"Shall we?" ujar Ikhwanul

Uyaina mengangguk. Mereka menyambung menunggang kuda pada pesisiran pantai tersebut. Mereka menikmati setiap angin sepoi-sepoi bahasa. Lakaran senyuman daripada bibir masing-masing tidak lekang.

"So macam mana? Happy tak?" Ikhwanul memulakan suasana

"Um! Happy sangat! I learn a lot today. Tak pernah terfikir pun sebelum ni nak horse riding tapi nampaknya this aktiviti akan jadi one of my favorite la~ hehehe."

Mereka ketawa bersama. Kuda yang ditunggang perlahan sahaja rentaknya. Tenang. Mereka akhirnya kembali diam. Hanya tatapan cinta berlawanan antara satu sama lain.

"Cinta,"

"Ya saya?"

Uyaina mengetap bibirnya. Dia agak segan kerana dia tidak mahu nampak terhegeh-hegeh. Uyaina mahu bertanya akan design sapu tangan custom yang diberikan secara percuma sebelum pelajaran bermula.
Maklumlah, Uyaina memilih design mengikut warna kegemarannya. Dia juga meminta untuk menyulam nama Ikhwanul atas sapu tangan tersebut.

"Kenapa sayang? Sayang ada sesuatu nak diluah ke? Kalau ada kita boleh berhenti sekejap,"

Uyaina menggelengkan kepala. Dia masih mengetap bibir. Matanya fokus pada tali pemegang. Uyaina akhirnya mengomel sendirian. Namun seperti biasalah, telinga Ikhwanul ni seperti lintah. Dia dengar sahaja setiap perkataan yang dititipkan daripada bibir Uyaina.

"Awak nak tengok kita punya sapu tangan ke? Boleh je~ nah!" Ikhwanul mengeluarkan sapu tangan daripada poket seluar kemudian dihulurkan kepada Uyaina.

Uyaina mengambil lalu tergamam. Cantik. Sapu tangan tersebut mempunyai sulaman berbentuk mahkota. Warna sulaman tersebut ialah warna coklat perangan. Sejujurnya Uyaina kagum namun agak sedih kerana Ikhwanul tidak menyulam namanya pada sapu tangan tersebut.

"Cantik~ Cantik sangat."

"Kan? Awak tak nak tanya ke kenapa kita pilih design ni?"

"Sebab apa? tertanya juga sebab random hahaha,"

Ikhwanul tersenyum manis. Pandangannya teralih pada sapu tangan tersebut. Dia mengelus sapu tangan tersebut dengan lembut.

"Kita pilih design ni sebab ada berbagai maksud. Mahkota yang bermaksud Uyaina Nasuha ialah permaisuri yang berjaya menakluk hati seorang Ikhwanul. Uyaina Nasuha bersinar seperti mahkota. Keberadaan Uyaina seperti Mahkota yang tidak terkata nilainya. Sebab tu saya pilih mahkota. Kalau cerita pasal warna pula... warna coklat keperangan. Saya pilih warna ni sebab awak punya mata. Mata awak kan berwarna coklat keperangan. Jadi dua dalam satu tujuan. Tujuan saya untuk selalu ingat awak. Untuk selalu ada dengan awak. Saya obses dengan setiap fizikal dan mental awak. In short we can say..."

Ikhwanul merapatkan kudanya dengan kuda Uyaina. Badan Ikhwanul mendekat dengan Uyaina. Dada Uyaina terasa sesak. Wangian Ikhwanul betul-betul melemahkan iman. Bersungguh-sungguh gadis ini menunjukkan ketabahan.

"I'm obsessed. Yes, princess. I'm obsessed with you. Every inch of you,"

Uyaina tersedak. Tiba-tiba terbatuk. Dia mengalihkan wajah merahnya ke arah lain. Uyaina membasahkan tekak dan cuba menahan rasa malu. Ikhwanul tersenyum lebar. Dia kemudian akhirnya menjauhkan kudanya.

Angin menjadi tegang dan hangat. Kuda masih ditunggang masing-masing. Tidak lama kemudian, terdapat seorang budak lingkungan umur 15 tahun ke atas. Budak perempuan itu memanggil Uyaina untuk turun.

"Pergi lah. Mana tahu ada something kan?"

Uyaina menelan air liur usai menatap suaminya. Dia menoleh ke arah budak perempuan tersebut semula. Dia menayangkan senyuman hambar lalu turun daripada kuda. Uyaina melangkah dengan berhati-hati untuk menghampiri sang kecil.

"Ini untuk kakak! Saya pergi dulu~"

Budak itu menghulurkan sepucuk surat yang begitu antik. Surat itu sangatlah cantik. Sebagai seorang yang aesthetic, surat itu kelihatan aesthetic! Uyaina mengambil surat tersebut kemudian hanya memandang kelibat budak tersebut pergi.

Uyaina tersenyum suam. Dia menoleh pada Ikhwanul yang berada di atas kuda. Dia mengangkat surat tersebut membuatkan Ikhwanul mengangguk faham. Uyaina kembali fokus pada surat. Dia mengelus surat tersebut dengan lembut. Perlahan-lahan dia membuka.

Setelah membaca beberapa perkataan, matanya membutang. Mulutnya diterkup gembira. Uyaina menoleh pada Ikhwanul yang juga mengukir senyuman. Ikhwanul kemudian membawa kuda menapak ke hadapan. Kini, kuda yang ditunggang Ikhwanul berada di sebelah Uyaina.

"See you there, my princess."

BERSAMBUNG

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now