CHAPTER 9 : TRANSFORMATION.

Start from the beginning
                                    

Ivy Rose tersenyum gembira.

"I'm glad to hear that, Alejandro Marco. And we need to do a transformation to this hotel." Balas Ivy Rose.

"Alright, Lady Rayne." Balas Alejandro Marco tersenyum.

Sementara itu, di luar bangunan hotel tersebut, kelihatannya Eve Aurora sedang sibuk melukis ditemani oleh Amy Wilton.

"Awak pandai melukis, Aurora?!." Soal Amy Wilton dengan nada teruja sambil memerhatikan Eve Aurora yang sedang melukis lukisan rama-rama di dinding bangunan hotel tersebut.

"Yes. Bakat yang diwarisi daripada Pak Cik sebelah ibu saya." Max Rhett sangat pandai melukis dan dia juga mempunyai galeri yang menempatkan lukisannya di Finland. Hanya dia dan Rosalie Rhett sahaja yang mewarisi bakat melukis itu. Dan kini ditambah dengan seorang lagi pelukis iaitu kakak iparnya, Lea Heloise Angel. Kadang-kadang jika ada masa yang terluang, mereka berempat akan melukis bersama-sama, itu pun jarang sekali mereka berempat dapat berkumpul kerana Rosalie Rhett sedang belajar di Jepun dan hanya akan pulang sesekali sahaja.

"Saya cemburukan awak, Aurora! Awak cantik, pandai melukis pula."

"No! No! No! Jangan pernah rasa cemburu. Rasa cemburu itu akan merosakkan hati awak, Amy. Dan saya belum bersedia lagi untuk kehilangan seorang lagi teman sebaik awak." Jawab Eve Aurora. Cukuplah dia telah kehilangan seorang teman bernama Leigh Madelyne. Dia sangat menyukai Leigh Madelyne sebelum dia mengetahui kebenaran bahawa gadis itu adalah anak kepada pembunuh ayahnya. Dan gadis itu juga telah mencuba untuk membunuh abang dan kakak iparnya, akibat rasa cemburu dan cinta yang tidak berbalas. Dan dia juga merasakan Amy Wilton adalah seorang teman yang baik, disebabkan itulah dia tidak mahu ada timbul perasaan iri hati diantara mereka berdua. Lagipula, dia seorang diri di pekan ini, jadi dia sangat memerlukan seorang teman untuk berkongsi cerita.

"Alright! Please forgive me, my dear Aurora. Saya akan buang perasaan cemburu ini jauh-jauh. Saya akan campakkan ke dalam laut di pelabuhan sana!." Gurau Amy Wilton.

"Great idea!." Mereka berdua ketawa.

Dari kejauhan, Ivy Rose tersenyum melihat keakraban yang terjalin diantara Eve Aurora dan Amy Wilton. Sekurang-kurangnya dia tidak terlalu risaukan anak gadisnya yang keseorangan di sini.

"Ryeo!." Panggil Ivy Rose.

Ryeo Matthias berpaling ke arah wanita tersebut lalu tersenyum.

"Can you help me? Gantungkan semua lukisan dan gambar ini ke dinding." Arah Ivy Rose dengan lembut.

"Baik." Jawab lelaki itu.

Ivy Rose tersenyum sambil memerhatikan lelaki itu yang sedang mengelap gambar-gambar dia bersama suaminya. Kelakuan itu terlihat neutral.

"He always like that, Lady Rayne. Ryeo akan memastikan bahawa gambar-gambar tersebut sentiasa bersih dan tidak berhabuk walaupun sedikit." Beritahu Amy Wilton.

"Really?." Soal Ivy Rose sambil tersenyum memandang ke arah Amy Wilton.

"Yes! He adored Tuan Rayne and you."

Ivy Rose tersenyum. Jika mengidolakan seseorang yang sangat setia, pasti dia juga akan terikut menjadi seorang yang setia, namun lelaki ini terjadi sebaliknya pula. Dia gelengkan kepalanya lalu menyambung kembali tugas-tugasnya.

Dia berdiri di tepi jalan sambil melihat-lihat lukisan yang dilukisnya di dinding bangunan hotel tersebut. Lukisan rama-rama. Dia memilih rama-rama sebagai inspirasinya. Rebirth. Sepertimana apa yang telah terjadi kepada keluarganya. Ianya bagaikan sebuah kelahiran yang baru untuk mereka semua setelah segalanya selesai. Tanpa dia sedari, kakinya mengundur ke arah jalan raya dan tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi hon kereta yang nyaring. Namun, ada seseorang yang telah memeluknya erat dan menariknya kembali ke tepi jalan dengan sangat pantas. Mereka berdua berpelukkan seketika di tepi jalan itu. Dia dapat mendengar dengan jelas degupan jantung yang sangat kencang di dada orang yang sedang memeluknya itu.

