Uyaina yang berada di bilik membuka laci yang ditempatkan pada sebelah katil. Uyaina mengeluarkan satu cekak yang berbentuk arnab. Cekak itu sebenarnya dihadiahkan kepadanya. Ahmad Zarhuddin ialah si pemberi.

[FLASHBACK YEARS AGO]

Uyaina melompat kegembiraan kerana dia mendapat keputusan yang cemerlang. Gadis yang berumur 14 tahun terus menguak daun pintu rumah sebaik sahaja tiba. Dia menyapa seorang wanita yang sedang tekun mengait sesuatu di ruang tamu.

"Mamaaaa~ Nas dah balik!"

Puan Dahlia terus menoleh pada anak tunggal perempuannya. Senyuman daripada wanita itu menjadi lebar. Puan Dahlia mendepakan tangan untuk memberi Uyaina pelukan.

Uyaina bergegas lalu melompat ke arah ibunya. Mereka berpelukan erat serta mengucup wajah masing-masing dengan penuh kasih sayang.

"Mama mama mama! Nas nak bagitahu yang Nas dapat keputusan cemerlang dekat sekolah!"

"Wahhh pandai nya anak mama~ Nak tengok boleh?"

Uyaina mengangguk comel. Dia mengeluarkan keputusan tersebut lalu menghulurkan kepada Puan Wardah. Puan Wardah melirik sambil tersenyum. Puan Wardah kemudian mengelus pipi Uyaina.

"Anak mama yang cantik ni sentiasa banggakan mama. Mama sayang Nas sangat-sangat,"

"Hehehe Nas pun sayang mama~"

Uyaina memeluk Puan Wardah lagi. Mereka memenuhi ruang tersebut dengan ketawa yang rancak. Tiba-tiba seorang lelaki berdehem.

"Amboi~ sayang mama je?"

"Heheheh mestilah Nas sayang papa jugak!"

Uyaina terus bangun dan memeluk Zarhuddin yang sudah menyandarkan diri pada dinding. Zarhuddin membalas pelukan tersebut dengan penuh kasih sayang. Badan Uyaina diusap lembut.

"Papa dengar Nas dapat keputusan cemerlang, betul ke?"

"Betul! Tengok ni!" Uyaina berlari untuk menunjuk kepada Zarhuddin pula

Zarhuddin mencungap gembira. Kepala Uyaina diusap lembut. Senyuman yang terukir di bibir tidak pernah lekang.

"Disebabkan anak papa ni bijak, nah!!"

Uyaina membutangkan mata apabila satu cekak berbentuk arnab berada di telapak tangan Zarhuddin. Uyaina mengambil dengan teruja. Uyaina memakai pada kepalanya.

"Happy birthday anak mama. Maaf, kami tak sempat nak beli hadiah mahal."

"Alang-alang habis meeting, kami singgah beli cekak ini di Mr D.i.y sahaja. Kami berfikir mungkin Nas boleh jadi lebih fokus kan?"

Uyaina mengangguk setuju. Dia memandang dirinya ke arah cermin.

"Hadiah yang diberikan daripada papa dan mama semuanya mahal! Nas suka sangat, ya betul. Hadiah ni boleh buat Nas lebih fokus. Maklumlah, kadang-kadang study rambut selalu kacau bahagian hadapan. That's why I want to take this chance to say... THANK YOU PAPA! MAMA! I love you guys so much!"

Uyaina menarik Puan Wardah dan Zarhuddin serentak. Mereka memeluk antara satu sama lain dengan erat. Ibu bapa Uyaina turut tersenyum dan mengangguk setuju.

"Kami pun sayang Nas," ujar Wardah

"Papa akan berada di sisi Nas sampai bila-bila, I love you too my precious." sambung Zarhuddin

[END FLASHBACK]

Gugur air matanya. Dia memeluk cekak tersebut dengan hati yang perit. Papa tipu. Papa dah tak sayang Nas. Papa buang Nas. Melihat hubungannya dengan Zarhuddin yang masih tidak ada jalan penyelesaian membuatkan dirinya berasa rendah.

Ikhwanul yang berada di birai pintu turut simpati. Dia menghela nafas berat. Ikhwanul kemudian bertekad untuk memujuk Uyaina. Ikhwanul melangkah masuk lalu duduk di birai katil. Ikhwanul tersenyum tawar.

"Jom pergi jumpa doktor ya sayang?"

Uyaina menyeka air matanya. Dia menatap Ikhwanul tulus. Sebaliknya... jejaka yang tidak pernah ku kenal ini yang selalu berada di sisi aku. Bahkan dia tidak pernah langsung menyalahi aku. Aku terharu.

"Nas takut... "

Ikhwanul tersenyum. Dia bangun dan kini melabuhkan punggung pada sebelah Uyaina. Tangan kecil Uyaina digenggam halus.

"Wan teman Nas okay?"

"Janji?"

"Ya, janji."

Uyaina akhirnya tersenyum tipis. Terasa sedikit selamat. Ikhwanul kemudian menarik Uyaina masuk ke dalam pelukan. Mereka membiarkan suasana sunyi tanpa sebarang soalan mencelah.

Di hospital, selepas bersua dengan doktor, mereka harus menunggu giliran mengambil ubat. Waktu itu, disebabkan Uyaina langsung tidak makan daripada pagi, Ikhwanul bercadang untuk turun ke tingkat bawah.

"Sayang tunggu sini sekejap boleh? Nanti saya datang balik. Saya nak belikan makanan untuk awak sekejap. Saya tak nak perut awak masuk angin."

Uyaina hanya mendiamkan diri. Dia membalas permintaan tersebut dengan satu senyuman tipis. Ikhwanul mengangguk faham, dia kemudian beredar membeli makanan.

Uyaina menghela nafas berat. Dia menundukkan kepala, bermain jari-jemari kecil. Dia turut melihat sekeliling. Tidak tahu apa untuk dilakukan. Giliran untuk menerima ubat masih lama untuk dipanggil.

"Bosan nya..." keluh Uyaina

Beberapa minit selepas menunggu giliran, menunggu Ikhwanul, datang lah seorang gadis lingkungan umurnya melabuhkan punggung pada bangku berhampiran. Gadis itu kelihatan telah mengandung selama 8 bulan?

Uyaina tidak menghiraukan akan keberadaan gadis tersebut. Dia sambung memandang ke hadapan lalu merenung kosong. Dia sempat memikirkan segala masa depan yang bakal berlaku.

"Awak sempurna tau sayang? Awak tak jijik. Mama sayang awak..." ujar gadis yang berada berhampiran dengannya itu sambil mengusap perut yang besar

Uyaina terdiam. Dia memandang ke arah gadis tersebut. Berbagai soalan timbul di dalam kepala sebaik sahaja gadis itu berkata sedemikian. Jijik? Apa yang membuatkan bayi itu jijik?

BERSAMBUNG

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now