„„

Akhirnya Ahmad Zarhuddin rebah menderita. Zarhuddin mengeluarkan air mata yang cukup pahit. Dia meraung, menyesal dengan apa yang telah dilakukan. Hayes yang mendengar terus memecah masuk. Hayes terhenti dan hanya membiarkan Zarhuddin.

"Papa minta maaf Nas... papa minta maaf,"

Ujarnya sambil memeluk surat yang ditulis tersebut. Bilik itu hanya bergema dengan suara tangisan Zarhuddin. Hayes yang sentiasa setia hanya menundukkan kepala ke bawah, meratapi kesedihan bersama di sisi.

Beberapa minit selepas meninggalkan markas Zarhuddin, Ikhwanul tiba di hadapan rumah Rahman. Ikhwanul disambut Rahman dengan senyuman penuh simpati dan kasih sayang.

"Alhamdulillah, Wan dah balik. Wan nak makan?"

Ikhwanul memandang Rahman sayu. Dia kemudian menayangkan senyuman tawar. Kepalanya digeleng enggan. Ikhwanul kemudian meluru masuk ke dalam bilik.

Ikhwanul melabuhkan punggungnya ke atas katil. Dia menyandarkan badannya pada bantal. Dia menghela nafas berat lalu memandang siling. Wajahnya seperti biasa, kosong.

Usai beberapa saat, Ikhwanul menoleh ke kiri. Ikhwanul terduduk lalu membuka laci. Dia melirik ke dalam laci tersebut dan terjumpa sebuah kamera. Kamera tersebut pernah dia gunakan ketika Uyaina masih hidup.

"Hahaha... comel," ujarnya sambil melihat setiap gambar yang pernah mereka tangkap

Ikhwanul menekan butang seterusnya dengan lebih pantas. Senyuman daripada bibir Ikhwanul tidak pernah lekang apabila wujudnya Uyaina di depan mata. Sedang khusyuk menekan butang seterusnya, tiba-tiba tangan yang menekan butang itu terhenti.

Ikhwanul berhenti daripada menekan butang tersebut kerana terdapat video yang dirakam oleh Uyaina tanpa pengetahuannya. Kelihatan video itu telah dirakam Uyaina pada hari lahir Ikhwanul, ketika mereka ada di kedai buku, ketika Ikhwanul membayar semua yang dibeli.
Tanpa melengahkan masa, Ikhwanul menekan butang mula.

''''

"Hai awak!! Ya, awak lah! Yang tengah tengok video ni. Hihihi~ okay, ini saya nak cakap sikit. Saya nak cakap... terima kasih sebab dah wujud dalam hidup saya! Terima kasih kerana sanggup tanggung semuanya! Saya gembira sangat waktu awak ajak saya kahwin! Saya rasa, saya lah wanita paling beruntung di dunia~ Oleh sebab itu... awak tak perlu lah rasa bersalah okay? Awak atau abang awak tak pernah salah. Saya dah maafkan. Saya tahu awak masih risau kan? Tak apa, saya dah maafkan okay? Saya nak awak tahu... awak tak perlu rasa bersalah kalau apa-apa jadi pada saya pada masa akan datang. Semua yang terjadi, semua dah ditentukan. Saya tahu, kita berdua bakal merindui masing-masing tapi belajar redha tu pun apa salahnya kan? Tak apa, kita take time okay? Okayy laaa tak nak buat video sedih sebab hari ni birthday awak~ Yang penting saya nak awak sentiasa gembira tak kisah lah hari ini atau selama-lamanya. Happy birthday cinta, I love you so much."

"Sayang, tolong saya angkat buku boleh?" suara Ikhwanul sampuk daripada belakang

"Oup! Awak dah panggil, saya pergi dulu la. Ingat tau! Kita sayang awak sampai bila-bila. Kita pergi dulu~ Assalamualaikum."

"Sayang?" seru Ikhwanul lagi

"Haaa yaaaa kejaapp! Hihihi byeee," Uyaina mengenyit matanya lalu video berakhir.

''''

Ikhwanul tertunduk lemah. Akhirnya dan sekali lagi, dia menangis merindui Uyaina. Teresak-esak sambil memegang kamera tersebut. Beberapa saat kemudian, Rahman datang menyapa. Rahman mengusap bahu Ikhwanul lembut.

"Sudahlah Ikhwanul... yang pergi biarlah pergi. Kita doa yang baik-baik. Insyaallah, arwah dilindungi oleh orang-orang beriman."

Ikhwanul mengangguk. Rahman kemudian melabuhkan punggung di sebelah Ikhwanul. Dia terus memeluk Ikhwanul erat, memujuk dan menenangkan anak bongsunya. Ikhwanul terdiam membisu, menangis di bahu Rahman.

Seperti pepatah yang pernah terungkai :

"Aku ikhlas, tapi aku rindu."

Semoga bidadari yang bernama Nur Uyaina bahagia di atas sana. Terima kasih kerana telah menyempurnakan hidup seorang Ikhwanul Al-Fattah. Semoga kita berjumpa lagi, okay?

- Tamat Epilog -

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sesudah sahaja menandatangani dokumen yang terletak di kaunter, dia membongkok hormat. Dia menoleh ke belakang dan melangkah keluar.

Tiba sahaja di luar, dia melihat sekeliling. Wajahnya kosong, mendatar. Dia kemudian menghirup udara segar yang lama tidak dirasa.

"Ikhsanul Al-Fatteh?" seru seorang wanita

Ikhsanul terhenti dan memandang ke arah suara tersebut. Wanita yang berlingkungan 25 tahun itu hanya mengukirkan senyuman. Ikhsanul beriak selamba, kosong dan mendatar. Dia kemudian menyelupkan sebelah tangannya masuk ke dalam poket.

Dalam setiap luka, terdapat beberapa rawatan. Mungkinkah di depan ku ini ialah satu daripada rawatan yang disebut...

BALUTAN?

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now