"Kalau aku berlakon mabuk sebab nak attention Hyunjae pun, ada masalah? Bukannya aku kacau hidup kau pun. Semak!" bidasku geram.

Gebar diselak kasar lalu aku melompat turun dari katil. Dalam hati aku berteka-teki Hyunjae di mana, tetapi memandangkan aku terpaksa hadap jin toncet berwajah kacak ini. Maka sabarlah hati.

"Kau memang macam ni ke Yura?"

Langkahku mati. Mata dijeling pada Juyeon yang turut sama berdiri. Selamba dia melangkah ke mari sambil memasukkan tangan ke dalam kocek. Tatapan sinisnya membuatkan darah naik hingga ke ke otak

"Aku tak sangka betul apa yang papa dan Yuna cakapkan pasal kau. You're such a bad girl. Ani- worst than that. Habis semua lelaki kau nak goda, macam pelacur. Aku tak kisah kau nak menyundal sana-sini, tapi tak malu ke kau nak buat perangai macam ni di majlis aku nanti?" kata-kata persis shotgun. Sekali tembak padu damagenya.

Wajahnya mendekat persis mimpi lima minit aku tadi. Haruman kopi turut membedil rongga pernafasanku membuatkan aku rasa sesak. Kini bibirnya berada di paras telingaku.

"Malulah sikit dengan perangai murah kau. Kau tu perempuan, anak assemblyman Seo. Please, I'm begging you, cuba buat perangai perempuan mahal untuk kali ni. Stop malukan keluarga." bisiknya.

Kasar aku tolak tubuh itu menjauh. Gigi diketap kasar bagi membendung amarah yang bila-bila masa sahaja bakal meletus.

"Murah? Malukan keluarga? Bila? Kau asa bukti?" aku gelak kecil tetapi sinis.

"Senang aje kan nak sebar fitnah sekarang. Nampak dia duduk serumah dengan lelaki lain kau assumed dia perlacur. Nampak dia terbaring atas katil orang sebab mabuk laut kau assumed dia menyundal. Tak apalah, saya cuma mangsa penindasan keluarga sampaikan abang tiri saya sendiri yang cuba goda saya dulu even though i hate him so much!"

Juyeon mendiamkan diri.

"Why? Taknak mengaku? Kau lupa ke siapa yang goda siapa dulu. Atau kau nak aku ingatkan what have you done to me? Kau ingat aku ni lalu sangat ke dengan kau! Seribu kali tak sudilah!"

"Yura, I-"

"Kau risau nama kau tercemar sebab aku? No worries! Aku sendiri tak hamak la nak pergi majlis malang tu! Aku rela terjun dan berenang balik ke darat lah!"

"Then I dare you." dia tersenyum psiko. Matanya terarah pada pintu gelangsar pembahagi stateroom dan balkoni.

Kini giliran aku pula yang terdiam.

"Buktikan semua kata-kata kau tu bukan sekadar cakap kosong. Buktikan kau bukan perempuan murah. Buktikan-" berjeda. Tatapannya berubah tajam. Wajahnya mendekat, sengaja dia menghembus nafas pada hidung aku.

"-kau takde hati dengan aku."

Aku senyum mengejek, "You messed with the wrong girl dear gentleman, Lee Juyeon."

"And I love your confidence dear my beautiful bad girl, Seo Yura." pandangannya semakin tajam.

Aku, Seo Yura. Sungguh pantang kalau dicabar. Walaupun benda mengarut yang berisiko tinggi.

Side eyes diberi tajam sebelum aku meluru ke arah balkoni. Tanpa berfikir panjang, pintu gelangsar ditolak ganas sebelum deruan angin laut mula menggigit kulit. Saat itu pemandangan lautan biru yang bergelora masuk ke mata. Aku yang yakin pada mulanya rasa goyah tatkala kepala kembali terasa pusing.

Oh shit, seasickness. Not now! Jangan malukan aku!

"Kenapa berhenti? Takut? Ingatkan berani sangat." sinis lelaki itu membidas. Bikin api kemarahanku menjulang tinggi. Sesungguhnya aku rasa egoku tercalar!

Aku paut pemegang balkoni. Berombak dadaku cuba menahan rasa. Kalau aku mati lemas macam mana? Sungguh aku gila! Macam mana aku boleh termakan dengan desakan gila Lee Juyeon tadi?

"Yura! Awak nak buat apa tu?!" jeritan Hyunjae menyelamatkan aku daripada cubaan bunuh diri dengan terjun dari cruise yang berlayar.

Terburu-buru Hyunjae hampiri balkoni lalu diheretnya aku supaya menjauh dari situ. Pintu gelangsar ditutupnya rapat. Aku pula terpinga-pinga dengan teletah lelaki itu. Sempat aku jeling pada Juyeon, matanya jatuh pada pergelangan tangan aku yang dicengkam Hyunjae.

Dalam diam aku senyum jahat.

"Awak dah makan ubat Juyeon bawakan tadi? Sorry saya ada hal nak kena settle. Itu yang saya minta tolong Juyeon hantarkan." lembut dia bersuara.

"Err- belum. Tak tahu pulak Juyeon ada bawakan ubat tadi-" aku bersuara perlahan. Sempat aku buat gaya pening lalat dan kaki jenjangku longlai sebelum Hyunjae rangkul bahu aku elak dari jatuh. Dia memapah aku ke katil

"Ingatkan mabuk laut dah habis, makin teruk rupanya." luahku. Hyunjae bantu dudukkan aku di katil kemudian menghala ke arah meja sisi katil.

Mata dikeling pada Juyeon yang masih menanti. Wajahnya masam, bikin aku puas hati! Sekarang siapa yang takde hati pada siapa sekarang Lee Juyeon?

"Aku keluar dulu Jae, nak jumpa bakal tunang kejap." perkataan tunang ditekan lalu susuknya menghilang.

Kini tinggal aku dan Hyunjae sahaja. Soalan teka-teki apakah hubungan mereka berdua masih kekal misteri. Aku juga malas nak bertanya walaupun punya sifat ingin tahu.

Usai telan dua pil diberi Hyunjae bersama air putih. Aku termenung panjang. Aku tak tahu apa yang merasuk aku tadi. Semudah itu sahaja fikiranku dimanipulasi supaya aku ikut kehendekanya untuk terjun ke laut, semata-mata mahu buktikan aku bukan sebarangan perempuan tanpa berfikir panjang.

What the hell is happening?

"Yura? Dah okey?" soalan Hyunjae menyentakkan aku.

Kepala diangguk perlahan. Lelaki itu tersenyum manis.

"Jom, kita pergi cari baju awak untuk event malam ni."

•••

bad.Where stories live. Discover now