BAB 2

178 36 4
                                    

Dengan rambut yang serabai ala-ala orang korea, bersinglet hitam tanpa lengan dan seluar paras lutut, Noah melangkah keluar dari rumah sambil mengeliatkan tubuh.

Noah dengar bunyi bising sebab itulah dia paksa tubuh untuk bangun dari tidur dan keluar dari rumah. Rupanya nenek sedang vakum ruang tamu.

Segar biji mata Noah selepas melihat seorang gadis yang sedang menyapu daun-daun kering dihalaman rumah. Bibir Noah terjongket senyuman nakal.

"Kau gadisku yang cantik. Coba lihat aku disini." Nyanyi Noah sambil memandang ke arah langit. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Qalbi yang sedang menekur memandang tanah tadi mendongak selepas mendengar suara seseorang. Terkebil-kebil matanya memandang ke arah lelaki itu.

"Di sini ada aku yang cinta padamu." Anak mata Noah turun dan berlaga dengan anak mata Qalbi.

Dahi Qalbi berkerut. Terangkat sebelah keningnya dengan riak wajah jelek. Lelaki itu menjengkelkan.

Kacak tapi gila!

"Kau gadisku yang manis. Coba lihat aku disini." Noah masih meneruskan nyanyian tanpa melepaskan tatapan mata mereka.

"Di sini ada aku yang sayang padamu." Bibir Noah menarik senyuman manis.

"Bising." Marah Qalbi sebelum menjeling Noah.

"Baru tahu yang anak pak imam ni rajin orangnya. Pagi-pagi dah sapu daun kering depan rumah. Untung aku dapat tengok bidadari awal pagi." Noah tarik sengih selepas mendapat jelingan dari gadis itu.

"Saya pun rasa untung. Untung dapat tengok syaitan waktu pagi macam ni." Qalbi menayangkan wajah tak bersalah. Penyapu disandarkan ke batang pokok buah pelam.

Senyuman Noah mati. Terkelip-kelip matanya memandang wajah selamba Qalbi. Langsung gadis itu tidak menunjuk riak serba salah selepas mengutuknya.

"Eii jahatnya mulut anak pak imam ni. Patutlah malam-malam jadi hantu rupanya sebab selalu sangka buruk dekat orang." Dahi Noah berkerut sambil menunding jari ke arah Qalbi.

Bulat mata Qalbi memandang Noah. Kedua-dua belah tangan naik mencekak pinggang.

"Elok sikit, brader. Saya jadi hantu malam-malam sebab saya suka usik orang bukan sebab suka bersangka buruk. Awak tu yang dah bersangka buruk dengan saya." balas Qalbi dengan garang.

Bibir Noah terjongket sedikit ke atas. Melihat wajah Qalbi yang garang itu buatkan Noah geram. Comel! Ada yang dia ajak kahwin harini juga nanti.

"Tak payah jadi hantu dah, tak payah usik orang lain dah. Usik aku seorang saja." Arah Noah selamba.

"Kenapa pula?" soal Qalbi. Anak mata Qalbi bergerak-gerak memandang lelaki itu atas dan bawah kemudian Qalbi larikan anak matanya ke arah lain.

Baru sedar pemakaian lelaki itu. Simple tetapi cukup menarik perhatian gadis normal sepertinya.

"Sebab nanti aku cemburu."

"Awak ingat awak boyfriend saya ke nak cemburu bagai?" soal Qalbi lagi. Sebelah kening dijongketkan dengan riak wajah sombong.

"Lah! Aku ingat kau girlfriend aku tadi." Noah menayangkan wajah terkejut.

"Bukan." Polos Qalbi menggelengkan kepala.

"Kalau macam tu mungkin bakal isteri."

Nak tersedak air liur sendiri Qalbi mendengarnya. Membulat mata Qalbi memandang wajah Noah yang sudah tersenyum nakal.

"Sudahlah! Makin merapu aje awak ni." Qalbi menggelengkan kepala.

"Qalbi."

Serentak Qalbi dan Noah memandang ke arah pak imam Zahir yang baru keluar dari rumah. Raut wajah pak imam Zahir kelihatan garang.

"Assalamualaikum, pak imam Zahir." Ucap Noah penuh sopan. Menggeletar jugalah dia melihat wajah garang itu tetapi demi mendapatkan si anak, takut itu perlu ditolak tepi.

"Waalaikumsalam." Pak imam Zahir mula menarik senyuman.

"Ini cucu tok Nadim yang mana? Bukan Noel kan?" Soal pak imam Zahir seeaktu Noah tunduk bersalam tangan.

"Saya Noah, adik kembar Noel." Balas Noah lembut.

