"Faa akan pastikan kelas Faa takkan kalah. Sudahlah tepi sikit apa ni dekat-dekat." Kata Hayfa sambil dia cuba tolak dada Syaqil yang merapat dengannya. Namun Syaqil sedikit pun tidak berganjak.

"Kau nak pergi mana? Awal lagi ni Hayfa. Apakata kita kumpul pahala lebih sikit malam ni." Usik Syaqil sambil tersenyum nakal pada Hayfa. Terkebil-kebil mata Hayfa melihat  wajah Syaqil yang begitu dekat dengan wajahnya. Merah mukanya menahan malu.

"Ku..kumpul pa..pahala lebih. A..apa maksud abang." Terketar suara Hayfa menyoal Syaqil.

"Yelah kumpul pahala lebih. Kau rasa macam mana kita nak kumpul pahala lebih?" Soal Syaqil dengan nada menggoda dan berbisik. Hayfa sudah kaku tidak bergerak. Tegak bulu romanya mendengar kata-kata Syaqil.

"A..abang jangan nak macam-macam yer." Kata Hayfa.

"Macam-macam yang macam mana tu maksud kau. Kau nak macam-macam yang macam mana?" Bisik Syaqil. Makin galak Syaqil mengusik Hayfa. Kini dia dekatkan  lagi wajahnya seperti hendak mencium Hayfa. Pantas Hayfa tutup rapat matanya. Dada sudah rasa berdebar teruk waktu ini.

Tiba-tiba Hayfa membuka matanya luas apabila terasa dahinya sakit kerana dijentik kuat oleh Syaqil. Bukan setakat iktu saja Syaqil sudah ketawa berdekah melihatnya.

"Kau ni kan. Mesti kau fikir aku nak buat macam-macam pada kau kan Hayfa. Tak payah nak buat macam-macam pun. Kau tengok aku, aku tengok kau pun dah boleh dapat pahala Hayfa oii. Sebab kita ni kan suami isteri. Otak kau tu memang kelabu kan." Kata Syaqil yang sedang ketawa berdekah sambil memegang perutnya akibat terlalu banyak ketawa. Hayfa sudah mengepal penumbuknya menahan geram. Syaqil memang suka usik dia begitu. Sakit betul hatinya kerana selalu dibuli oleh Syaqil.

"Abang ni memang tak guna! I hate you Syaqil Asran!" Jerit Hayfa lalu dia tolak kuat badan Syaqil dan dia berlari keluar dari bilik itu. Syaqil hanya memerhati langkah Hayfa yang berlalu pergi.

"Kau benci aku. Tapi aku terlalu cintakan kau. Sampai aku rasa sakit sangat dengan apa yang dah buat pada aku Hayfa." Syaqil mengumam perlahan. Kini riak wajahnya sudah bertukar dingin.

****

Syaqil berdiri di hadapan para pelajarnya. Semua para pelajarnya merenung wajahnya.

"Cikgu kata ada perkara nak bincang dengan kitaorang. Perkara apa tu?" Soal Jayden.

"Cikgu nak kelas tingkatan lima Saphire masuk pertandingan masa persembahan hati guru nanti." Kata Syaqil selamba.

"Hah! Masuk pertandingan!" Jerit semua pelajarnya serentak.

"Cikgu biar betul. Muka kitaorang semua ni. Mana ada masuk pertandingan macam ni.  Kitaorang masuk pertandingan sukan je. Ishh, taknak la kitaorang masuk pertandingan hari guru macam ni. Buang masa kitaorang je." Kata Raaziq.

"Nak ataupun tidak korang kena masuk pertandingan ni. Takkanlah kelas lain semua boleh buat persembahan kelas korang tak boleh. Takkan kelas kita nak kalah sebelum bertanding. Kalini kita kena pastikan kelas kita menang." Balas Syaqil. Apapun dia tak boleh kalah dengan Hayfa. Dia tak nak jadi kuli Hayfa seminggu.

"Cikgu jangan nak paksa-paksa kitaorang boleh tak. Cikgu jangan nak ugut kitaorang dengan gunakan alasan nak pecahkan rahsia kitaorang untuk buat kitaorang masuk pertandingan ni ya. Itu main kotor namanya." Sampuk Kamal. Syaqil tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata Kamal.

"Siapa kata cikgu nak ugut korang. Cikgu nak bagi tawaran istimewa kat korang kalau korang masuk pertandingan ni." Balas Syaqil dengan riak muka selamba.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now