"Ehhh tak. Kita tak pernah terasa dengan awak la~ Cuma kita jelaskan apa yang patut. Kita harap sayang dapat belajar serba-sedikit apa yang tersirat. Okay?"

Uyaina mengangguk sekali lagi dengan lebih teruja. Ikhwanul tersenyum lalu menarik Uyaina masuk ke dalam dakapannya. Badan Uyaina diusap lembut manakala ubun-ubun dikucup kasih.

"Sayang nak naik motor ke? Kita ride malam ni nak tak?"

"Tapi kita mana ada superbike atau motor la cinta~ Tak payah la, saya mengada-ngada je tadi."

Ikhwanul meleraikan pelukan. Dia membuatkan Uyaina menatapnya dengan lebih fokus. Mata mereka terkunci antara satu sama lain. Ikhwanul menyisir rambut Uyaina pergi ke belakang telinga.

"Kita suka kalau awak mengada-ngada dengan kita. Now cepat cakap, awak nak pergi ride ke tak nak?"

"Tapi motor...?"

Ikhwanul menghela nafas lega serta tersenyum suam. Pipi kanan Uyaina dicubit lembut sehingga gadis itu terjerit halus. Uyaina mengusap pipi gebu sambil memuncung bibir. Ikhwanul ketawa lalu menggelengkan kepala.

"Kita boleh je sewa superbike semalaman. Kalau awak nak ride, saya booking sekarang."

"Sumpah lah Ikhwan?! Awak serious ke?!" matanya bersinar-sinar gembira

Ikhwanul mengangguk berserta senyuman manis terukir elok pada bibir. Dia memeluk tubuhnya lalu membuat muka polos. Tangannya mengelus dagu sendiri.

"Sayang rasa superbike apa yang patut saya booking? Yamaha? Kawasaki? yang penting bukan Ducati sebab sis tak mampu,"

Uyaina ketawa akan lawak jenaka suaminya. Terus dia menyatakan superbike idaman. Ikhwanul mengangguk lalu menekan beberapa butang pada skrin. Beberapa minit kemudian, penempahan motosikal berjaya diluluskan.

"Saya sayang awak, cinta!"

Uyaina memeluk leher Ikhwanul dan lantas mengucup pada semua bahagian wajah kacak Ikhwanul. Ikhwanul ketawa dan cuba memberhentikan Uyaina namun tidak boleh. Dia turut menikmati memori tersebut. Gatal!

Mereka akhirnya berhenti. Uyaina kembali duduk di tempat asal. Uyaina melihat sekeliling akan buku-buku yang disepahkan. Dia menggapai buku yang dibuat sendiri oleh Ikhwanul. Dia tersenyum lalu memandang Ikhwanul dengan penuh bermakna.

"Tapi sebenarnya... tak ada lah teruk mana cinta punya karya. Semuanya unik dan boleh diperkembangkan. Cinta kena asah sikit je dengan gaya penulisan. Yang lain, tip top!"

"Awww thanks cutie. Insyaallah~ Nanti kita belajar dengan lebih bersungguh-sungguh! Supaya satu hari nanti... awak dapat baca karya kita dengan lebih nyaman. I love you sayang,"

Mereka ketawa akan satu sama lain. Mereka juga berasa geli hati. Oleh itu, mereka merapatkan diri dek menggeserkan dahi licin masing-masing.

Beberapa jam kemudian, larut malam tiba. Superbike idaman Uyaina akhirnya diparkir di hadapan rumah banglo mewah tersebut. Uyaina menerkup mulut sambil mencungap. Kakinya pantas mendekati motor tersebut.

"Cinta.... betul ke malam ni CBR 150 ini milik kita?" ujar Uyaina yang masih tergamam

"Iya, sayang. Malam ni... CBR 150 ini milik awak sepenuhnya." lembut sahaja Ikhwanul membalas

Uyaina tersenyum lebar. Dia lompat kepada Ikhwanul untuk memeluknya dengan erat. Ikhwanul turut membalas pelukan isterinya dengan rela. Pipi Uyaina dikucup lembut. Uyaina juga mengucup pipi Ikhwanul.

