-----------Di sebuah bilik bersalin----------
Seorang wanita sedang berjuang sekuat tenaga melahirkan buah hati kesayangannya dan suaminya ke dunia. Wanita tersebut bernama Alexa Nayana Priyanka wanita berusia 21 tahun melahirkan anak pertamanya. Dengan sokongan dari sang suami iaitu Alvian Elias Gavriel di sisinya mengenggam erat tangan Alexa.
Alexa memandangi sang suami dengan tatapan yang sukar diertikan.
“Abang, abang tep-atilah wa-wasiat datuk y-e? Ab-bang janji ye, tepati-”kata Alexa terbata-bata. Alvian mengenggam erat tangan sang istri sambil menitiskan air matanya dan mengeleng keras.
“Alexa sayang kena kuat, ”katanya. Alexa tersenyum tipis dan berkata “Jaga anak- kita b-bang, ”kata Alexa. “Ye, kita jaga sama-sama, ”kata Alvian lagi. Alexa tidak menjawab. Nadinya mulai menurun bertepatan dengan sang putra terlahir di dunia. Alexa tersenyum tipis sebelum akhirnya ia menutup matanya untuk selamanya.
“Al-alexa? Alexa! ”jerit Alvian sambil menangis sekuat hatinya apabila isteri kesayangan dan cinta pertamanya itu menutup mata meninggalkan dirinya dan anak mereka untuk selama-lamanya.
----------------------------------------------------
Alvian terbangun dari mimpinya. “Al-alexa,”monolognya sambil mengusap wajahnya dengan kasar. Sudah 3 tahun isterinya meninggalkannya sendirian bersama anak mereka yang diberi nama Alzian Louis Gavriel.
Alvian bangun dari katil dan menuju ke bilik mandi. Ia membersihkan badannya. Selesai itu, ia berpakaian biasa kerana ia tidak berniat untuk kerja setelah bermimpi tentang Alexa lagi.
Alvian duduk di meja kerjanya sambil memandangi gambar isterinya yang tersenyum. Ia mengusap gambar isterinya dan berkata “Alexa sayang, anak kita sudah tumbuh besar. Alvian Louis Gavriel nama yang awak buat sebelum Louis lahir. Dan mirip sekali dengan awak, memandangnya mengingatkan saya pada awak. Saya rindu awak, Alexa.”
Alvian menghela nafas pelan dan kembali berkata “Alexa, saya sudah tepati apa yang awak kata. Saya sudah penuhi wasiat datuk. Tapi, biarpun saya tepati tapi hati saya hanya pada awak. Saya tak tahu kenapa awak nak sangat saya tepati wasiat itu? ”katanya tanpa sadar air matanya menuruni pipi.
Alvian dengan segera mengelap air matanya. Alvian kini membelek sebuah fail atau lebih tepat wasiat dari sang datuknya. Wasiat tersebut bertuliskan:
Cucunda Alvian Elias Gavriel, datuk menginginkan cucunda menikahilah dengan cucunda dari sahabat datuk iaitu Vianneya Adel Prissy.
Alvian Elias Gavriel, sama ada sebelum datuk meninggal atau sesudah datuk meninggal. Tolong tepatilah wasiat datuk.
Alvian memijat kepalanya ia pening memikirkan segala masalah dan pahitnya yang ia lalui sepanjang hidupnya.
Tepat setahun Alexa Nayana Priyanka meninggal dunia, Alvian pun menikahi Vianneya Adel Prissy sebagai isteri keduanya dengan statusnya waktu itu duda beranak satu. Awalnya, Adel juga menolak wasiat tersebut. Namun, kerana ini juga permintaan dari kedua orang tuanya kepada nya dan Alvian sebelum meninggal akhirnya ia setuju.
Kerana menikah tanpa rasa cinta antara satu sama lain, rumah tangga mereka sangat dingin.
Apalagi sosok Adel yang membenci Alvian mahupun Louis anak Alvian membuatkan keadaan rumah tangga mereka sangat asing. Walaupun duduk sebumbung, mereka bagaikan orang yang tidak pernah berkenalan sama sekali.
Tekadang atau lebih tepat tidak jarang Adel mengangkat tangan kepada Louis kecil. Alvian mengetahui itu memarahi Adel tapi itu tidak pernah cukup. Meskipun, sifat kejam Alvian menghukum Adel malah Adel tidak pernah sama sekali menyesali perbuatannya. Hinggalah Alvian hanya boleh pasrah.
Alvian melihat ke arah dinding foto perkahwinannya dengan Alexa dan dibawah foto tersebut ada foto perkahwinannya dengan Adel . “Lihat Alexa sayang. Kenapa aku sentiasa nenolak untuk memenuhi wasiat datuk untuk menikahi Adel kerana ini. Dia tidak selembut kamu sayang, ”katanya pelan sambil memandang wajah cantik Alexa tersenyum bahagia ketika hari perkahwinan mereka walaupun tampak sederhana.
Apalagi perkahwinannya dengan mendiang Alexa tidak disetujui oleh sang ayah Alvian iaitu Azrael Gabriel. Namun,itu tidak menghentikan niat Alvian untuk menikahi Alexa. Malangnya, nasib tidak menyebelahi mereka.
Alexa telah mendahuluinya berehat di sisi Yang Maha Berkuasa .
ESTÁS LEYENDO
Transmigrasi Istri Tuan Muda Gavriel
RomanceSeorang pelajar yatim piatu sekolah menengah , Vanesya Adelia, telah bertransmigrasi ke tubuh seorang wanita dari dalam novel yang ia baca. Nasibnya kini menjadi Vianneya Adel Prissy isteri kedua seorang Ceo dingin bernama Alvian Elias Gavriel. ...
