Perlahan Hayfa zip begnya. Dia termenung memikirkan kembali kata-kata Syaqil. Sakit betul hatinya ketika memikirkan kembali kata-kata kesat Syaqil padanya. Tiba-tiba lamunannya mati apabila dia mendengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Kelihatan mamanya muncul di depan pintu.

"Faa dah siap ke? Syaqil dah datang tu dia ada kat ruang tamu dengan papa tu. Katanya tak boleh singgah lama sebab dia ada kerja nak kena settlekan lepas ni." Kata Haura. Dia memandang ke dalam mata anaknya perempuannya yang sudah berkaca-kaca.

"Faa, jangan menangis. Ingat tak apa mama dan papa pesan sebelum ni. Semua yang berlaku pada Faa mesti ada hikmahnya. Mesti ada hikmah Allah satukan Faa dengan Syaqil. Sekarang Faa dah jadi isteri Syaqil. Ingat jaga hati Syaqil, jaga maruah Faa dan maruah dia. Syurga seorang isteri ada pada suaminya." Haura memujuk anaknya. Dia merangkul badan anaknya itu dengan erat.

"Terima kasih mama sebab dah jaga Faa selama ni. InshaaAllah  Faa akan ingat pesan mama dan papa." Ucap Hayfa dalam esakan. Dia berdoa semoga dia dan Syaqil masing-masing akan terbuka hati untuk menerima kembali satu sama lain.

****

Sepanjang perjalan balik ke banglo milik Syaqil Hayfa dan syaqil hanya diam membisu. Sampai saja di banglo miliknya Syaqil parking kereta Triton miliknya di kawasan parking khas di banglonya.

"Pergi ambil barang kau cepat. Angkat sendiri semua barang kau, sebab kat rumah ni tak ada orang nak jadi orang gaji untuk angkatkan barang kau." Dingin saja suara dan ayat si Syaqil. Hati Hayfa sudah panas mendengar kata-kata Syaqil. Pantas dia capai luggagenya. Ada dua beg lain yang dibawanya dia sangkutkan di lengannya. Memang semua beg itu berat, tapi Syaqil sikit pun tidak mahu membantunya, sebaliknya lelaki itu hanya jalan selamba masuk ke dalam banglo mewahnya.

Masuk saja ke dalam banglo mewah itu Syaqil menghentikan langkahnya di ruang tamu. Dia pusing badannya mengadap Hayfa, lalu kedua tangannya dia memeluk tubuhnya sendiri.

"Kau dengar sini. Dalam rumah ni aku tak ambil orang gaji. Apa guna aku ada kau kan. Jadi lepas ni, kau yang akan buat semua kerja rumah dalam rumah ni. Aku nak kau pastikan rumah ni sentiasa bersih. Sebelum pergi kerja kau siapkan dulu breakfast aku, lepas tu baru kau pergi kerja. Memandangkan kau pun tak nak orang tahu kita dah kahwin so kita pergi kerja asing-asing. Disebabkan kau isteri aku, kalau kau nak pergi mana-mana kau perlu maklumkan pada aku dulu. Jaga maruah kau jangan nak menggatal bercinta dengan lelaki lain. Faham." Ucap Syaqil.

"Itu je ke. Dah habis cakap dah. Kalau tak ada apa-apa dah, boleh Faa tahu mana bilik Faa." Hayfa memberanikan dirinya memandang Syaqil dengan pandangan yang tajam. Sakit betul hatinya dengan kata-kata Syaqil.

"Woww, kau tanya aku mana bilik kau. Kenapa tak sudi ke nak kongsi bilik dengan suami kau ni?" Syaqil tersenyum sinis tetapi hatinya mendongkol geram melihat Hayfa yang berani melawannya.

"Bukan ke ada orang tu kata dia jijik dengan perempuan macam saya ni. Jadi buat apa nak kongsi bilik kan." Tempekak Hayfa. Syaqil anggukkan kepalanya sambil tersenyum

"Betul,betul memang aku pun tak nak kongsi bilik dengan kau . Buat menyemak mata aku je tengok muka kau. Naik lift bilik aku tingkat tiga paling hujung dari belah kanan. Bilik kau sebelah bilik aku. Aku nak warning kau yer. Jangan nanti buat-buat  tersilap masuk bilik aku pulak" Balas Syaqil sambil tersenyum nakal.  Hayfa sudah mengepal penumbuknya menahan geram.

Syaqil yang melihat Hayfa kelihatan marah hanya tersenyum sinis dan berlalu pergi dari situ.

