BAB 1

14 2 34
                                    

"Dari prestasi peperiksaan pertengahan tahun, keputusan Faiq agak merundum berbanding sebelum ni yang amat cemerlang."

"Kenapa keputusan anak saya boleh jadi macam ni ya, puan?" soal wanita 30an itu pada guru kelas yang berada di hadapannya. Dahi wanita itu berkerut ketika melihat keputusan anak bujangnya.

"Jika dari segi sesi dalam kelas dan kerja sekolah, Faiq bagus saja. Tiada masalah pembelajaran dan tidak pernah tak siapkan kerja sekolah. Cuma yang saya dapati ketika minggu peperiksaan tempoh hari, Faiq tak berapa sihat. Mungkin itu yang menjejaskan fokusnya ketika menjawab soalan," Cikgu Adeelah yang merangkap guru kelas Faiq Amzar menerangkan setiap satu.

"Hmm... baiklah, cikgu. Terima kasih, ya." Senyuman dilakar seraya bersalaman dengan Cikgu Adeelah. Kemudiannya dia berlalu pergi sambil memegang sehelai kertas putih yang tertulis padanya keputusan anaknya, Faiq.

Faiq yang sedari tadi berada di sisi wanita itu turut mengekori dari belakang sambil bahu sudah menyandang beg untuk pulang bersama. Debaran hatinya tak kunjung lega apabila melihat reaksi yang ditakutinya sudah terpampang.

Setiap langkah diselangi kekacauan di fikiran. Semua kemungkinan yang akan terjadi terjenguk di minda. Hampir kelam penglihatannya ketika berjalan akibat menunduk sepanjang perjalanan.

Gedebuk!

"Arghhh!" Wanita yang berbaju kurung moden itu terkejut mendengar jeritan itu lantas memandang ke belakang.

"Kau ni jalan tengok guna mata atau lutut?" Membara jiwanya melihat kanak-kanak itu tidak berhati-hati ketika berjalan.

Faiq cuba untuk bangun. Dia terjatuh ke dalam longkang kecil dan lututnya terseret pada jalan tar. Seluar sekolah hampir terkoyak akibat geseran. Lututnya terasa ngeri. Wanita itu cuma melihat tanpa ada belas kasihan untuk membantu. Terjengkit-jengkit kanak-kanak berusia 10 tahun itu untuk berjalan.

"Hidup kau kalau tak pernah menyusahkan aku, tak boleh ke?" Jelingan tajam menikam itu dilemparkan pada Faiq yang memandangnya dengan gaya meminta simpati.

Wanita itu meneruskan langkah menuju ke kereta tanpa menghiraukan Faiq yang masih menahan kecederaan di lutut.

Setiba di muka pintu kereta, Faiq membuka pintu lalu masuk. Kedinginan kereta itu mengurangkan sedikit kesakitannya. Namun ketakutannya masih tidak lega. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, dia menunduk tidak berani untuk memandang wanita yang sedang memandu itu.

Setelah 10 minit di atas jalan, kini kenderaan yang dipandu oleh wanita tersebut masuk ke dalam pekarangan rumah yang gah itu.

"Kalau aku bagi keputusan ni dekat bapak kau pun, dia apa kisah." Wanita itu keluar lalu beredar masuk ke pintu rumah.

Faiq terjengkit-jengkit berjalan masuk ke dalam rumah sambil memikul beg sekolah yang beratnya ibarat membawa batu-bata.

Dia berjalan menuju ke ruang dapur mencari seseorang untuk mengadu kesakitan. Setiba di ruang dapur masak, kelihatan susuk wanita berusia 50an sedang menyediakan makan tengah hari untuk seisi rumah ini. Wajah kanak-kanak itu terlakar lebar hingga sakit di lutut hilang. Dia melangkah menuju ke wanita itu.

"Mak!"

"Allahu Akbar!" Terkejut wanita tua itu apabila disergah dari belakang. Mujur tangannya tidak laju mengetuk kepala kecil itu dengan senduk yang sedang digunakan.

"Faiq! Mujur mak tak ketuk kamu dengan senduk ni tahu." Wanita itu mengusap kepala Faiq dengan tangan kirinya sedang sebelah lagi tangan memegang senduk.

"Maaf, mak. Saja usik mak. Hehehe..." Faiq membuat wajah bak kerang busuk. Tersengih-sengih pula budak bertuah ni!

"Faiq lapar ke, sayang?" Soal wanita yang dipanggil mak oleh Faiq.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KEJAR | Faiq AmzarWhere stories live. Discover now