Ting!

Seperti ilham yang turun dari langit, telefon bimbit aku mengeluarkan bunyi syiling jatuh. Pantas aku keluarkannya dari beg galas dan lihat notifikasi.

IMessage
Nik Manis 🥊
Oi, jom lepak sekarang!

Ah, betul-betul ilham datang dari langit!



╭──────────────────────────────
╰──➤ ✎*ೃ [Filler Chapter]



Kami pilih untuk makan di cafe blok Aviation kerana Manis cakap cafe dekat sini one of cafe underrated dan tak sesak. Aku pun baru tahu aviation ada cafe sebabkan bangunan diorang paling kecik jikalau mahu dibandingkan dengan bangunan aliran yang lain.

Satu meja dengan aku ada keseluruhannya tiga orang. Aku, Manis dan seorang budak lelaki rambut dua tone coklat bernama Zaifar.

"Kalau kau tak bagi itik makanan sikit dia cakap apa?"

"Huh? Quack?"

"Salah."

"Duck-kut nyer."

Perbualan kami sedikit awkward sebab Manis pergi ambil makanan dia yang baru siap. Jadi dia tinggalkan aku berdua dengan budak rambut dua warna ni. Jenaka dia agak hambar, jadi aku pilih untuk buka topik perbualan lain, "kau ambil course apa?"

"Oh? Aku aviation."

"Huh?!" Terkejut sikit aku mendengarnya sampaikan badan aku yang tadi macam tak ada tulang lantas duduk tegak. Dia nampak macam budak-budak sangat kot? Tiba-tiba amboi course sampai aviation?

"Aku ni nampak je coki-coki, tapi sebenarnya Kinder Bueno tahu?" Balasnya seakan bangga. Dia capai waffle yang tadi dia biarkan seketika disebabkan masih panas dan sumbat masuk mulut,

"Kolej dekat sini kena bersaing ke weh?" Zaifar yang sedang kunyah waffles cepat-cepat menelan kunyahannya untuk menjawab soalan aku. Dia angguk kepala beberapa kali sebelum buka mulut,

"Kau tahu kita ada tiga kolej? Tapi masa orientasi diorang selalu cakap ada dua je sebabnya kolej satu lagi kolej gelandangan." Aku terdiam seketika, otak aku blank dan agak tidak mengerti akan maksud Zaifar itu, "gelandangan tu kolej untuk budak-budak yang tak cukup merit. Basically kolej tu luar daripada sekolah, near hutan and facilities dia agak teruk."

"Kau kolej mana?"

"Oh aku? Aku tak duduk kolej. Aku dengan Fahra ulang-alik. Since rumah kitorang area sini je."

"Rumah dia jauh je, dia ni spoils kid. Seminggu tiga kali balik naik private jet."

"Hah, WHAT?" Manis baru pulang dari ambil makanannya. Mata aku terjegil mendengar statement yang keluar daripada mulut wanita aku. Zaifar pula sudah memeluk tubuh gaya kanak-kanak merajuk,

"Ish! Diamlah!" Teriak Zaifar kecil. Mereka cuma abaikan aku yang masih lagi terkejut ini. Gila apa pergi sekolah naik private jet? Ini anak orang kaya level apa agaknya? Mengalahkan sultan Brunei terus! "Family aku founder Z.I.A, so thats why."

"So Z in ZIA tu stan for Zaifar International Airport?" Lelaki itu angguk kepala. Oh wow, aku agak speechless sebenarnya, "anyway korang boleh cerita lagi tak pasal kolej dekat sini?"

"Oh? Basically, kolej gelandangan tu sebenarnya dulu untuk budak-budak Achieved (golongan kaya). Tapi disebabkan ramai parents Achieved yang tak setuju untuk anak-anak diorang duduk luar macam tu, wujudnya sistem merit ni." Manis membalas sambil mulutnya ligat mengunyah makanan. Oleh kerana kelakuannya yang tidak sopan itu, Zaifar pantas manampar bahunya pelahan agar dia bergenti bercakap.

"Betul, dulu kolej tu cantik je. Sejak parents Achieved mogok and taknak bagi dana. Terus dia terbiar macam tu. lepastu siapa yang kena duduk sana? Budak-budak yang masuk sini ikut 10 exams, golongan kurang berkemampuan dan staff." Zaifar menambah topik perbualan Manis,

"Seriously?"

"Yep, tapi tak silap aku lah kan. Merit tu semua menipu je sebab ramai Achieved yang suka pakai cable. Lagipun diorang ada duit kan? Ada duit equal to ada kuasa." Otak aku rasa macam nak pecah bila dengar semua benda ni, "oh kau tahu kita dah nak mengundi sekarang? Majlis Tertinggi Achiver dah bubar. Itu tandanya pilihan raya lagi dua bulan."

"Mengundi? Macam mana?"

"Pilih parti lah, ada dua parti besar dekat sini. Tapi kitorangpun tak pasti pasal benda ni sebabnya aku tak mengundi pun." Giliran Manis pula bersuara,

"Pentingnya kau pilih parti yang bagi faedah untuk golongan kau lah."






For those yang tak tahu, Zaifar mind-reader. Itulah ada some soalan yang Senja tak tanyapun dia dah jawab dulu (kalau korang perasan laa)

RebelliousWhere stories live. Discover now