Syaqil yang melangkah laju keluar dari rumah pantas menuju ke motornya. Dia hidupkan enjin motornya dan menunggang motor tersebut dengan laju. Di pertengahan jalan tiba-tiba Syaqil telah ditahan oleh satu kereta polis. Dua orang polis di dalam kereta itu memberikan isyarat tangan supaya Syaqil berhenti di tepi jalan. Syaqil pantas memberi signal dan memberhentikan motorbikenya di tepi jalan. Memang dia sedar dia menunggang motor dengan agak laju ketika itu kerana dia telah terlambat sebentar tadi ketika menolong Hayfa mencari lipas.

Kini dua orang anggota polis iaitu seorang lelaki dan seorang wanita keluar dari kereta dan melangkah ke arah Syaqil. Polis wanita muda yang cantik itu tersenyum manis pada Syaqil. Syaqil yang perasan polis wanita itu merenungnya sejak dari tadi sudah mengerutkan dahinya.

"Encik sedar tak, encik memandu dengan laju tadi. Sekarang boleh keluarkan IC dan lesen memandu." Kata polis lelaki itu. Syaqil Cuma mengeluh dan dia seluk poket seluarnya. Terkedu dia seketika apabila dia meraba dompet dan iphonenya tiada di dalam poket seluarnya. Tiba-tiba terus dia teringatkan Hayfa yang sebentar tadi menyuruhnya mencari lipas. Dia yakin ini semua kerja Hayfa. Gila betullah kau Hayfa. Kau curi dompet dan Iphone aku. Aku dah la kena tahan polis ni. Masak aku gini. Bisik hatinya.

"Err..encik sa..saya tertinggal dompet kat rumah." Kata Syaqil perlahan dengan buat riak wajah simpati. Dia harap polis itu akan melepaskannya.

"Oh, kalau macam tu encik ikut kami pergi balai la. Nanti motor encik saya panggil truck polis datang ambil. Nanti di balai encik boleh call keluarga atau rakan untuk jamin encik ya." Kata polis lelaki tersebut. Tiba-tiba polis perempuan tadi menggari tangan Syaqil dan tersenyum nakal pada Syaqil.

"Ke..kenapa sampai gari tangan saya ni? Saya bukan penjenayah sampai nak kena gari. Saya bawa motor laju je pun." Soal Syaqil.

"Dinda gari kanda sebab takut kanda lari." Seloroh Detektif Tini sambil dia tersengih nakal pada Syaqil, kemudian dia tolak perlahan badan Syaqil ke dalam kereta polis. Syaqil sudah buat muka menyampah. Kau dah kenapa perempuan. Nak berdinda kanda bagai dengan aku. Dengan bini aku pun aku tak panggil macam tu. Bisik hatinya. Sudahlah dia panas hati kerana tangannya di gari  siap kena naik kereta polis bagai, dah macam penjenayah la pulak gayanya.

"Maaf ya encik. Kami perlu bawa encik ke balai sebab encik tak bawa apa-apa dokumen. Apa-apa kita bincang di balai." Kata Inspektor Khairi. Inspektor Khairi sudah ketawa kecil melihat Detektif Tini melawak dengan Syaqil. Dia kenal sangat dengan rakan karibnya yang tidak pernah nak serius itu. Ikutkan detektif Tini bahagian unit jenayah bukannya bahagian trafik. Tetapi di sebabkan hari ini dia Detektif Tini baru lepas habis bertugas sengaja dia ikut Inspektor Khairi membuat rondaan.

Sampai saja di balai Syaqil telah di soal siasat. Dia menelefon Rafee menggunakan telefon di Ibu Pejabat Polis.

"Encik Syaqil. Saya nak balik dulu ni. Ni nombor saya. Nanti calling-callinglah. Mana tahu kita boleh kenal dengan lebih rapat." Kata detektif Tini sambil dia hulurkan kertas yang telah ditulis nombor telefonnya. Sebenarnya dia memang tertarik melihat gaya Syaqil. Rupa Syaqil yang tampan, badan Syaqil yang tegap, dengan gaya rambut yang rapi betul-betul ada ciri-ciri lelaki idamannya.

Syaqil hanya tersenyum sinis. Ikutkan hatinya tengah panas sekarang kerana dia terpaksa duduk berjam-jam di balai. Tapi dia capai juga kertas yang diberikan oleh Detektif Tini demi menjaga air muka Detektif Tini. Detektif Tini sudah tersenyum apabila Syaqil menyambut huluran kertas itu.

"Nanti call saya tau. Bye handsome. Semoga awak cepat keluar dari balai ni." Kata Detektif Tini lalu dia melangkah keluar dari situ.

Syaqil hanya membuat muka menyampah. Panas betul hatinya saat itu. Tidak lama kemudian Rafee telah datang ikat jamin Syaqil. Dia menghantar Syaqil pulang ke rumah, kerana motor Syaqil masih ada di Balai. Esok baru Syaqil akan suruh anak buahnya mengambil motornya di situ. Di sepanjang perjalanan pulang Rafee sudah mentertawakan Syaqil.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now