti terlekat sehingga sekarang.Dia tidak ingat bila kali terakhir dia dapat merasai kehangatan pelukan seorang ayah dan ibu.

"Kenapa kita dipilih Allah untuk diuji apa yang kita sedang alami ni?Allah nak kita tahu bahawa dunia ini bukanlah sekadar satu tempat untuk berhibur dan bergembira dengan orang yang kita sayang tetapi Allah nak kita tahu bahawa kita yang hidup di atas bumi-Nya perlu mencari kunci kebahagiaan dengan keperitan dan kesusahan satu kehidupan agar dapat hidup dengan bahagia tanpa ada makna penghujung satu kebahagiaan hidup di Syurga-Nya kelak.Kita selalu fikir yang kitalah paling tersakiti,kitalah paling berat ujian yang Allah turunkan tanpa kita tahu masih ada orang lain yang perlu berada dalam ujian Allah yang lebih berat daripada kita.Kalau kita rasa ujian kita berat,ingatlah ada orang yang diuji lebih berat daripada kita."

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now