"Linda I kena balik dulu. I pun ada hal bye." Kata Syaqil. Pantas dia pergi ke kuanter dan membuat pembayaran. Terkebil-kebil mata Linda melihat Syaqil meninggalkannya sendirian.

Syaqil meluru keluar dan mengejar langkah Hayfa. Dia berlari dan dia tarik lengan Hayfa hingga badan Hayfa terdorong ke dalam dakapannya. Dilihatnya Hayfa sudah menangis.

"Kenapa kau menangis?" Soal Syaqil.

"Penting ke abang nak tahu kenapa Faa menangis. Abang pergilah layan scandal abang tu." Kata Hayfa.

"Kau jealous ya?" Balas Syaqil sambil tersenyum sinis.

"Tak penting pun abang nak tahu Faa jealous ke tak. Perasaan Faa bukan penting pun bagi abang kan! Sudahlah lepaslah!" Tempik Hayfa lalu dia rentap kuat lengannya dari genggaman tangan Syaqil. Dia berlari laju untuk melintas jalan. Syaqil mengejar langkah Hayfa.

Baru Hayfa berlari nak melintas jalan, tiba-tiba kakinya terpelecok. Dia jatuh terduduk di atas jalan raya. Tiba-tiba ada kereta mercedes hitam meluru laju ke arahnya. Hayfa terkaku melihat ke arah kereta tersebut.

"Hayfa!!!" Jerit Syaqil. Rasa nak gugur jantungnya melihat kereta itu meluncur laju ke arah isterinya. Pantas dia melajukan lankahnya lalu dia menarik kuat tangan Hayfa yang tengah terduduk itu untuk ketepi. Sampai saja di tepi jalan Syaqil merenung tajam ke arah kereta hitam yang laju berlalu pergi dari situ. Hatinya sudah rasa panas membara dia marah pada pemandu kereta tersebut. Kau dah nampak dia terjatuh dari jauh tapi kau lajukan kereta. Kau memang nak langgar isteri aku ke apa. Bisik hatinya.

"A..aduh sakit." Ucap Hayfa perlahan. Dia pegang tangan dan kakinya yang terasa sakit. Tangannya sakit kerana Syaqil menarik kuat lengannya sebentar tadi. Kakinya sakit akibat terseliuh.

"Sakit kau kata! Kalau aku tak cepat tadi bukan setakat kau sakit silap-silap kau mampos terus, kau tahu tak! Yang kau lintas jalan tak tengok kiri kanan tu dah kenapa? Nak mati sangat ke! Tak habis-habis menyusahkan aku." Tempik Syaqil. Geram betul dia saat ini. Nyaris tadi Hayfa tidak dilanggar. Rasa nak gugur jantungnya sebentar tadi. Terhinjut bahu Hayfa kerana Syaqil menengkingnya dengan kuat. Laju air matanya turun ke pipi. Dia seka air matanya berkali-kali

Syaqil yang sedar dia sudah keterlaluan meninggikan suaranya pada Hayfa terkedu seketika apabila melihat Hayfa menangis teresak-esak.

"A..aku minta maaf sebab marah kau." Kata Syaqil perlahan. Dia belek kaki Hayfa yang sudah bengkak lalu pantas dia cempung badan Hayfa. Terkedu Hayfa apabila Syaqil mendukungnya begitu. Pantas dia lilitkan kedua tangannya di leher Syaqil.

Syaqil membawa Hayfa ke klinik. Selepas membuat pemeriksaan pada kaki Hayfa barulah mereka bergerak ingin pulang ke rumah. Di dalam kereta sesekali Syaqil menjeling ke arah isterinya yang duduk termenung sambil memandang ke luar tingkap.

"Kenapa tadi kau nangis? Kenapa kau lari laju macam tu? Tahu tak bahaya lintas jalan macam tu." Kata Syaqil yang cuba memulakan perbualan di antara mereka.

"Abang tanya kenapa Faa nangis. Patut abang tanya diri abang tu. Apa yang abang dah buat?" Hayfa menoleh dan merenung tajam ke arah Syaqil.

"Aku..aku buat apa?" Soal Syaqil.

"Abang buat apa abang tanya? Seriously abang tak sedar ke yang abang bermesra dengan perempuan lain depan isteri abang. Apa abang ingat Faa ni tunggul ke, tak ada perasaan bila tengok suami sendiri bermesra dengan perempuan lain. Dah la abang tak mengaku Faa ni isteri abang kan." Tinggi suara Hayfa memarahi Syaqil.

"Kau jealous kan bila perempuan lain ramai nakkan aku. Kau dengar sini Hayfa. Bukan ke kau yang suruh supaya kita rahsiakan perkahwinan kita masa awal perkahwinan kita dulu. Sekarang kau nak meroyan marah-marah kenapa. Aku cuma ikut rentak kau. Kalau kau nak tahu walau siapapun tanya aku sama ada aku ni dah kahwin ataupun belum. Aku akan cakap aku dah kahwin. Aku tak menipu. Tapi kalau kau nak tahu lagi, walaupun aku kata aku dah kahwin tetap ramai jugak perempuan tergilakan aku. Jadi aku nak buat macam mana kan kalau diaorang yang cari aku. Dan jawapan aku pada Linda yang kau tu adik saudara aku. Memang betul pun kan. Kau saudara aku merangkap isteri aku. Jadi jawapan aku tak salah." Jawab Syaqil sambil tersenyum sinis.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now