"Patutlah pak cik pelik bila tengok dari dalam tadi. Minggu lepas kemain dia nak balik Kuala Lumpur cepat-cepat." beritahu pak imam Zahir tanpa dipinta.

"Dia memang macam tu, pak cik. Rindu buah hati kat sana. Takut buah hati kena sailang dengan member tempat kerja." Balas Noah dengan terselit kutukan.

"Kamu tak ada buah hati?" soal pak imam Zahir dengan senyuman. Dia mengerling sekilas ke arah Qalbi yang berdiri disebelahnya.

"Sebelum ni tak ada tetapi semalam baru jumpa seorang yang saya nak jadikan dia sebagai buah hati. Kalau dia setuju, saya nak ke next step terus." Tenang Noah membalas. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Qalbi yang mendengar itu hanya terkebil-kebil. Dia fikirkan yang lelaki dihadapannya ini masih tidak berpunya. Tapi... kalau tengok lelaki hensem seperti Noah ini, tipulah kalau tak ada buah hati. Mesti ada punya yang mengorat.

"Siapa orang tu?" soal pak imam Zahir tanpa segan silu.

"Cik gadis manis yang berdiri disebelah pak cik itulah. Semalam dia terkejutkan saya jadi tanpa sedar hati saya ni jatuh..." Noah mengantungkan ayatnya seketika. Tangan kanan naik menyentuh dada kiri.

Qalbi mengetap bibir lembut. Kerlingan nakal dari Noah buatkan Qalbi tak senang duduk. Janganlah Noah bocorkan rahsia yang dia jadi hantu malam-malam.

"Jatuh suka dekat anak pak cik." Sambung Noah selamba dengan sengihan.

Pak imam Zahir melepaskan ketawa sehingga bergegar kedua-dua belah bahu. Mengecil mata Qalbi memandang ke arah abinya dan Noah.

Suka betul ya, abi. Sebelum ni kalau ada orang mengayat dia mesti laju abi halang dengan beri bermacam-macam alasan.

"Boleh, Noah. Yang penting kamu kena usahalah nak dapatkan hati anak pak cik ni. Qalbi ni memang sombong sikit orangnya walaupun mulut tu ada saja ayat yang dia nak melawan." Kata pak imam Zahir dengan senyuman lebar. Bahu tegap Noah ditepuk beberapa kali.

Qalbi tercenggang buat kesekian kalinya. Sumpah ini bukan abi yang Qalbi kenal!

"Betul ke pak cik?" soal Noah dengan riak tak percaya.

"Betul. Nanti kalau Qalbi dah terima kamu, datang jumpa pak cik bawa Malik dan Nadra. Biar pak cik dengan ibu bapa kamu uruskan hal yang seterusnya." Mudah pak cik Zahir membalas.

Senyuman Noah melebar. Mudahlah kerjanya selepas ini. Hati bapa mertua dah dapat, tinggal nak dapatkan hati si anak saja ni.

"Sebelum ni tak macam ni pun, abi!" Sampuk Qalbi dengan wajah tak puas hati.

"Sebelum ni yang datang mengorat Qalbi tu semuanya abi tak berkenan. Yang Noah ni abi berkenan jadi apa salahnya."

"Habis yang syarat-syarat abi letak semua ni untuk bakal suami Qalbi pergi mana? Senang betul abi terima dia." soal Qalbi dengan dahi berkerut. Noah yang sedang tersenyum itu dijeling.

"Sabar, Qalbi. Tahulah abi nak bagi syarat-syarat tu dekat Noah nanti. Syarat-syarat tu takkan abi lupa walaupun abi berkenan sangat dengan dia." Pak imam Zahir menggelengkan kepala perlahan.

"Tapi abi—"

"Noah sekarang ni kerja apa?" pak imam Zahir potong percakapan Qalbi begitu saja. Dia memberikan sepenuh perhatian kepada Noah.

"Bakal peguam, pak cik. Noah baru graduate lepas dah habis chambering sembilan bulan. Sekarang ni tunggu daddy ambil Noah bekerja dekat firma guaman dia." Lancar Noah membalas.

"Kerja peguam tu bukan senang. Belajar susah, waktu kerja pun susah." Pak imam Zahir mengerutkan dahi. Bahu Noah dipegang sebelum mengajak lelaki itu untuk duduk dipondok yang berdekatan.

Noah menoleh kepala ke belakang. Apabila anak matanya berlaga dengan Qalbi, bibir mula menarik senyuman sinis.

Mengecil mata Qalbi memandang ke arah lelaki itu sebelum dijeling tajam. Kaki membuka langkah menuju ke pintu rumah.

Nak mengadu kat umi. Abi pilih kasih!

NOAH MAHFUZWhere stories live. Discover now