"Abang nak pergi mana tu?" Spontan Hayfa menyoal apabila dia melihat Syaqil tidak naik lift ke tingkat atas. Syaqil yang sudah berjalan membelakangi Hayfa pantas mengalihkan kembali tubuhnya mengadap Hayfa.

"Kenapa kau tanya aku nak pergi mana? Hai takkan la kau nak aku temankan kau kot malam ni." Syaqil tersenyum nakal pada Hayfa. Merona merah muka Hayfa mendengar kata-kata Syaqil. Dalam hatinya memaki dirinya sendiri kerana sibukkan hal Syaqil.

"Mana ada Faa nak abang temankan Faa. Jangan perasan sangat boleh tak. Faa saja je tanya." Balas Hayfa sambil dia cuba buat muka selamba. Makin sinis senyuman Syaqil mendengarkan jawapan Hayfa.

"Ala mengaku jelah kau tu nakkan aku. Tapi malu-malu kucing konon. Ermm tapi malangnya aku malas nak layan perempuan murah macam kau ni. Aku ada kerja nak kena settlekan di bilik kerja aku." Balas Syaqil lalu dia terus melangkah ke bilik kerjanya di tingkat bawah.

Hayfa sudah melepaskan keluhan berat. Sedih hatinya bila Syaqil tak habis-habis kata dia perempuan murah. Tapi dia tahu salah dia juga kerana dulu dia pernah permainkan perasaan Syaqil. Dalam tiga bulan ini dia banyak buat solat sunat taubat dan solat istikarah. Mama dan papanya selalu berpesan agar redha dengan takdir Allah. Dia bernekad mahu memujuk kembali hati Syaqil memandangkan kini dia dah jadi isteri Syaqil. Dia akan cuba menerima takdir Allah dengan cuba melupakan Fazil serta cuba untuk hidup bahagia dengan Syaqil, walaupun dia sendiri tak tahu masih adakah sinar bahagia untuk mereka berdua.

Selepas meletakkan beg di biliknya. Hayfa turun ke dapur. Dia membancuh kopi untuk Syaqil. Lalu kakinya melangkah perlahan ke bilik kerja Syaqil. Syaqil
Yang sedang sibuk mencatat maklumat muridnya yang diberikan oleh Najla dan Rafee tersentak apabila melihat Hayfa masuk ke situ.

"Ini kopi untuk abang." Kata Hayfa lalu dia meletakkan kopi itu di atas meja Syaqil. Syaqil hanya merenung lama wajah isterinya.

"Dah kenapa tiba-tiba kau hantar kopi ni. Konon nak berdamai dengan aku la ni yer." Balas Syaqil sambil tersenyum sinis.

"Faa akan jalankan tanggungjawab Faa sebagai isteri untuk jaga makan minum abang. Abang nak ke tidak sekurang-kurangnya Faa dah cuba." Ucap Hayfa. Mata Hayfa sempat mengerling maklumat murid yang dicatat oleh Syaqil.

"Abang cari maklumat budak-budak tu ke? Kenapa abang nak kena susah-susah kerja kat sekolah tu. Kenapa tak duduk je di kerusi CEO abang tu? Faa tak rasa abang sesuai buat kerja ni." Sambung Hayfa lagi.

"Hei Hayfa kau jangan menyibuk hal aku boleh tak! Kau sapa yang nak tentukan aku sesuai ke tidak dengan kerja ni. Lagi satu, terima kasihlah untuk kopi ni. Tapi kau buat baik macam mana pun takkan boleh tutup salah kau sebelum ni. Sekarang ni aku nak buat kerja. Kau boleh berambus tak?" Kata Syaqil sambil pen ditangannya dia angkat dan menunjuk ke arah pintu.

Hayfa hanya menjeling Syaqil. Dia flip rambutnya  kemudian dia berpusing laju dan melangkah keluar. Sakit betul hati dia dengan mulut si Syaqil. Eee aku dah cuba nak berbaik dengan kau pun. Kau halau-halau je aku kan. Patutnya aku letak racun tikus dalam kopi tu biar kau mampos. Jerit hatinya.

Syaqil hanya tersenyum dan gelengkan kepalanya melihat gelagat comel Hayfa. Memang sengaja dia nak sakitkan hati si Hayfa. Kau rasakan Faa. Biar aku ajar kau sikit. Dulu aku yang kejarkan kau dan setia pada kau. Sekarang jangan harap aku nak bagi muka pada kau. Bisik hatinya.

*Sakit hati ke tu dengan Syaqil.🤣🤣

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Onde histórias criam vida. Descubra agora