𝑏𝑎𝑏 6

160 26 7
                                    

"Inayah nak ke mana?"

Sarah masuk ke dalam bilik tetamu yang saat ini ditempati oleh Inayah. Terkejut dia melihat kembarnya itu sedang memasukkan baju ke dalam beg. Kalut Sarah, punggung di henyakkan di atas katil.

"Nayah.."

Panggilnya lembut apabila Inayah tak menghiraukan kehadiran nya di situ. Dia tahu Inayah marah, tapi bukan salahnya, kalau Inayah nak marah pun, marahlah pada Fatih, kan?

"Ish.. Nayah, kenapa ni?"

"Nayah nak keluar dari rumah Sarah ni."

"Tapi baru sehari Inayah kat sini kan?"

"Ya sehari, tapi dah macam-macam yang jadi."

Sarah melepas keluh berat.

"Kalau Inayah marahkan abang Fatih, nanti Sarah suruh abang Fatih minta maaf dengan Inayah ya? Janganlah sampai nak keluar dari rumah ni, nanti apa pula mummy dengan daddy fikir.. Kalau Inayah tak nak tidur dalam bilik tetamu ni, Nayah boleh tidur sekali dengan Sarah, dalam bilik Sarah, ya?"

Beria-ria Sarah memujuk Inayah. Dia risau jika Inayah betul-betul ingin keluar dari rumahnya, ke mana Inayah hendak pergi? Sudahlah dia tak berapa tahu tentang selok-belok di tempat ini. Kut Inayah jumpa orang jahat nanti macam mana? At least dalam rumah ni ada Sarah yang boleh tengokkan Inayah. Kalau kat luar sana tu, Sarah tak rasa dia boleh biarkan Inayah sorang-sorang.

Inayah mengetap bibir. Minta maaf? Nak suruh 'abang' Sarah tu minta maaf? Mamat kerek macam tu? Nak ke dia minta maaf?

Inayah diam. Fikiran nya kembali mengingatkan kenangan beberapa tahun yang lepas ketika dia masih dibangku sekolah menengah lagi.

"Awak abang Sarah kan? Masuklah rumah dulu, saya boleh buatkan air, panas kat luar ni.. Sarah ada kat dalam."

Inayah memaniskan muka. Pulang dari kedai, berbasikal, dia melihat sebuah kereta mewah berwarna hitam pekat terparking betul-betul di hadapan tangga rumahnya.

Melihat seorang lelaki sedang duduk bersandar di hadapan kereta itu membuatkan Inayah automatik berfikir bahwa mungkin dia adalah keluarga angkat Sarah. Nak ambil Sarah agaknya? Teka Inayah dalam diam.

Senyuman nya memudar tatkala melihat sorot mata lelaki itu berubah. Melihat nya dari atas sampai ke bawah.

Cepat-cepat Inayah mengeleng. Cuba menghalau ingatan tentang kejadian itu daripada ingatan nya. Boleh pula dia teringat hal itu sekarang. Gila.

Tapi, muka lelaki tu. Fatih, tetap Inayah ingat, seolah-olah wajah itu membekas dalam minda nya.

Datin Suliza muncul disebalik pintu. Inayah dan Sarah yang berada di dalam bilik tetamu itu terus melihat ke arah datin Suliza. Senyuman datin Suliza memekar tatkala terlihat wajah Inayah di situ. Dia baru sahaja pulang bersama suaminya dari event petang tadi. Sarah ada memberitahu nya tentang Inayah yang akan tinggal dengan mereka buat sementara ini. Makin excited datin Suliza jadinya, dia suka dengan Inayah seperti mana dia suka dengan Sarah. Inayah juga sudah dianggap seperti anak sendiri, cuma Inayah saja yang jarang hendak bertandang ke rumah sini.

"Bila Inayah sampai?"

"Mummy.."

"Did you pick her up, Sarah?"

"Yes I did."

"What time?"

"Petang tadi."

"Sarah dah bawa Inayah makan?"

Sorot mata datin Suliza terarah kepada Inayah. Menunjukkan bahwa soalan itu ditujukan kepada nya.

"Ba.. Baru nak masak tadi.. Aunty.."

Terbata-bata Inayah menjawab.

"Fatih dah siapkan makan malam kat bawah, jom kita makan sama-sama.. Daddy pun dah ada kat bawah."

Sarah tersenyum kelat. Dia mencuri pandang ke arah Inayah beberapa saat. Sebelum bangkit dari katil.

"That's good. Sarah dah lapar ni, jom mummy, jom Inayah.."

Lengan Inayah dipaut. Inayah yang mengeraskan tubuh itu terpaksa melangkah mengikuti Sarah.

Lidah nya terasa begitu kelu hendak berkata-kata tatkala melihat wajah datin Suliza.

Kenapalah mamat kerek tu dapat mak yang baik macam datin Suliza ni?

"Aunty excited sangat bila Sarah bagitahu yang Inayah nak datang rumah aunty ni, aunty minta maaf tau tak dapat ikut Sarah pergi ambil Inayah petang tadi.. Aunty teman uncle pergi event.."

***

Seumur hidup Inayah, tak pernah dia merasa begitu tertekan berhadapan dengan makanan di meja makan. Dia makan ala kadar sahaja, walaupun sebenarnya dia lapar nak mampus, tapi disebabkan hatinya masih diulit geram yang teramat atas kejadian tadi, dia terpaksa menahan dirinya.

Tapi syukurlah, sesi makan malam yang penuh dengan tekanan itu telahpun berakhir. Di meja makan tadi hanya ada Inayah, Sarah, uncle dan aunty dan juga Fatih. Anak kedua datin Suliza tak ada pula nampak batang hidung nya.

Kini Inayah boleh menarik sedikit nafas lega, tapi.. Macam mana dia nak teruskan hidupnya dalam rumah ini selepas ni? Mana dia nak letak muka kalau terserempak lagi dengan lelaki itu?

Inayah memejamkan mata beberapa saat. Kepala nya terasa berdenyut-denyut memikirkan hal ini. Dia dah tak boleh keluar dari rumah ini dengan keadaan sekarang, datin Suliza juga tak boleh tahu tentang apa yang berlaku di antara dia dan Fatih tadi. Mahu terkeluar jantung nanti.. Tak boleh, bahaya, bahaya. Nasiblah Sarah berbaik hati mahu merahsiakan ini daripada kedua ibu-bapa angkatnya itu, tapi dengan syarat, Inayah tak boleh keluar dari rumah ini katanya.

Sedang ralit Inayah mencuci pinggan di sinki sambil memikirkan nasib dirinya yang sudah begitu malang pada hari pertama. Tiba-tiba sahaja dia merasa hawa suam di tepi tubuhnya.

"Basuhkan pinggan aku sekali."

Selamat sebuah pinggan tergeletak betul-betul di hadapan Inayah. Terkulat-kulat Inayah melihat gerangan yang berada di sebelah nya itu.

Fatih.

[OG] FATIH INAYAHWhere stories live. Discover now