"To..tolong. Tolong jangan apa-apakan Faa." Hayfa memejamkan matanya dengan rapat. Sejujurnya dia takut melihat sisi Syaqil yang sebegini. Syaqil yang ada depan matanya kini tak sama lansung dengan Syaqil yang dia kenal satu ketika dahulu. Hayfa rasa semakin takut apabila tangan Syaqil menyentuh bibirnya. Terasa seram sejuk badannya ketika ini. Air matanya terus mengalir.

"Hei, kau ingat aku nak sentuh sangat ke perempuan curang macam kau ni. Buat apa aku nak sentuh perempuan yang aku tak cinta. Buang masa aku je. Aku pun jijik dengan perempuan murah macam kau ni yang boleh sesuka hati berubah hati." Syaqil ketawa kecil selepas dia ucapkan ayat tersebut.

Mata Hayfa terus terbuka apabila mendengar kata-kata Syaqil. Setiap bait kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu sungguh tajam menikam hatinya. Dengan mata yang berkaca dia merenung wajah Syaqil yang masih berada dekat dengan wajahnya.

"A.. Abang memang benci sangat dengan Faa kan? Kalau abang dah tak cintakan Faa. Kenapa abang setuju kahwin dengan Faa?" Kali ini Hayfa memberanikan dirinya untuk menyoal Syaqil.

"Aku tunggu kau lama Faa. Aku jaga kesetiaan aku hanya untuk kau. Tapi kau curang dengan aku. Jadi kau rasa sebab apa aku kahwin dengan kau." Jawab Syaqil sambil bibirnya masih melorekkan senyuman sinis. Hayfa bagaikan kehilangan diksi mendengar kata-kata Syaqil.

"Kenapa kau diam? cat got your tongue huh!" Makin sinis nada Syaqil sambil jarinya sekali lagi bermain di bibir Hayfa. Air mata Hayfa mengalir semakin laju.

"Raja Hayfa Hanina kau dengar sini baik-baik. Aku memang benci kau. Mungkin tuhan pun bantu aku untuk balas dendam pada perempuan curang macam kau ni. Selamat datang ke dalam neraka ciptaan aku, aku akan buat kau terikat dan terseksa hidup dengan aku Hayfa. Macam mana kau seksa hati aku dulu. Macam tulah yang kau akan rasakan sekarang. Kau faham! Aku nak kau berhenti menangis sekarang. Kau taknak aku sentuh kau kan. Kalau kau terus menangis dan meratap sebab lelaki tak guna tu. Malam ni jugak aku tuntut hak aku." Kata Syaqil tegas. Tangannya menyeka air mata Hayfa. Selepas itu dia bangun dari katil dan dia capai baju di begnya.

"Abang kejam! Kalau abang niat sekadar nak balas dendam abang tak patut kahwin dengan Fa!" Hayfa sudah meninggikan suaranya.

"Shut your mouth Raja Hayfa Hanina! Sebelum aku gigit bibir kau tu baik kau diam!" Syaqil juga sudah meninggikan suaranya. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah. Dia dan Hayfa saling merenung tajam ke arah satu sama lain. Syaqil memejamkan matanya dia melepaskan keluhan kecil. Dia cuba untuk bertenang ketika itu.

"Aku nak pakai baju ni. Kau tutup mata kau atau kau pandang tempat lain. Aku risau nanti iman kau tak kuat pulak bila tengok badan sasa aku ni." Kini Syaqil tersenyum nakal mengusik Hayfa.

"Dasar lelaki gatal!" Jerit Hayfa lalu dia baling kuat satu bantal ke arah Syaqil. Geram dia bila Syaqil kata dia tak kuat iman. Pantas Syaqil tangkap bantal tersebut sambil dia jongketkan keningnya dan tersenyum nakal pada Hayfa. Hayfa yang melihat senyuman nakal Syaqil pantas menarik kain duvet. Dia selimutkan dirinya sehingga ke mukanya sekali. Syaqil sudah ketawa kecil melihat gelagat Hayfa sambil dia gelengkan kepalanya beberapa kali.

"Esok aku nak kena balik Italy. Aku ada urusan tiga bulan kat sana yang belum selesai. Aku benarkan kau tinggal di rumah mama dan papa kau buat sementara waktu ni. Tapi ingat Hayfa. Sepanjang aku takda kau jangan berani nak jumpa lelaki lain. Kalau aku dapat tahu kau buat hal. Mati kau aku kerjakan." Kata Syaqil tegas sambil dia sarungkan baju pada tubuhnya.

Lepas memakai baju Syaqil baring di sebelah Hayfa. Dia tidur mengiring  membelakangkan Hayfa. Cukuplah untuk harini dia mendera perasaan Hayfa. Dia dah tak larat nak bergaduh dnegan Hayfa hari ini. Hayfa pula masih menangis di bawah selimut. Walaupun panas dia selubungkan juga mukanya di bawah selimut. Malas dia nak tengok muka Syaqil. Hatinya benar-benar sakit ketika ini.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now