"Aurora!." Panggil Ivy Rose dengan nada risau.

"Err.. Yes! I'm okay, Lady Rayne." Jawab Eve Aurora lalu mengangkat wajahnya dari dada lelaki itu. Dia telan air liur. Rupa-rupanya Ryeo Matthias yang telah menyelamatkan nyawanya seketika tadi. Mereka berdua bertatapan seketika.

"Are you okay, Aurora?." Soal Ivy Rose lalu menghampiri anak gadisnya itu. Ryeo Matthias melepaskan pelukkannya.

"Yes, I'm fine, Lady Rayne." Jawab Eve Aurora tersenyum.

Sighs.

Ivy Rose melepaskan keluhan nafas yang berat. Nasib baik lelaki itu bertindak dengan pantas.

"Thank you, Ryeo." Ucap Eve Aurora tersenyum ke arah lelaki itu.

"Most welcome." Balas Ryeo Matthias lalu beredar meninggalkan mereka berdua.

"What happened, Aurora?! Did you get hurt?." Tiba-tiba Amy Wilton muncul.

"It's nothing, Amy. I'm totally fine." Jawab Eve Aurora tersenyum melihat kelakuan gadis itu.

"Fuh! Please be careful, Aurora."

"I'll be extra careful after this, Amy. Don't worry." Ibunya hanya menjadi pemerhati sahaja.

"Promise?." Amy Wilton menghulurkan anak jarinya.

Ivy Rose dan Eve Aurora ketawa melihat tingkah gadis tersebut.

"Promise!." Kedua-dua anak jarinya itu bersatu menandakan perjanjian telah terpatri.

"Don't break the promise. Okay?." Pesan Amy Wilton dengan nada tegas.

"Yes, Miss Wilton."

"Good!." Amy Wilton tersenyum seketika lalu beredar meninggalkan mereka berdua di luar bangunan hotel tersebut.

Ivy Rose memerhatikan langkah Amy Wilton yang sedang berjalan menuju ke kaunter itu.

"I like her." Tiba-tiba dia teringatkan sahabatnya, Catherine Grace. Jika sahabatnya itu masih hidup, pasti mereka berdua akan meluangkan banyak masa bersama-sama.

"Yes. Me too." Jawab Eve Aurora tersenyum.

"Well, Henry Flynn is coming here in 2 days, perhaps. Henry akan membantu didalam pemilihan uniform hotel yang baru. Warna yang dipilih adalah emerald green dan hitam, as your requested."

"Yes!." Eve Aurora melompat kegembiraan apabila warna yang dipilihnya akan menjadi warna terbaru untuk uniform hotel yang baru.

"Henry akan membantu mengukur saiz tubuh semua pekerja hotel. He will stay here for a couple of weeks. Ibu akan pulang esok. Jadi, layan Henry baik-baik sebagai tetamu di hotel ini. Understand, Aurora?." Pesan Ivy Rose dengan lembut.

"Alright, Lady Rayne." Jawab Eve Aurora dengan senyuman nakal.

Dengan tiba-tiba, hand phone milik Ivy Rose yang sedang dipegang itu berbunyi. Kelihatan nama Isaac Shiloh tertera di skrin. Dengan serta-merta senyumannya terukir.

"Hi, my son." Tegur Ivy Rose dengan mesra.

"Hi, Mom. Where are you now?." Soal Isaac Shiloh.

"I'm at the hotel. Do some transformation at this hotel."

"When are you coming back here?." Ivy Rose tertawa mendengarkan soalan anak lelakinya itu.

"Tomorrow morning. Why, son? Do you miss me?." Usik Ivy Rose. Manakala Eve Aurora hanya mencebik. Kadang-kadang mengada-ngada juga perangai abangnya itu.

"Of course, I am!."

Kedengaran bunyi tawa ibu mereka.

"Ibu juga rindu kamu semua di sana. Ibu akan pulang esok pagi. Let me spend time with your little sister a bit more. Alright?."

"Alright. Tell her, I missed her too... Gotta go now. Bye." Ivy Rose tersenyum mendengarkan pesanan anak lelakinya itu.

"Bye."

"What did he say?."

"He said, he missed you so much, Aurora." Eve Aurora tersenyum gembira. Abangnya itu romantik, namun kadang-kadang malu untuk meluahkan perasaannya.

"I missed him too, Mom!." Jawab Eve Aurora tersenyum.

You only live once, but if you do it right, once is enough.

REBIRTH | CWhere stories live. Discover now