"Dari keluar balai sampai depan rumah aku. Kau tak habis-habis gelakkan aku kan. Kau jangan sampai aku terajang kau Rafee." Marah Syaqil.

"Opss..sorry..sorry aku tak boleh tahan nak gelak bro. Seriuslah macam mana kau tak sedar isteri kau curi dompet dan Iphone kau. Malang betul nasib kau harini sampai kena tahan kat balai kot. Boleh tahan nakal jugak isteri kau yer." Kata Rafee yang masih ketawa. Syaqil sudah mengepal penumbuknya menahan geram.

"Kau balik dululah. Aku nak ajar si Hayfa kejap lagi. Berani betul dia kenakan aku. Tak pernah-pernah aku lepak balai. Harini siap kena gari lagi." Kata Syaqil menahan geram lalu dia terus keluar dari kereta Rafee. Rafee hanya merenung langkah Syaqil yang meluru masuk ke banglo mewah itu sambil menggelengkan kepalanya. Selepas itu dia pun bergerak pulang ke rumahnya.

Syaqil yang sedang marah pantas mencapai kunci pendua bilik Hayfa. Kemudian laju kakinya melangkah ke bilik isterinya. Dia buka pintu bilik Hayfa dan dia lihat Hayfa sedang tidur dengan nyenyak. Sedap je kau tidur kan. Yang aku berjam-jam kena tahan kat balai tu disebabkan kau. Kau tunggu kau. Getus hatinya.

Laju Syaqil meluru ke arah Hayfa. Dia tarik selimut yang menutupi tubuh Hayfa lalu dia tindih tubuh isterinya. Hayfa yang rasa tubuhnya ditindih oleh sesuatu pantas membuka luas matanya. Terkejut dia melihat Syaqil menindihnya. Sudahlah Syaqil merenung tajam ke arahnya.

"A..abang! A..pa abang buat ni? Kenapa abang masuk bilik Faa?" Soal Hayfa dengan nada yang tergagap-gagap.

"Kau tanya aku kenapa Hayfa. Seriously Hayfa,patutnya aku yang tanya kau. Kenapa kau curi dompet dan Iphone aku?" Kata Syaqil tegas sambil sebelah tangannya dia cengkam dagu Hayfa.

"A..abang. Ermm Faa..Fa.. gurau je." Jawab Hayfa perlahan. Takut dia tengok muka Syaqil yang bengis pada waktu ini. Sudahlah Syaqil berada di atas badannya.

"Bergurau kau kata. Kau tahu tak aku kena tahan kat balai harini sebab tak ada IC dan lesen. Kau nak gurau pun agak-agaklah Hayfa. Disebabkan kau dah menyusahkan, aku nak kau bayar aku malam ni." Ucap Syaqil.

"Ba..bayar. Berapa abang nak Faa bayar." Soal Hayfa takut. Syaqil sudah ketawa gaya orang psiko apabila mendengar kata-kata Hayfa. Kelakar pulak dia apabila Hayfa tanya berapa.

"Kau tanya aku, berapa kau nak kena bayar? Eh, aku pun ada duitlah. Aku tak hairanlah duit kau tu. Kau bayar aku malam ni pakai badan kau." Kata Syaqil yang merenung tajam ke arah Hayfa. Terkejut Hayfa mendengar kata-kata Syaqil. Rasa takut dan berdebar dadanya saat ini. Terketar bibirnya saat itu.

"A..abang Fa.." Belum sempat Hayfa habiskan ayatnya Syaqil terlebih dahulu mencium bibir Hayfa dengan rakus. Hayfa meronta ingin dilepaskan namun sebelah tangan Syaqil menahan kepala Hayfa. Air mata sudah turun di tubir mata Hayfa. Sedih dia apabila Syaqil melayannya begini.

Setelah beberapa ketika barulah Syaqil meleraikan ciumannya. Hayfa pantas menolak kuat badan Syaqil hingga badan Syaqil jatuh di sebelahnya. Pantas Hayfa bangun dari baringnya dan dia mengesot hingga ke kepala katil. Tangannya mengesat bibirnya berkali-kali umpama ingin membuang kesan ciuman dari Syaqil. Syaqil sudah tersenyum sinis melihat ke arah Hayfa, pantas dia mendekati Hayfa lalu dia genggam kedua belah tangan Hayfa.

"Kenapa kau kesat bibir kau? Oh kau jijik sangat ke dengan aku? Kau tak suka suami kau sentuh kau?" Soal Syaqil bertubi-tubi. Sakit hatinya melihat telatah Hayfa. Hayfa hanya menunduk dan menangis teresak-esak.

"Kenapa kau diam! Aku tanya ni jawablah! Kau tak suka suami kau sentuh kau. Kau masih ingatkan calon suami tak jadi kau tu kan?" Tengking Syaqil. Hatinya sakit apabila melihat respon Hayfa. Dia yakin Hayfa masih lagi tidak boleh melupakan Fadzil. Buktinya Hayfa menolak apabila dia mencium Hayfa. Terhinjut bahu Hayfa apabila ditengking kuat oleh Syaqil makin laju air matanya turun saat itu.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now