"Ada je orang yang memohon untuk jawatan guru baru. Tapi masalahnya sekarang kita tak tahu berapa lama pula guru baru ni dapat bertahan dengan kelas tu. Kalau di ikutkan kita semua di sini, kita semua pun tak sanggup nak jaga kelas tu. Sedangkan kita bukan guru kelas dan kita masuk sekejap-sekejap pun kelas tu, kita kena buli je dengan budak-budak tu. Apatah lagi guru kelas yang hari-hari mengadap diaorang." Sampuk encik Firman PK Kokorikulum pula.

"Ada lagi seorang calon cikgu baru akan masuk ke Grand Elite High School. Dia dah hantar resume tiga bulan lepas.  Dia akan gantikan cikgu Zara menjadi guru kelas tingkatan lima Sapphire. Saya dah contact dia tadi, kebetulan dia pun baru je balik ke Malaysia. Jadi dia setuju untuk mula mengajar esok. Kita tunggu dia sekejap. Kejap lagi dia sampai inshaAllah. Sementara tunggu dia datang kita mulakan mesyuarat pengurusan sekolah dulu." Balas Tuan Rafizi.

Kesemua yang berada di situ memulakan mesyuarat pengurusan sekolah. Tidak lama kemudian mereka semua terdiam apabila pintu bilik mesyuarat tiba-tiba terkuak daripada luar. Kelihatan kelibat seorang lelaki tampan berdiri di muka pintu. Rambut lelaki itu tersisir rapi, dia memakai baju kemeja bewarna emerald green bersama dengan necktie maroon. Lengan bajunya disinsing hingga ke lengan menampakkan tangannya berurat. Dengan riak wajah dinginnya lelaki tu melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Semua mata yang berada di situ tertancap pada sosok tubuh lelaki tampan tersebut. Keadaan bilik itu senyap sunyi hanya kedengaran bunyi tapak kasut lelaki itu saja yang melangkah sehingga dia berhenti betul-betul di tepi Encik Rafizi.

Cikgu lelaki yang berada di situ ada yang terkejut, dan ada juga yang cemburu melihat ketampanan dan betapa bergaya lelaki tersebut. Guru perempuan pula ada yang tersenyum-senyum melihat ke arah lelaki itu crush barulah katakan. Alang-alang dah ada lelaki handsome depan mata apa salahnya cuci mata kan. Bisik hati mereka.

Hayfa pula terkedu melihat ke arah sosok tubuh yang sangat dia kenali itu. Terketar bibirnya saat melihat wajah dingin Syaqil di dalam bilik mesyuarat itu. Apa yang suaminya itu buat di sini? Syaqil memang kata dia akan kembali ke Malaysia tiga bulan kemudian selelas majlis pernikahan mereka. Tapi kenapa Syaqil langsung tidak maklumkan padanya yang Syaqil sudah pulang ke sini? Kenapa tiba-tiba saja suaminya itu muncul di tempat kerjanya? Pelbagai persoalan bermain-main di dalam kepala Hayfa saat ini.

"Baik cikgu-cikgu semua. Saya perkenalkan cikgu  Syaqil Asran. Beliau adalah cikgu baru sekolah kita yang akan menggantikan cikgu Zara untuk menjadi guru kelas tingkatan lima Sapphire. Baiklah cikgu Syaqil kalau tak keberatan boleh terangkan serba sedikit tentang cikgu." Kata Tuan Rafizi sambil dia bangun dan dia menepuk perlahan bahu Syaqil. Syaqil hanya terenyum nipis apabila Tuan Rafizi menepuk bahunya.

"Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hai selamat berkenalan. Nama saya Syaqil Asran Bin Syazreen Mikael. Saya baru je habiskan belajar pengajian PhD dalam bidang business management di Italy. Tapi jangan risau di samping saya belajar dalam bidang perniagaan saya juga ada ambil side course kesenian. Sebab tu lah saya mohon kerja di sini. Memandangkan di sekolah ni banyak menekankan aspek kesenian dan kemahiran saya tertarik untuk timba pengalaman baru di sini." Ucap Syaqil. Sambil memperkenalkan diri matanya merenung ke arah satu persatu guru yang ada di dalam bilik tersebut. Sehinggalah matanya bertembung dengan anak mata yang cantik milik Hayfa.

Untuk seketika Hayfa dan Syaqil dan berpandangan sesama sendiri. Syaqil yang perasan Hayfa merenungnya lama pantas melarikan pandangannya ke arah lain. Dada Hayfa berdebar teruk apabila Syaqil tiba-tiba muncul di situ. Sudahlah rakan sekerjanya semua tidak tahu dia sudah menikah dengan Syaqil.

Cikgu Syaqil Rock [ Terbit Novel Fizikal]Where stories live. Discover now