Bab 14

1.6K 141 22
                                    

Malam itu Hayfa duduk di atas katil dalam biliknya. Setelah empat hari dia duduk di hospital akhirnya dia dibenarkan keluar semalam. Semua urusan kerja rumah memang Syaqil yang uruskan sementara dia tidak sihat. Siap Syaqil upah pembantu rumah sementara waktu untuk menjaga Hayfa apabila Syaqil keluar bekerja.

Tengah Hayfa sibuk mengelamun pintu biliknya dibuka dari luar. Kelihatan Syaqil membawa dulang makanan beserta air. Syaqil melangkah ke arahnya, dia letakkan dulang di atas meja tepi katil Hayfa. Lalu dia angkat pinggang berisi nasi ayam.

"Makan nasi dulu dan makan ubat. Lepas tu kejap lagi aku tolong cucikan luka kau." Kata Syaqil sambil dia sudukan nasi ayam itu lalu dia sua ke mulut isterinya. Hayfa hanya merenung wajah Syaqil. Merona merah mukanya bila Syaqil kata nak cucikan lukanya kerana luka itu di bahu dekat dengan dadanya.

"Abang tak perlu cuci luka Faa. Faa boleh buat sendiri." Kata Hayfa lalu dia makan nasi yang Syaqil suapkan.

"Kan susah kau nak tengok dan cuci luka kau sendiri. Biarlah aku tolong. Kenapa kau malu ke dengan aku?" Soal Syaqil sambil tersengih nakal. Hayfa hanya anggukkan kepalanya perlahan. Merah mukanya waktu itu.

"Kau nak malu apa Hayfa. Aku ni suami kau. Oh hari tu. Kau pakai baju tidur sexy menayang depan aku kat dapur tu tak malu pulak eh? Jangan risau aku takkan suruh kau layan aku masa kau sakit macam ni. Iman aku ni masih lagi tinggi setinggi langit ketujuh tau. Kau tengah sakit muka pucat macam hantu  Kak Limah ni, tak ada maknanya aku nak tergoda." Kata Syaqil sambil dia tersenyum sinis. Lalu dia suapkan lagi nasi ke dalam mulut isterinya.

Hayfa hanya menjeling tajam ke arah Syaqil. Iman setinggi langit ke tujuh konon. Beberapa hari lepas baru je kau suruh aku layan kau. Dasar lelaki tak guna, masa nak menggatal mulut manis. Sekarang berani kau kata muka aku pucat macam hantu kan. Sekali aku terajang kau baru tahu. Sudah berbakul-bakul sumpahan Hayfa berikan pada Syaqil dalam hatinya. Mulutnya mengunyah kuat nasi yang disuap oleh Syaqil kerana geram.

Habis saja Hayfa makan Syaqil membersihkan luka Hayfa. Dia berdehem beberapa kali apabila dia perasan Hayfa asyik merenung wajahnya. Walaupun wajah Hayfa pucat akibat masih belum sembuh sepenuhnya namun dia akui isterinya itu sangat cantik.

"Kenapa kau tenung aku macam tu. Suami kau ni kacak sangat yer?" Soal Syaqil sinis.

"Faa hairan. Ada masanya abang baik sangat dengan Faa macam dulu. Ada masanya abang garang sangat dengan Faa. Asyik nak marah dan perli Faa je. Kadangkala Faa terfikir abang ni ada kecelaruan identiti ke." Jawab Hayfa. Terus meletus tawa Syaqil mendengarkan kata-kata Hayfa.

"Hei kau dengar sini. Aku bukan nak buat baik dengan kau. Tapi kalau jadi apa-apa kat kau. Aku yang susah kena berjawab dengan papa mama aku, papa dan mama kau lagi. Itu belum lagi nak berjawab dengan pakngah aku. Jadi tolong jaga diri kau baik-baik boleh tak jangan nak menyusahkan aku. Ni dah masuk dua kali tau aku selamatkan kau. Haritu kau lari dari aku nyaris nak kena langgar kereta, ini kena ragut pulak. Lepas ni kalau kita keluar kau jangan nak jauh-jauh dari aku faham." Kata Syaqil tegas.

"Abang kata Faa menyusahkan abang. Jadi selama ni, abang anggap Faa ni menyusahkan abang ke?" Hayfa sudah terasa dengan Syaqil.

"Mungkin kot. Lepas ni kita pergi kerja gerak sama-sama." Kata Syaqil lagi.

"Kenapa pulak nak pergi kerja sama-sama? Abang nak semua orang tahu yang abang tu suami Faa ke?" Soal Hayfa.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now