HON!!!!

Uyaina terduduk manakala kereta itu terhenti. Pemandu yang terlibat terus keluar daripada perut kereta. Pemandu tersebut melutut dan memeriksa keadaan Uyaina dengan cemas.
Tanpa berfikir panjang, Uyaina memegang kedua-dua tangan pemandu.

"Tolong!! Tolong saya!!"

Mata yang dibanjiri air mata itu membuatkan dirinya kabur dalam melihat. Pemandu tersebut canggung dan melihat sekeliling. Baru sahaja hendak menolong dan memasukkan Uyaina ke dalam perut kereta tiba-tiba...

"Erm encik, ini adik kami. Serahkan kepada kami,"

Terdapat dua orang jejaka seumuran dengan Ikhsanul membuatkan Uyaina semakin cemas. Uyaina menggelengkan kepala serta mencengkam lengan baju pemandu tersebut dengan lebih kuat.

"Lah ye ke...? Tapi kenapa pula berlari dalam hujan ni?" soal pemandu itu curiga.

"Dia baru lepas merajuk dengan kami. Tadi kami bergurau dengannya sampai menangis nak lari rumah," tersengih seorang lagi jejaka.

Penipu! Aku tak kenal mereka berdua! Tolong aku! Aku tak nak ikut mereka! Papa! Papa tolong la muncul waktu-waktu macam ni!! Uyaina takut!!!

Pemandu tersebut mengangguk faham. Badan Uyaina kini dirampas oleh kedua-dua jejaka tersebut. Berat hati pemandu untuk melepaskan Uyaina namun dia hanya berserah pada takdir. Pemandu tersebut terus beredar.

"Dah jangan lari ya sayang? Ramai tunggu you kat atas sana tu~"

Uyaina menggelengkan kepala berkali-kali namun apakah daya? Itulah takdirnya. Akhirnya dia diperkosa beramai-ramai oleh lelaki yang tidak dikenalinya. Semua lelaki tersebut memperkosanya kecuali Ikhsanul.

Ikhsanul hanya merenung kosong kepada Uyaina yang meronta-ronta di atas katil. Melihat tangisan Uyaina membuatkan Ikhsanul menjadi sebak. Pandangannya terus tertoleh pada tingkap.

"Weh best gila kau ni Uyaina!!" ujar seorang daripada lelaki yang sudah mabuk

"Tak sia-sia lah kau jual mahal. Makin tersimpan makin baik la barangnya~" sambung rakannya.

Uyaina hanya menangis sambil menyelimuti seluruh badannya. Dia memandang dengan jijik dan keji kepada semua jejaka yang mengelilingi dirinya. Beberapa minit kemudian...

"Weh weh!! Polis!!" teriak seorang lelaki daripada luar bilik.

Maka di situ lah pengakhiran malam petaka. Semua jejaka kecuali Ikhsanul mula kelam-kabut. Ikhsanul dan Uyaina hanya mengunci pandangan antara satu sama lain.

Sebuah kenangan yang menjadi mimpi. Mimpi itu sangat buruk, bahkan menghantui aku sehingga ke hari ini.

"Sayang! heyy bangun! Kenapa ni, Ya Allah!!"

Uyaina terduduk dan sesak nafas. Ikhwanul yang tidur di sebelah terus menghulurkan air mineral. Uyaina menoleh pada Ikhwanul lantas menepis cawan tersebut. Ikhwanul canggung.

"TAK PAYAH BERBUAT BAIK DENGAN AKU! KAU DAN ABANG KAU SAMA SAHAJA!"

Uyaina menolak serta memukul dada sasa Ikhwanul. Tangisan daripada gadis itu membuatkan wajah Ikhwanul menjadi sayu. Ikhwanul tidak melawan dan hanya membiarkan sahaja isterinya bertindak kasar.

"AKU BENCI KAU! AKU BENCI KETURUNAN KAU!"

Sekali lagi. Dia hanya membiarkan Uyaina bertindak kasar terhadapnya. Segala kemarahan Uyaina dilepaskan pada nya.

"KAU PUNCA AKU ROSAK! KAU PUNCA AKU ADA KANSER!"

Tanpa sedar Ikhwanul sudah merembeskan air mata ke pipi. Ikhwanul hanya mengangguk dan menerima segala cacian yang keluar daripada bibir Uyaina.

"Kau punca segalanya... aku benci kau... "

Uyaina akhirnya berhenti dan mencengkam baju Ikhwanul. Dia menundukkan kepala serta menangis teresak-esak. Suasana bilik tidur menjadi sunyi dan amat tegang.

"Saya minta maaf Uyaina... Saya minta maaf atas segala salah abang saya."

Uyaina mendiamkan diri dan hanya menangis teresak-esak. Dia memandang bola mata suaminya. Ikhwanul tersenyum lalu mengelus pipi Uyaina lembut.

"Terima kasih sebab luahkan segalanya instead of simpan dalam dada. Saya sayang awak. Saya akan jaga awak sampai mati sayang,"

Uyaina terpaku. Lelaki ini sungguh mulia. Bahkan aku bersifat kasar, dia masih lagi terima. Mereka berlawanan mata selama 5 minit. Namun akhirnya Uyaina sedar dan terus mengerutkan muka. Dia terus menarik lengan Ikhwanul lalu menolak lelaki itu keluar daripada bilik.

"Saya takkan mengalah Uyaina. Saya akan tebus balik atas apa yang abang lakukan."

"Keluar!"

Pintu yang hampir tertutup ditahan Ikhwanul. Kekuatan Ikhwanul tidak kalah kekuatan abangnya Ikhsanul. Sedaya-upaya Uyaina cuba untuk menutup pintu tersebut.

"Saya dah janji akan bahagia kan Uyaina Nasuha. Sejauh mana pun awak berlari, saya akan kejar awak, sayang."

"Aku kata keluar! Jangan dekat dengan aku!"

Perlahan-lahan Ikhwanul mengalah daripada menahan pintu bilik tersebut. Ikhwanul hanya tersenyum manis, setitis air mata serta ayat terakhir daripadanya membuatkan hati Uyaina tersentak.

"Saya akan bagi awak masa. Tapi sebelum saya pergi, saya nak awak tahu...."

Pintu tertutup namun ayat terakhir cukup nyaring untuk berlegar-legar di dalam kepala.

"Saya sayang awak Uyaina Nasuha"

BERSAMBUNG

C | PINJAMANWhere stories live. Discover now