𝑏𝑎𝑏 4

217 29 4
                                    

Seminggu kemudian.

"Bismillah.."

Inayah mengangkat beg berisi pakaian nya keluar dari perut bas. Berpusu-pusu orang keluar setelahnya yang pertama, kerana Inayah duduk paling dekat dengan pintu masuk. Dahinya yang berpeluh di lap menggunakan belakang tangan. Dia terlihat manis mengenakan baju kurung asli bercorak bunga kecil dan tudung bawal labuh berwarna cream.

Masih jelas dalam ingatan nya, nenek Fatimah dan atok Muhammad berpesan itu dan ini sebelum dia berangkat, Inayah hanya mengangguk faham dan berjanji akan mengikuti kesemua pesan-pesan daripada kedua insan yang paling dia sayangi itu.

"Inayah elok-elok bawa diri kat tempat orang."

Kata atok Muhammad sambil menahan sebak. Berbeza dengan kali pertama dia masuk universiti dan terpaksa berpisah dengan nenek dan atok, kali ini pula dia berpisah dengan mereka berdua kerana dia sudah mulai masuk ke alam yang baru.

Inayah sedikit nervous, namun semangat semula jadi nya yang suka mencuba hal baru telah memudarkan sedikit rasa nervous itu. Dia tahu dia boleh lakukan nya, kalau tak selesa dengan kerja ini, dia boleh je balik kampung bila-bila masa, kata nenek, tapi Inayah tak nak fikir yang bukan-bukan selagi dia tak mencuba dahulu. Dia kena selalu berfikir positif dan berani menyahut setiap cabaran yang diberikan. Inayah tak manja, dia cekap berdikari dan boleh di harap, itu yang membuatkan atok Muhammad dan nenek Fatimah percaya pada dirinya dan yakin untuk melepaskan Inayah pergi.

"Inayah!"

Sarah melambaikan tangan, sambil memanggil Inayah. Inayah yang masih mengelamun menunggu kehadiran Sarah itu pun mulai mencari dari mana sumber suara itu.

Tidak jauh daripada tempat dia berdiri, Sarah, kembarnya melambai-lambaikan tangan. Sarah berdiri di sebelah sebuah kereta berwarna hitam yang tak pernah Inayah nampak sebelum ini jenis keretanya.

Kereta mewah barangkali. Inayah membalas lambaian Sarah sebelum mengheret kedua kaki nya mendekati gadis itu.

"Inayah dah lama tunggu? Sarah baru je sampai."

"Eh tak adalah lama sangat."

Sarah senyum kecil mendengar kata-kata daripada Inayah itu. Wajah Inayah ditatap lama, aneh, saling tak tumpah seperti wajahnya, wajah yang selalu dia tatap melalui cermin. Bezanya, Inayah bertudung manakala Sarah tidak. Mereka jarang bertemu, Sarah juga jarang ke kampung untuk menjenguk Inayah, mereka hanya berhubung melalui telefon jika ada kelapangan.

Pandangan mata Sarah jatuh pada beg kecil yang di bawa Inayah di tangan kanan nya.

"Ini je beg baju Inayah?"

Tujuk Sarah pada beg lusuh itu. Lusuh sebab beg tu dari zaman universiti Inayah lagi. Beg yang selalu dia bawa ulang-alik dari kampung ke kampus.

"Ya.. Nayah lipat kecil-kecil, banyak baju Inayah dalam ni."

"Oh. Okay la kalau macam tu, kalau Inayah tak bawa baju pun, baju Sarah banyak kat rumah. Cuma tudung je lah tak ada, tapi nanti kita boleh beli."

Mendengar itu, Inayah sengih kekok. Beli? Lambat lagi, Inayah adalah orang yang paling susah sekali nak ganti barang-barang dia, selagi boleh pakai, dia akan pakai.

"Tak apa Sarah. Membazir je, baju Nayah elok lagi. Tak payah susah-susah.."

Jeda, Inayah melihat jam dipergelangan tangan nya. Sudah menginjak ke angka 3 petang.

"Dah pukul 3. Inayah rasa elok kita gerak sekarang.. Sebelum masuk waktu asar."

"Ah.. Okay. Masuklah, ini kereta Sarah."

[OG] FATIH INAYAHحيث تعيش القصص. اكتشف الآن