𝑏𝑎𝑏 5

174 25 6
                                    

Terpegun sekaligus terpanah, itulah perasaan Jihan Inayah saat sedang berdiri di luar perkarangan rumah banglo milik dato Faruq dan datin Suliza itu. Rumah nya besar, kereta pelbagai jenis bersusun di luar, ada taman bunga, ada rumah kaca, ada kolam renang. Berbeza betul dengan rumah kayu nya di kampung, berhadapan dengan sawah bendang yang luas. Inayah tersenyum tipis, jauh betul beza dia dengan Sarah ya.

"Eh tercegat apa lagi? Jom kita masuk."

Sarah yang sudah selesai mengunci kereta menghampiri Inayah, kembarnya.

"Inayah segan la Sarah."

Perlahan nada suara nya dengan senyuman tawar, Inayah segan. Dia segan hendak melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah ini. Jika difikirkan kembali, kedudukkan nya dan Sarah sangatlah jauh, Sarah anak dato, anak orang kaya. Manakala Inayah hanyalah seorang gadis kampung yang tak ada apa-apa, tiba-tiba datang nak menumpang pula, nanti mesti orang fikir bukan-bukan. Nafas di hela, masih sempat lagi agaknya kalau dia nak cari rumah sewa sekarang.

Cari rumah sewa sajalah. Segan pula nak masuk rumah besar macam tu.

"Inayah nak segan apa? Ini rumah Sarah lah. Sarah boleh invite siapa-siapa je Sarah nak. Lagi pun Inayah dengan Sarah kan adik-beradik.. I don't think there's a problem right there.."

"Tapi Inayah ni tetap orang luar, Sarah.."

"No. Sarah nak Inayah masuk sekarang, kalau Inayah tak masuk, Sarah tak kira, Sarah merajuk."

Sarah berpeluk tubuh. Mendengar itu laju Inayah menyentuh tangan Sarah.

"Maa.. Maafkan Inayah.. Sarah janganlah merajuk."

"Kalau tak nak Sarah merajuk, Inayah masuk sekarang. Okay, Inayah tinggal sini dalam masa seminggu je, kalau dalam masa seminggu tu Inayah tak selesa, bagitahu Sarah, Sarah akan carikan rumah sewa untuk Inayah. Deal?"

Seminggu? Rumah sewa?

A glimpse of hope.

Cepat-cepat Inayah mengangguk setuju.

"Okay.. Deal.."

Sarah senyum.

"Deal."

Jari kelingking mereka bertaut. Membuat perjanjian yang hanya diketahui oleh mereka berdua.

***

Pulang daripada hospital. Fatih terus naik ke bilik, mandi dan melalukan kewajipan nya sebagai seorang muslim. Seterusnya lelaki itu memutuskan untuk turun ke bawah. Langkah kaki di bawa turun dari tingkat atas. Fatih terus ke dapur. Bibirnya mengukir senyuman nipis tatkala melihat sesuatu, segera Fatih menghampiri. Hujung kain tudung berwarna hitam itu ditarik perlahan. Si empunya badan lantas memalingkan wajah melihat nya. Pergerakan nya menggaul sambal di atas kuali automatik terhenti.

"Did you just watch seksa neraka?"

Fatih selamba tenung wajah itu. Sebelah kening diangkat menunggu jawapan.

"Aa.. A.. Awak siapa?"

"Huh?"

Kaki nya berundur beberapa tapak ke belakang, suaranya bagai tersekat di kerongkong dan tak mahu keluar. Dia terkejut sekaligus terkesima dengan apa yang baru sahaja terjadi.

Fatih mengerutkan dahi apabila melihat reaksi yang baginya aneh dan tak biasa itu. Matanya spontan melihat sekeliling dapur. Kemudian beralih semula pada manusia di hadapan nya itu.

"Stop playing with me. Buka tudung tu, kalau tak betul-betul ada niat nak pakai tudung."

"Sa.. Saya memang bertudung la."

Fatih mengeleng kesal. Tiba-tiba sahaja, entah mengapa dia bertindak sedemikian tanpa berfikir panjang, Fatih menarik tudung itu sehingga terbuka.

Setiap helaian rambut jatuh kerana getah rambut yang putus membuatkan Inayah kaku. Bibirnya pucat.

Did he just do something he shouldn't?

Yes. He did.

Inayah cepat-cepat mencapai tudung hitam miliknya yang berada di tangan kanan Fatih.

"Inayah.. Serai macam ni boleh ke?"

Sarah muncul sambil memegang serai di tangan kanan nya. Wajahnya ceria, namun senyuman nya perlahan-lahan mati tatkala melihat kewujudan Fatih dan Inayah yang sudah terduduk di atas lantai itu.

Teresak.

Serai jatuh dari tangan Sarah. Segera dia berlari anak menghampiri Inayah. Rambut Inayah yang nampak itu dilindunginya daripada Fatih.

Manakala Fatih masih tak berganjak dari tempat nya berdiri tadi. Tengkuk nya terasa sejuk.

Sarah ada di situ.

Jadi kalau bukan Sarah? Perempuan tu siapa pula? Fatih teringat satu perkara yang hampir dia lupakan. Beberapa tahun yang lepas sewaktu menghantar Sarah ke kampung itu berpuluh tahun yang lepas.

"Why did she look like Sarah?"

"Itu kembar Sarah."

Waktu itu mereka sama-sama masih belum dewasa. Fatih hanya merenung melalui tingkap kereta. Rumah kayu itu masih jelas dalam ingatan nya.

Menyedari semuanya. Fatih meraup wajah.

"Abang Fatih buat apa dengan Inayah?"

Sarah tak dapat menahan diri lagi daripada melontarkan soalan.

Inayah memejamkan mata. Baru sehari, eh tak sampai sehari pun dia kat rumah ni dah macam-macam yang jadi.

Allah, rasa macam nak sorong muka bawah jambatan!

[OG] FATIH INAYAHWhere stories live. Discover now