"Dah, jom pergi ride sekarang. Awak pegang kuat-kuat tau? Kita bawa motor laju nanti takut terpelanting je. Kita ni sayang awak lagi dan sayang awak sampai bila-bila. Kalau awak mati, mati la juga saya."

"Hahahaha iyeee cinta! Awak jangan risau okay? Nanti kita peluk awak kuat-kuat biar kalau terpelanting.... awak terpelanting sekali heheheh,"

"Amboi~ nakal ya? Hihihi ya la sayang ku. Dah meh sini, bagi saya pakaikan helmet tu. Dari tadi nampak struggle."

Ikhwanul terus memasang tali topi keledar yang dipakai Uyaina. Uyaina hanya senyap berdiri dengan akur dan comel. Sesudah sahaja memakai helmet, helmetnya diketuk Ikhwanul. Ikhwanul mengenyit mata dan berkata.

"Macam budak kecik! Tapi kecik-kecik pun tetap comel di mata~ Shall we go now, princess?"

Uyaina tiba-tiba malu. Mukanya menjadi merah dan cuba untuk disorokkan. Ikhwanul sedar dan lantas ketawa. Dia menuju ke arah motosikal kemudian didudukinya beberapa saat kemudian. Helmetnya dipakai cermat.

"Awak tercegat apa lagi dekat situ, sayang? Tak jadi pula ke nak ride malam ni?"

Uyaina masih mendiamkan diri serta mengeraskan badan. Matanya masih membutang. Tangannya tiba-tiba berpeluh. Bibirnya diketap dengan rakus.

Melihat Uyaina yang menunjukkan reaksi sedemikian membuatkan dirinya terkekeh. Dia tersenyum sinis lalu menelengkan kepala dengan bertongkat kan tangan kanan. Dia menghela nafas lembut lalu memanah tajam pada iris coklat sang isteri.

"Atau perlu saya dukung awak kemudian diletakkan di belakang saya, tuan puteri."

Mata Ikhwanul mengenyit lagi. Kali ini Uyaina tidak boleh tahan. Perangai Ikhwanul yang gatal semakin menjadi-jadi! Haih, sabar je lah. Uyaina mengerutkan muka serta menjulingkan mata ke atas. Dia menghentakkan kaki menuju ke belakang motor. Ikhwanul ketawa kecil pada isterinya. Dia turut menggelengkan kepala. Aduhai~ Uyaina.... Uyaina....

"Awak... "

Ikhwanul terhenti. Dia mengerling ke belakang kemudian menjongketkan sebelah kening. Keliru. Tangan kecil Uyaina pula tiba-tiba mencengkam t-shirt hitam Ikhwanul membuatkan Ikhwanul semakin bingung.

"Kenapa ni sa--"

"Tak sampai... "

Ikhwanul terhenti. Allahu betul la. Motor ni terlalu tinggi untuk dia yang rendah. Ikhwanul cuba untuk menahan ketawa kerana dia tahu, dia bakal dikerjakan. Ikhwanul juga cuba untuk menenangkan diri.

"Cepat lah Ikhwan... saya tak sabar nak rasa angin motor,"

"Ha kejap-kejap. Biar saya angkat."

Muka Ikhwanul menjadi semakin merah setelah sedaya-upaya menahan tawa daripada menggelakkan Uyaina. Uyaina sejujurnya agak segan namun dia cuba tidak mengendahkan. Uyaina berdehem kuat.

"Pendek... " gumam Ikhwanul perlahan

"Bukan saya eh! Motor ni yang terlampau tinggi,"

"Lahhh~ awak dengar? Pendek?"

"IKHWANUL!"

Ikhwanul ketawa besar manakala Uyaina memukul belakang Ikhwanul secara manja namun kuat untuk dirasa. Ikhwanul meminta ampun dan lantas mereka beredar daripada situ.

BERSAMBUNG

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now