Semua terdiam. Melihat muka Luqman yang macam nak cekik orang hidup-hidup, rasa macam nak keluar dari bilik ni cepat-cepat.

     "Adel, kau pergi ikut si Ayden dengan Ayash beli Aiskrim. Kasi aku setel mamat ni." Kata Luqman dengan muka seorang doktor.

     "Ni lah kalau ade skalpel kat tangan aku, aku bedah kau hidup-hidup Qeem." Kata Luqman.

     "Wowo, itu salah satu jenayah berat tu. Akta..."

     "Sini kau. SINI KAUU!" Kata Luqman yang memegang pen sambil mengejar Haqeem di dalam bilik tersebut.

     "Erm, prince ape kata kite pergi beli aiskrim cepat-cepat nak? Abang tak nak tengok ada mayat dalam ni dan abang tak nak terjebak sekali." Kata Ayden sambil memerhatikan abangnya yang sedang berkejar kejaran di dalam bilik itu.

     "Erm, awak nak ikut ke?" Soalan itu diajukan kepada Adelia oleh Ayden.

     "Tu lah tu. Saya tak nak jadi mayat ke 2 atau ke 3 jadi, better saya ikut kut? Tak menyusahkan ke?" Tanya Adelia ragu-ragu

     "Tak pun. Jom lah." Kata Ayden sambil mendokong Harraz.

    

♡-._______________________.-♡

Setibanya mereka di hadapan kedai aiskrim yang terletak di kafeteria hospital, mereka terus beratur.

     "Prince nak aiskrim perisa ape??"

Tanya Ayden kepada anak buahnya.

     "Hurmm, ha!! Coklatt!" Kata Harraz sambil menunjukkan gambar ais krim berperisa coklat di kaunter.

     "Okeyy kalau macam tu, abang amik perisa vanilla." Kata Ayden.

     "Ya? Nak order apa?" Tanya cashier di kaunter kedai tersebut.

     "Bagi 1 ais krim perisa coklat and satu perisa vanilla. Dalam cup eh." Order Ayden.

     "Kau nak tak?" Tanya Ayden kepada Adelia yang disedari hanya ikut mereka tanpa bertukar dialog pun.

     "Erm tak pe lah, saya beli sendiri." Kata Adelia.

     "Tak payah nak mengada. Nak perisa apa? Strawberry? Okay. Tambah satu Strawberry." Kata Ayden kepada cashier.

     "Ehh memandai je awak ni." Marah Adelia.

     "Dah kau tak nak jawab biar firasat aku yang jawabkan. Perempuan memang selalu tak lain tak bukan Strawberry je. Ke nak tukar?" Tanya Ayden.

     "Tak pe lah saya okey je." Kata Adelia.

     "Ha okey." Kata Ayden.

Baru saja Ayden mahu mengambil dompet dari poket seluarnya, terdapat satu tangan yang sudah menghulur card terlebih dahulu. Dann ianya Adelia.

     "Dah ni pahal pulak." Kata Ayden yang masih mengambil card dari dompetnya.

     "Tak pe saya belanja. Saya baru dapat gaji." Kata Adelia.

     "Kau fikir kau sorang je ke baru dapat gaji sekarang ni. Tak payah biar aku bayar." Kata Ayden.

     "Tak payah biar saya je bayar." Kata Adelia.

Will You Be Mine?Where stories live. Discover now