"Nama panggilan kau Raaz kan. Sekarang aku sebagai guru kelas kau. Aku arahkan kau buang lollipop kau tu dalam tong sampah ni sekarang. Ini waktu belajar bukan waktu makan. Lepas tu kau suruh kawan-kawan semua bangun dan bagi salam." Arah Syaqil tegas. Raaziq yang sedang duduk hanya mendongak dan tersenyum sinis pada Syaqil. Syaqil yang geram pantas menarik kuat lollipop itu dari mulut Raaziq kemudian dia buang dalam tong sampah.

"Kau ni dah kenapa hah nak buang lollipop aku! Ada aku beli pakai duit bapak kau ke!" Raaziq merengus marah. Dia baru saja hendak menarik kolar baju kemeja Syaqil tetapi pantas Syaqil menahan dan genggam kuat tangan Raaziq, kemudian Syaqil kilas tangan Raaziq ke belakang. Raaziq menjerit kecil apabila tangannya dikilas kuat.

Ravi dan Alex yang melihat Syaqil kilas kuat tangan rakan baik mereka pantas ingin menyerang Syaqil. Ravi ingin melayangkan penumbuk pada Syaqil. Pantas Syaqil mengelak dan dia tolak badan Raaziq ke depan. Kini dia berlindung di belakang badan Raaziq, akibatnya muka Raaziq yang ditumbuk kuat oleh Ravi. Alex juga cuba menyerang Syaqil dari belakang tapi pantas sebelah kaki Syaqil menendang betis Alex hingga Alex tersungkur ke lantai.

"Sa..sakit sial. Ravi kau dah kenapa tumbuk aku!" Jerit Raaziq. Semua pelajar dalam kelas itu sudah terkedu. Tidak pernah sepanjang mereka belajar di sini ada guru yang seperti Syaqil.

"So..sorry bro. Aku tersilap tertumbuk kau." Kata Ravi.

"Opss kesian..kesian. Salah target nampak. Cikgu tak salah yer. Cikgu tak pukul pelajar cikgu. Kawan awak yang pukul awak Raaz." Kata Syaqil sambil dia ketawa ala orang psiko.

"Kau siallah..sial!" Jerit Raaziq.

"Ishh..ishh..ishh jahatnya mulut kata cikgu sial. Nak kena cili mulut tu. Tak pe esok cikgu bawa cili giling. Siapa jahat mulut cikgu lumur muka tu dengan cili." Kata syaqil kuat.

"Lepaskan tangan akulah sial!" Marah Raaziq.

"Raaziq Amanshah. Anak kepada Tan Sri Razif Amansyah. Ada tiga orang adik beradik. Kau anak kedua kan. Kau ada adik kembar yang duduk di hospital sakit jiwa betul tak. Selama ni kau beritahu semua orang yang kau cuma dua beradik je. Sebab kau taknak orang tahu kan kau ada adik yang sakit jiwa. Betul kan?" Bisik Syaqil di tepi telinga Raaziq. Terkedu Raaziq apabila mendengar kata-kata Syaqil. Berkerut keningnya saat itu.

"Ma..macam mana cikgu tahu?" Soal Raaziq.

"Ohh, sekarang baru kau nak panggil aku cikgu, kenapa kau takut aku bocorkan rahsia kau. Aku tahu dalam kelas ni yang paling berpengaruh adalah kau dan Tengku Jayden. Tapi pengaruh korang tu tak laku pada aku. Macam mana aku dapatkan data peribadi korang itu tak penting. Yang penting sekarang kalau kau tak nak aku sebar aib keluarga kau. Kau kena hormat aku sebagai cikgu kau." Bisik Syaqil lagi di tepi telinga Raziq.

"Kau ni licik. Mana boleh sesuka hati kau ambil data pelajar." Balas Raaziq sambil dia menoleh wajahnya untuk merenung tajam mata Syaqil. Dia terkejut kerana Syaqil dapat data tersebut sedangkan papanya sendiri membayar mahal untuk menutup keberadaan adiknya di hospital sakit jiwa.

"Ermm.. untuk pelajar yang licik dan perangai macam hantu seperti korang ni. Tak salah pun cikgu nak pertahankan diri cikgu dari dibulikan. Anggap je maklumat ini cukup berguna untuk cikgu control korang semua. Sekarang cikgu nak kau arahkan semua kawan kau berdiri dan bagi salam. Do it now!" Kata Syaqil kuat. Lalu dia lepaskan tangan Raaziq dan dia tolak perlahan badan Raziq. Kini Raaziq memandang tajam ke arah Syaqil. Syaqil pula hanya menjongketkan keningnya pada Raaziq sambil tersenyum sinis. Seolah-olah dia beri isyarat. Kau tak ikut kata aku, aku bocorkan rahsia kau.

"Kelas bangun semua!" Jerit Raaziq kuat. Kini semua rakan-rakannya sudah bangun kecuali Tengku Jayden yang masih tidur sambil dia letakkan kedua kakinya dia atas meja.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant