"Assalamualaikum cikgu dan selamat pagi cikgu." Jerit Raaziq kuat. Selepas itu kesemua pelajarnya memberi salam. Tetapi mata kesemua mereka masih merenung Syaqil dengan pandangan tidak puas hati. Syaqil sudah menahan tawa melihat telatah budak kelas tersebut. Konon handal sangat korang ni. Korang tak tahu cikgu korang lagi handal.

"Bagus! Bravo! Bravo! Semua pelajar boleh duduk." Kata Syaqil sambil dia tepuk tangan dengan kuat berkali-kali sengaja dia nak perli semua pelajar dalam kelas itu. Semua pelajar itu terkedu melihat perangai gila-gila si Syaqil.

Syaqil berjalan ke arah meja Tengku Jayden. Pantas dia tolak kuat kaki Jayden yang ada di atas meja. Jayden terus terkejut dan terjaga apabila dia rasakan dirinya kehilangan imbagan. Cepat-cepat dia betulkan duduknya supaya dia tak terjatuh dari kerusi. Buku yang menutupi mukanya sudah jatuh ke lantai.

"Siallah! Siapa yang kacau aku nak tidur!" Jerit Jayden kuat. Kini dia sudah berdiri. Matanya merah merenung tajam ke arah Syaqil.

Semua pelajar dalam kelas itu sudah tersenyum. Dalam hati mereka sudah ketawakan Syaqil. Habislah kau cikgu, kau tak kenal lagi siapa Jayden. Dia kaki buli sekolah ni kot. Fighther pulak tu sampai satu sekolah takut dengan Jayden.

"Aku cikgu kelas kau, yang kacau kau tidur. Datang sekolah untuk belajar bukan untuk tidur. Malam semalam kau buat apa kat rumah yang sampai tidur kat sekolah." Sinis Syaqil.

"Kau cikgu baru memang nak cari pasal kan!" Tempik Jayden lalu pantas dia ingin layangkan penumbuknya pada Syaqil. Namun dengan pantas Syaqil mengelak. Lalu dia tepuk kuat bahu Jayden. Jayden yang terdorong ke depan akibat Syaqil mengelak tumbukannya sebentar tadi pantas imbangkan semula badannya. Kini sekali lagi dia kepal penumbuknya sambil berlari ke arah Syaqil. Belum sempat dia nak lepaskan penumbuknya pada Syaqil, Syaqil terlebih dahulu pantas tunduk dan dia tumbuk kuat perut Jayden hingga badan Jayden terundur ke belakang.

Jayden yang tidak berputus asa sekali lagi ingin melayangkan penumbuk pada Syaqil. Namun Syaqil pantas menarik lengannya dan mengilas lengannya dengan kuat ke kebelakang.

"Arghh!" Jerit Jayden sakit apabila Syaqil kilas kuat lengannya.

"Tengku Jayden Izack. Anak kepada Tengku Jabbar Isa. Pelajar yang paling berpengaruh kat sekolah ni. Kata kaki buli sekolah, semua orang takutkan kau. Tapi sayangkan pergerakan kau tak cukup laju nak sentuh badan cikgu. Nampak sangat kau kena banyakkan lagi latihan." Bisik Syaqil di tepi telinga Jayden. Membulat mata Jayden mendengar kata-kata Syaqil. Selama ini tiada siapa pun dapat mengelak jika dia menyerang musuhnya. Tapi Syaqil ni pergerakannya terlalu pantas. Senang-senang je dia mengelak serangan darinya.

"Kau ni siapa sebenarnya hah? Tak pernah lagi ada cikgu yang macam kau ni." Kata Jayden sambil menahan geram.

"Aku cikgu baru koranglah. Guru kelas korang. Siapa aku tak penting. Yang penting sekarang aku nak kau dengar sini baik-baik. Aku tahu bapak kau hantar kau ke sekolah ni sebab dia ada buka banyak galeri kesenian dan dia juga terlibat dalam bidang persembahan teater dan pengeluar besar alat muzik untuk eksport ke beberapa negara. Jadi dia harap anak dia ni akan sambung legasi dia. Tapi malangnya anak dia ni minat sangat dengan tinju. Bapak kau tak tahu kan, kau senyap-senyap pergi kelas tinju. Agaknya apa reaksi bapak kau, kalau dia tahu pasal ni." Bisik Syaqil di tepi telinga Jayden. Jayden yang mendengarkan kata-kata Syaqil sudah menelan air liurnya kesat.

"Ma..macam mana kau tahu?" Soal Jayden. Jujur dia takut rahsianya terbongkar. Matilah papanya mengamuk kalau tahu dia join kelas tinju. Syaqil hanya tersenyum sinis.

"Macam mana cikgu tahu itu tak penting. Yang penting kalau kau hormatkan cikgu. Rahsia kau selamat. Kalau kau tunjuk keras kepala kau jangan salahkan cikgu kalau papa kau tahu apa aktiviti kau kat luar tu." Kata Syaqil lagi. Kini dia lepaskan tangan Jayden. Jayden sudah merenung tajam ke arah Syaqil. Kini Syaqil jalan ke hadapan kelasnya. Dia merenung wajah satu persatu muridnya yang kelihatan terkejut dengan segala pelakuannya.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt