[ 𝑭𝒐𝒓𝒕𝒚 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑪𝒆𝒎𝒃𝒖𝒓𝒖

Začať od začiatku
                                    

"Dah sedar?" Suara itu. Mata Kytor terbeliak.

Dia terus melihat gerangan menampar tu. Hanya Mustaqim di hadapannya. Bukan... lelaki itu. Jantung yang berdetak tidak tentu diatur perlahan kembali.

Kemarahannya mula bangkit.

"How dare you slap me?" Nafas dadanya turun naik dengan deras. Dia marah.

Mustaqim senyum.

"Tuan. Tuan sabar ya."

"YOU SLAP ME?!" Kytor menyerang Mustaqim tetapi Mustaqim pantas mengelak tumbukan dari tuannya.

"Tolong sabar tuan."

Kytor mencari-cari sesuatu. Dia nampak kerusi. Terus dia mengangkat kerusi dan menyerang Mustaqim. Mustaqim dengan kuat menahan kerusi tersebut dari terus mencederakan dirinya

Tuannya semakin kuat dari sebelum. Dia perlu buat sesuatu. Tuan Ryan tidak akan berhenti melawan sehingga habis. Apa yang membuat tuannya terlalu marah? Kenapa Puan Naira menangis?

Bukankah mereka senang dan bahagia antara mereka. Apa yang membuat situasi menjadi sebegini?

Terlalu kuat.

Mustaqim jatuh terbaring dan masih menahan kerusi tersebut di atasnya. Kytor senyum menyeringai sambil menahan kerusi itu.

"HAHAHAHAH! KAU PATUT MATI!"

Mustaqim perlu buat sesuatu. Dia tidak boleh bertahan sebegini sahaja. Dia perlu buat sesuatu!

Jika Tuan Ernesto ada, perkara sebegini cepat diselesaikan olehnya. Tuan Ernesto sahaja lah yang dapat meredakan kemarahan tuan muda sehingga tuan muda sendiri menangis.

Mustaqim tidak akan mengalah. Dengan pantas Mustaqim menghantuk kepala dekat tuannya.

Kytor terjatuh. Gedebuk!

Mustaqim memegang kepalanya yang berpinar kerana hantukan kuat. Lalu dengan pantas mengeluarkan tali mengikat tangan tuannya. Tali menjadi persiapan dari awal oleh Mustaqim jika ada sebarang kemungkinan terjadi.

Kytor mengelak dari diikat oleh Mustaqim.

"LEPAS LAH SIAL!" Kytor cuba menggigit tangan Mustaqim. Mustaqim pantas mengelak. Dia kuat menahan tangan dan kaki tuan muda dengan ilmu pertahanan dirinya. Dia perlu cepat mengikat tali ini.

"Sabar tuan." Semakin sukar dia menahan tuannya berbanding sebelum ini. Tuan Ryan semakin kuat sekarang.

Mustaqim mendesis kesakitan kerana cedera bergelut dengan tuannya.

Setelah beberapa jam, dia dapat mengikat tangan dan kaki tuannya. Mustaqim bangun.

"LEPAS LAH SIAL!!! ERGH!! AKU CAKAP LEPAS!!! LEPAS!!!" Kytor menjerit sekuat hati. Wajahnya sudah merah kerana terlalu marah. Tanda tidak puas hati terhadap apa yang Mustaqim buat padanya. Tali ini terlalu kuat kerana ketebalannya.

Mustaqim keluar sebentar.

"KAU NAK PERGI MANA HAH? AKU CAKAP LEPAS BODOH! LEPASS!!! LEPAS AKU CAKAP!! KAU PEKAK KE?!!" Pekik Kytor sekuat hati. Bilik dipenuhi kebisingan suaranya.

Tidak sampai seminit Mustaqim masuk semula. Terlihat dari tangan Mustaqim membawa sesuatu.

Ia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ia.. sebuah peti simpanan.

Peti yang berwarna coklat.

Kedua-dua mata Kytor membutang. Jantungnya hampir berhenti berdegup.

Dia kenal itu.

Dia kenal peti itu.

Ia... berisi sehelai pakaian. Pakaian buatnya. Pakaian yang dulu dia tidak suka. Pakaian yang paling dia benci dalam hidupnya.

"Tak." Dia menggeleng.

"Tak nak, tak nak." Kytor berundur takut.

"Tuan perlu pakai." Kytor laju menggeleng. Dia berundur semakin jauh.

"Tuan.."

Kytor menggeleng laju.

"AKU TAK NAK PAKAI! TAK NAK PAKAI!"Dia marah. Air mata muncul sedikit di hujung matanya.

"Mustaqim."

Mustaqim menoleh memandang Datin Liyana yang kerisauan.

"Maaf Datin." Mustaqim menutup pintu supaya Datin Liyana jauh dahulu. Dia perlu selesaikan Tuan muda ini. Hanya dia dan Tuan Ernesto sahaja tahu kenapa mereka perlu buat Kytor sebegini.

Kerana..

pertama, mengelak tuannya mencederakan orang lain. Kedua, untuk menghilangkan kemarahan tuan muda. Ketiga, membuat tuannya berfikir dahulu kesalahan apa yang telah dia buat. Paling terakhir, untuk mengelak tuan muda mencederakan diri sendiri.

Bahagian akhir sekali, Mustaqim risau. Dia tidak teragak-agak untuk memakainya kerana dia telah biasa dengan kelakuan tuan muda waktu dia masih muda lagi. Tuan muda waktu remaja sangat lah teruk, tidak dapat mengawal emosinya. Kerana itu, Mustaqim diajar Tuan Ernesto, bagaimana dia perlu menenangkan tuan muda jika ada kemungkinan akan terjadi.

Datin Liyana menunggu dengan resah. Dia sudah dengar dari Naira tadi. Sudah dia meredakan tangisan Naira dan merawat pergelangan tangan Naira yang kemerahan.

Kenapa dengan Ryan? Kenapa seteruk ini Ryan begini? Jika cemburu sekalipun, perlu kah dia mencederakan isterinya? Kasihan Naira ketakutan.

Datin Liyana tetap menunggu Mustaqim menyelesaikannya dari dalam. Dia tetap risau akan Ryan terutamanya Mustaqim yang pasti akan cedera kerana anaknya.

Setelah beberapa minit, Mustaqim keluar dan menutup pintu. Datin Liyana bergegas ke arah Mustaqim.

"Macam mana?"

"Dia dah tenang Datin. Buat masa ni bagi dia rehat dahulu," ucap Mustaqim tersenyum.

Datin Liyana terlihat luka di tangan Mustaqim.

"Mari aunty ubatkan tangan tu."

"Takpe Datin. Saya.."

"Dah jom! Kamu pun kena rehat." Datin Liyana terus menarik tangan Mustaqim untuk turun.

"Ba.. baik Datin."

-
-
-
-
-
-
-
Please vote and comment❤️. Thank you! 🌹

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now