𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 3

272 14 0
                                    

"Mama, Yana pergi kerja dulu tau!" Jerit Alissa kepada ibunya yang berada di dapur.

"Okey. Nanti petang ataupun tengahari mama dengan adik-adik singgah tempat kerja kau ye?" Tanya Puan Jasmin kepada anak sulungnya itu.

 Nanti petang ataupun tengahari mama dengan adik-adik singgah tempat kerja kau ye?" Tanya Puan Jasmin kepada anak sulungnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Oh, okay." Balas Alissa kemudian melangkah keluar rumah menuju ke tempat kerjanya.

Sampai sahaja dihadapan BluBell Café. Alissa menolak pintu kaca itu dan berlalu ke dapur. Tak sempat Alissa untuk menyangkutkan begnya, belakang badannya itu ditepuk kuat membuatkan Alissa terkejut. "Allahuakbar!"

Badan Alissa dipusing dan terpapar muka dua ekor kawannya, Alysha dan Diana. "Woi! Kau orang ni memang kurang ajar kan, dah lah tak reti bagi salam. Kalau aku mati tadi macam mana? Dah lah amalan aku tak cukup lagi." Marah Alissa panjang lebar.

"Wuish, ingat amalan juga kau ni ya." Kata Diana tanpa rasa bersalah.

"Weh weh, dia bagi side eyes kat kita lah." Kata Alysha yang berpura-pura takut. Ey kalau aku ni nyamuk memang aku masuk lubang hidung diaorang. Berapa banyak agaknya tahi hidung diorang?

"Dah lah, pergi buat kerja. Buang masa aku je cakap dengan manusia macam korang." Ujar Alissa kepada dua rakannya itu lalu terus meninggalkan mereka berdua disitu.

3:43 p.m

"Weh! Alissa tu mak dengan adik-adik kau kan?" Soal Alysha kepadanya. "Mana?" Soal Alissa pula kepada Alysha.

"Tuu..." Jari telunjuk menunjuk ke arah Puan Jasmin dan adik-adik Alissa. "Oh, okay okay thanks!" Alissa terus berjalan ke arah Puan Jasmin dan adik-adiknya.

"Assalammualaikum mama, Alina dengan Aiman nak makan apa hm?" Tanya Alissa kepada ibu dan adik-adiknya.

"Spaghetti carbonara dan choco smoothie!" Kata si kembar serentak. "Baik. Mama pula nak makan apa?"Soal Alissa.

"Bagi mama jus oren je." Jawab Puan Jasmin.

"Weh, Dania! Tolong aku buatkan dua spaghetti carbonara, dua choco smoothie dan satu jus oren." Arah Alissa kepada Dania. Dania hanya menganggukkan kepala.

"Weh, nah kau punya spaghetti carbonara." Setelah beberapa minit Dania memberikan dulang berwarna coklat itu kepada Alissa.

"Thank you!" Alissa terus berjalan keluar dari dapur dan terus menuju ke arah adik beradiknya.

"Eh, mana mama?" Tanya Alissa kepada adik-adiknya apabila kelibat mamanya sudah lesap. "Mama, pergi tengok baju." Kata Aiman sambil memuncungkan mulut ke kedai yang berada dihadapan café.

"Oh, nah ni spaghetti korang." Kata Alissa sebelum meletakkan dulang itu keatas meja.

Ketika dia rancak berbual dengan adiknya secara tiba-tiba Aiman menjerit. "Pak cik! Kenapa tenung Kak Yana macam nak telan!? Tenung anak dara orang dosa tau! Dah tak ada orang lain ke pakcik nak tenung? Dasar orang tua gatal!" Matanya mencerlung tajam ke arah lelaki di belakang kakaknya.

"Entah-entah pakcik ni bernafsu kuda! Oh my Allah! Sesiapa tolong! Ada pakcik hensem cuba untuk sexual harassment akak Yana!" Sambung Alina pula.

"Apa korang ni jerit-jerit depan orang ramai? Tak malu ke?" Marah Alissa dengan suara yang tertahan. Malu woi!

"Tengok pakcik tu! Dia dari tadi tenung macam nak telan akak!" Balas Aiman. Jari ditunding ke arah lelaki yang duduk di meja belakang Alissa.

"Mana?" Budak dua ekor ni memang nak kenalah, buat malu aku je. "Tu!" Alina menunjukkan kearah seorang lelaki yang berada dibelakangnya.

Tergamam Alissa apabila melihat wajah lelaki tersebut. "Doktor?"

Wuish, biar betul tu doctor Blake? Hensem semacam dengan serba hitam hehe... Eh, apa kau ni Alissa. Entah-entah mamat tu dah ada bini. Alaaa, baru nak kahwin dengan mam-

"Cik Alissa?" panggil Blake pula.

"Oh, maaf ye doktor Blake. Adik-adik saya ni memang mulut tak ada insurans sikit hehe." Kata Alissa. Mukanya sudah seperti udang bakar. Merah habis. Dah lah ramai orang hari ni.

"Tak apa. By the way, just call me Blake. Tak sedap pulak bunyinya bila panggil doktor kat luar waktu kerja." Kata Blake kepada Alissa.

"O-oh baik." Jawab Alissa sambil tersenyum. Blake menggigit bibirnya, menjadikan bibir bawahnya kemerahan.

Alissa yang perasan tingkah lakunya itu, menegurnya. "Dokt- eh Blake, awak ok tak?" Tanya Alissa.

"Ha? I'm okay don't worry." Jawab Blake laju.

Mata mereka bertembung, cepat-cepat Alissa memandang ke tempat lain. Ya Allah, cantiknya mata dia! Mama tolong!

"Hmm, saya pergi dulu ye cik Alissa." Kata Blake dengan sopan setelah mengambil air yang dipesan di kaunter.

"Alissa." Alissa membetulkan ayat Cik Alissa kepada Alissa. Seraya itu, Blake terus keluar dari cafénya.

"Ha, yang korang ni apasal? Buat malu akak je." Marah Alissa kepada adiknya yang tertunduk.

"Bukannya salah kitaorang pun. Eee... ya lah kitaorang mintak maaf." Kata mereka berdua serentak dengan nada yang geram.

"Dah lah, bye!!" Jerit Aiman lalu memegang tangan Alina dan terus keluar dari kedai.

Alissa tiba di rumah agak lewat "Assalammualaikum!" Alissa membuka pintu depan. Awalnya semua tidur. Alissa kembali menutup pintu dan menguncinya. Lalu, Alissa berlalu ke biliknya.

Selesai membersihkan badan Alissa menuju ke katil yang bersaiz queen. Badan dihempas di atas katil empuk itu, secara tiba-tiba Alissa teringat tentang peristiwa yang berlaku petang tadi. Alissa dapat merasakan mukanya membahang.

"Ahhhhhhh!"

"Apalah nanti doktor tu akan cakap. Mesti dia tak suka." Alissa terus menekup mukanya dengan bantal. Ya Allah! Malunya!!!

Psycho Husband: His Obsession (OG)Where stories live. Discover now