Eh? Dia tak tahu kah aku juga adik tiri Lee Juyeon? Macam Seo Yuna?

"Kenapa awak-"

"And congratulations, you did it! I'm so proud of you darling." pintasnya sambil tersenyum bangga.

Aik, pulak dah? Aku jadi bingung lihat air muka Hyunjae, sekejap senyum macam menang loteri kemudian ketat extra serius dan sekarang berubah gembira pulak. Kejap lagi entah riak apa yang dia nak tayang pada aku.

"Awak ni peliklah Hyunjae. Very unpredictable." komenku sambung tenungnya atas bawah penuh judgemental.

Bibirnya tersenyum lebar. Mungkin setuju dengan aku, Hyunjae seorang unpredictable brat. Adakalanya childish sikit.

"Pelik apanya Yura? Saya dah lama perhatikan awak. I thought you already know-"

Perhatikan aku? Perkara apa lagi yang aku tak tahu ni? Kenapa aku sering dikeliling homosapien yang aneh?

"Jom saya tolong pilihkan dress untuk awak. Kalau awak pilih sendiri sampai esok tak habis." belum sempat aku memberi respon, jemari kasarnya laju menyambar pegelangan tanganku lalu diheretnya masuk ke fitting room.

Langsir yang menjadi pemisah langsung dia tarik sehinggalah ruangan ini tidak dapat dilihat orang. Lelaki itu lepaskan pautan seraya berjalan menuju ke gaun-gaun mewah yang tergantung di rak penyangkut pakaian. Satu persatu dress dia belek sehinggalah satu dress long sleeve yang terdedah pada dada ditarik keluar.

"Try yang ni. I bet mata semua orang tercabut lepas tengok awak. Too stunning to see." senyuman bergula diukir penuh makna.

"Excuse me Lee Hyunjae, who are you? Saya tak faham apa yang awak cakapkan tadi. Kenapa awak perhatikan saya? And apa yang awak rasa saya tahu padahal saya tak tahu?" bertalu-talu aku gasak lelaki ini dengan soalan.

Nak sangat berteka-teki tapi tak beri clue. Jadi aku tanyalah soalan kemahiran berfikir aras melampau!

"Saya? Saya future boyfriend segera awak untuk event malam ni darling. And saya dan Juyeon takde hubungan istimewa macam yang awak sangka, jangan jealous okey? Saya tak rampas pun Juyeon tercinta awak tu." galak lelaki ini menyakat aku. Apa lagi, tona pipi langsung bertukar merah!

"Gila-"

Hyunjae letakkan dress yang dia kutip tadi pada lengannya. Lalu dia sambung membelek dress yang lain.

"Do you wanna know some random crazy facts about Lee Juyeon tercinta awak tu?" soalnya lalu mengeluarkan satu dress satin bewarna hijau army lalu letakkan di tempat asal semula.

Aku berdiri tercegat di sebelah lelaki itu sambil memeluk tubuh. Anak mataku jatuh pada gerakan tangannya.

"I know, Hidung dia tajam bila dia senyum. Kalau awak letak tangan kat hidung dia masa dia tengah gelak, confirm berlubang." ujarku selamba. Jemari naik menyentuh fabrik gaun yang tergantung. Bosan mahu menanti Hyunjae yang mahu memberitahu faktanya.

Tawa garau lelaki itu pecah. Kali ini lebih nyaring berbanding tadi sehinggakan mengalir air matanya. Lantas dikesat menggunakan hujung kemeja yang dia pakai.

"Darling, I assumed kita dah jadi bestie. The way you buat kelakar sampaikan mengalir air mata jantan I. I like you Yura, and I restu kalau you nak sondol Juyeon daripada Yuna and I'm willing to do anything just to see both of you together. Supaya awak boleh lubangkan tangan awak dekat hidung Juyeon satu hari nanti." kini Hyunjae hulurkan gaun putih yang dia pilih tadi bersamaa tawaan yang masih meleret.

"Mengarutlah awak ni. Sudahlah. Kalau takde apa, saya nak tukar baju. Sila keluar." gaun tersebut bertukar tangan.

"Tapi saya tak cerita lagi fakta pasal Juyeon awak tu. Serius ni awak taknak tahu? Sebab you seem didn't know about it tapi Yuna dah tahu." beria-ria lelaki ini pelawa aku pada fakta yang aku taknak tahu.

"Ha, apa dia?" sahutku malas.

"Lee Juyeon awak sebenarnya ada adik perempuan. Her face looks like you." tuturnya berhati-hati. Anak matanya melekat pada wajah aku seakan-akan sedang analisa reaksi yang bakal aku pamer.

"Then? Awak nak cakap saya dengan adik dia ada hubungan darah tanpa sengaja ke macam mana?" dugaku selamba. Terlalu malas nak fikir kebarangkalian mengarut.

"Bukan, saya cuma nak awak fikir. The reason why Lee Juyeon attracted to you, and another reason why I wanna see both of you together." dia tersenyum senget.

"Tapi adik dia-"

"Encik Lee, high tea dah nak mula!" potong seseorang dari luar fitting room.

-pergi mana? Baki ayat tersekat di kerongkong.

"Jangan risau pasal dress, ambil mana yang awak nak sebab saya dah bayarkan." tergesa-gesa dia bersuara sebelum melangkah menjauhi aku.

"Tapi-"

"See you tonight my girlfriend segera." Hyunjae sempat melambai dengan cara membelakangi aku lalu menyelak langsir.

Aneh.

•••

bad.Where stories live. Discover now