Aku memberi laluan kepada orang tua atau kanak-kanak dahulu.Selesai itu,baru aku turun dengan berhati-hati.Kalau aku tahu,aku tak pakai heels ni,dah la kasut ni cantik lagi.Haihhhh.Pasrah jela.

Aku cari tempat berlindung kerana hujan yang turun agak lebat.Dengan keramaian orang membuatkan keadaan begitu sesak.

Aku berdiri di bawah bumbung lama yang ada disitu.Jauh dari orang ramai.Sebab aku tak suka duduk berhimpit-himpit dekat sana.

Sedang aku termenung,tiba-tiba ada tangan yang menarik aku ke semak belakang.

Aku terjerit kecil.

"Arggh"

Dengan pantas aku ingin menarik balik tangan ku,tetapi tenaganya lebih kuat berbanding dengan aku.

Apa yang aku nampak didepan aku sekarang ini ialah wajah lelaki yang dibelasah hari itu.

"Ehh,awak ni kenapa haa.Suka-suka hati aje tarik tangan saya" agak kasar juga aku memarahinya.Yela siapa suruh pegang tangan aku sesuka hati makcik dia.

"Ikut aku" arahnya dengan mata yang mencerlung kepada aku.Seraya itu dia terus menutup sebahagian mukanya daripada dilihat oleh ku menggunakan jacket.

Aku ingin menjerit tetapi dengan keadaan yang di belakang semak boleh dikatakan seperti hutan dan hujan yang lebat,mustahil suara aku mudah untuk didengari orang yang sedang menunggu bantuan bas.

Tapi aku cuba untuk menjerit juga walaupun aku tahu tidak mudah untuk mereka dengar.

"Tolongg,tolong saya!!!"

"Diamlah perempuan" dia menarik rambutku dengan kasar.

"Ahh sakitlah,awak nak apa.Orang dah tolong haritu pun nak buat jahat dekat orang,herhh" aku merengus.

"Kalau kau nak hidup,kau diam" sambil dia mengacukan pisau lipat ke arah muka aku.

Terus aku diam.Mulut seperti dikunci.
Err takutnya,dahla tajam semacam pisau dia.Dia ni muka dahla macam jalan tar.Kalau nak duit pun aku boleh bagi,tak payahla sampai tarik aku masuk dalam hutan dengan hujannya.Tak pasal-pasal jumpa binatang buas.Tapi dia ni nampak lagi buas dari binatang.Habis basah baju aku.Barang-barang aku semua ada dekat tempat tadi.Fon aku pun hurm... dah hilang kemana lepas kena tarik dengan mamat gila ni.

Semakin aku rasakan pegangan lelaki tadi semakin longgar,aku jadi pelik.Aku pandang dia.Terkejut aku melihat bahu kirinya yang ditikam.Dia ni tahu la gila tapi tak payah la tikam diri sendiri.Dan lelaki itu terus tumbang.Apabila tangannya tidak lagi memegang anggota badan aku.Aku terus pusing untuk melarikan diri.

Belum sempat aku ingin melangkah,muncul satu figura yang berhoodie dan bertopi hitam di kepalanya.

"I found you, my little girl" tegurnya dengan senyuman yang cukup sinis seakan-akan menang dalam perlawanan.

Bala mana lagi ni.Berkerut dahi ku memandangnya,sebab aku macam kenal hoodie yang dia pakai tu.

Aku tak cakap banyak,aku terus lari ke arah kanan.Aku nampak bayangnya yang laju mengejar ku.

Aku jumpa pondok yang agak kecil,aku menyorok di bahagian belakang pondok itu.Sambil aku mengintai ke bawah pondok untuk melihat jejak lelaki tadi.

Mama,Papa tolong Rissa..
Ya Allah jauhkan lah aku dari lelaki yang bersifat gila.

"Sayang...keluarlah" dengan meleretkan suaranya seakan ingin memujukku.

Aduh,suka hati dia je panggil aku sayang.Dia fikir dia siapa.Dia nak apa,aku ni bukannya anak Dato pun.Kalau pasal aku sergah dia haritu,takkan la dendam sampai sekarang.Menyesal pulak tegur dia haritu.Dahla orang yang aku tolong tu pun buat jahat dekat aku jugak.

Kecut pulak perut aku tengok lelaki tu pegang kayu di sebelah tangan kiri dia.

"Do you want to play hide and seek with me?"

"Sayang memang suka ye main sorok-sorok,hm?"

Aduh...Macam mana aku nak lari ni dengan heels aku ni...Terseksaaa.

Tanpa melengahkan masa,aku cabut heels aku.Aku terus baling dekat kepala dia.Aku lari selaju yang boleh.Jauh jugaklah 7 km dari pondok tadi.Tanpa aku sedar aku terpijak kayu yang dipenuhi duri.

"Arghhhh" terus aku menekup mulutku sendiri,sedar yang aku telah memberi peluang untuk dia menjejaki aku.

Aku tidak mempunyai tenaga yang banyak,aku terus sandarkan badan aku pada sebatang pokok.

Aku dengar tapak kaki yang sedang berjalan dengan kasar sambil kayu di sebelah kiri tangannya menepis daun daun di sisinya.

"Don't run away, my dear.
If I can catch you, I will never let you go." melaung sekuatnya.

Aku menutup telinga.Tanpa aku sedar dia disebelah aku sambil menekan kedua-dua lututnya di peha aku.Sakit sangat sehingga air mata aku keluar.

"Awak ni gila ke apa,sakitlah"

"Diam,sayang"

Aku terasa ingin pitam tapi aku gagahkan juga untuk mencelikkan mata.Aku harap ada orang jumpa aku,walaupun tak mungkin.Tidak lama juga mata aku mula kabur.Dan aku tidak nampak apa-apa.

She's MineWhere stories live. Discover now