Chapter 2

65 0 0
                                    

"Assalamualaikum korang! " kata Ali.

"Aku tahu ada sesetengah daripada korang marah dengan aku sebab tak bagitahu pasal ni. Aku mintak maaf sangat-sangat sebab tak bagitahu kat korang. Sebenarnya aku buat video ni bukanlah sebab nak mintak maaf tapi sebab nak bagitahu perkara sebenar dekat korang. Mesti korang tertanya - tanya apa perkara sebenar tu kan? So aku akan bagitahu. Perkara sebenar tu adalah aku tipu korang. Sebenarnya aku bukan ikut ayah aku pergi luar negara tapi aku akan pergi membuat pembedahan otak. Aku mempunyai kanser otak tahap 4. Penyakit ni ada dalam otak aku selama 3 tahun dan baru sekarang aku pergi buat pembedahan. Sebenarnya aku boleh je buat pembedahan ni masa penyakit kanser otak aku ni masa tahap 1,tapi sayang sebab aku baru tahu bulan lepas. Aku nak spent time dengan korang sampai bila-bila tapi takdir tak membenarkan aku. Korang jangan lupa doa kan aku tau! Sebab doktor cakap peluang untuk aku hidup sangat tipis. Peluang untuk aku hidup hanya 12.9% dan peluang untuk aku mati adalah 87.1%. So tolong doakan aku. Kalau aku masih hidup aku akan berjumpa korang tapi kalau aku dah meninggal dunia... korang akan tahu la nanti.So bye bye! Harap boleh jumpa korang lagi walaupun dah mati. Aku sayang korang! Assalamualaikum. " kata Ali sambil senyum dengan mata yang berair menahan kesedihan.

Semua yang melihat video itu menangis kerana mereka mendapati Ali menipu mereka dan tidak memberitahu mereka tentang penyakitnya.

" sampai hati kau tipu kitorang Ali! Sampai hati kau buat kitorang macam ni! Kenapa Ali!? Kenapa! Kenapa kau sanggup tipu kitorang Ali!? " kata Khai dan Moon sambil menangis.

"Dia berbuat begitu sebab dia tidak mahu kamu semua risau tentang dia. Dia sayang kan kamu semua. Kami juga baru tahu tentang hal itu. Pada mulanya kami tidak setuju dengan cara dia, tapi kami tahu bahawa cara dia adalah cara yang paling berkesan untuk menolong  kamu semua. Dengan menipu kamu, dia dapat pergi dengan tenang tanpa kamu merisau kan tentang dia. Dia sanggup menipu kamu semata-mata untuk kamu membenci dia. Dia sendiri yang memberitahu bahawa dia ingin kamu semua membenci dirinya kerana dengan cara itu kamu semua boleh melupakan dia. Saya harap kamu boleh membuat keputusan yang sewajarnya. Kami pergi dulu. " kata E.Zain.

"Sebelum tu, Ali ada pesan dekat kitorang suruh bagitahu benda ni. 'lupakan aku. Korang jalani hidup korang macam biasa dan anggap korang tak pernah jumpa aku. Tolong lepaskan aku. Aku merayu korang lupakan aku' Ali kata macam tu. So kami harap kamu boleh melupakan nya dan anggap dia tidak pernah wujud dalam hidup kamu atau dalam agensi ni " kata E. Dayang dengan penuh rasa bersalah.

Ketua teras pun pergi dari situ dengan rasa sedih.

" Ali. Kau memang jahat. Aku benci kau! Aku benci kau! Kau tinggal kan kitorang. Lepastu kau merayu dekat kitorang untuk lupakan kau. Kau ni manusia ke apa ha Ali? " kata Alicia sambil menangis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Situasi Ali,

"Maafkan aku korang. Aku tahu perbuatan aku ni salah tapi ini je satu-satunya cara yang boleh membuat korang lupakan aku. " kata Ali dengan keadaan yang sedih dan rasa bersalah.

" Ali, mama tahu Ali sedih tapi memang bukan takdir Ali untuk bersama mereka. Semua ni ketentuan Allah. Mama harap Ali redho ye. Kita berdoa kepada Allah supaya Ali dapat hidup dengan normal. " kata Aliya.

"Ali dengar apa yang mama kamu kata kan tu. Ini bukan ketentuan kita tapi Allah. Allah dah rancang perkara ni untuk berlaku Ali. Kita kena redha sahaja. Dah berhenti menangis kita dah nak sampai dekat HQ MATA. " kata D. Ghazali.

( ayah Ali tahu bahawa Ali dan Aliya adalah ejen.)

"Tapi Ali akan selamat ke? " tanya Ali.

"insyaallah Ali. Kamu akan selamat. Kami sentiasa mendoakan kamu agar kamu selamat" kata E. Dayang yang baru sampai bersama ketua teras yang lain.

Kisah Hidup Ali ( E.A) Où les histoires vivent. Découvrez maintenant