Nampaknya Lin Feilu mula memahami serba sedikit sikap Rong He iaitu ibu kepada Song Jinglan.

Sewaktu meninggalkan kerajaannya, Song Jinglan baru berusia tujuh tahun namun dia dengan cepat dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru yang sangat asing buatnya. Perkara itu bermaksud, tentu sebelum ini kehidupan Song Jinglan semasa dinegaranya juga bukan mudah!

Keluarga Rong merupakan keluarga bangsawan yang sangat terkenal malah beberapa orang Permaisuri terlahir dari keluarga Rong namun malangnya tahun demi tahun keluarga diraja telah menekan keluarga mereka dari melebarkan kekuasaan. Seteleh beberapa tahun mencuba, akhirnya keluarga Rong berjaya menghantar ibu Song Jinglan yang jelita ke istana untuk dijadikan gundik Raja.

Keluarga Rong berharap Rong He dapat menarik perhatian Raja dengan kecantikan yang dimiliki olehnya. Setelah Rong He dinaikkan gelar menjadi empat gundik utama, keluarga Rong semakin bersemangat apatah lagi setelah kelahiran Song Jinglan. Harapan mereka agar Song Jinglan dapat menjadi putera yang paling menonjol dan disukai oleh ayahnya.

Semenjak kecil lagi, pemikiran Song Jinglan telah ditanamkan dengan idea untuk mendapatkan takhta diraja kerajaan Song.

Lin Feilu serta merta teringat akan masa kecil mereka. Song Jinglan pernah menyatakan bahawa sewaktu dia terpilih menjadi putera tawanan tiada siapa yang peduli akan nasibnya dinegara orang, kecuali pakciknya sahaja iaitu Rong Heng.

Keluarga Rong dan ibunya hanya memikirkan kuasa mereka yang akan hilang setelah kepergiannya nanti.

Meningglkan kampung halaman pada usia yang sangat muda dan kembali hanya setelah dewasa, seberapa besarkah kasih sayang yang ada untuk ibunya yang telah lama terpisah.

Kini Song Jinglan telah menaiki takhta dan menjadi Raja seperti yang mereka semua inginkan, tapi adakah ini yang dimahukan oleh Maharani. Memilik takhta dan kuasa namun kehilangan kasih sayang seorang anak.

Semasa Lin Feilu tiba di istana Chonghua, matahari baru sahaja memberikan sinarnya.

Istana Chonghua tidak sebesar istana yang disediakan oleh Song Jinglan buatnya tapi ia mempunyai keanggunan yang tersendiri. Semasa tiba disana, sida yang bertugas telah melarang Tingchun dan Shixia untuk masuk kedalam dengan alasan hanya Puteri Yong'an sahaja yang telah dipanggil.

Kedua dua mereka merasa khuatir tapi Lin Feilu menenangkannya dengan menyatakan tidak perlu merasa risau mahupun cemas.

Semasa melangkah masuk kedalam, Lin Feilu menghidu haruman bunga anggrik yang lembut. Walaupun Maharani sudah berusia, wajahnya masih kelihatan cantik.

Pasti ketampanan Song Jinglan diwarisi dari ibunya!

"Xiaowu, memberi salam kepada ibu Maharani", sambil Lin Feilu menundukkan kepalanya.

"Bangun"

Wajah polos Puteri Yong'an berbeza dengan gambaran yang terdapat didalam fikiran Maharani selama ini.

Sebentar lagi puteri dari kerajaan Dalin ini akan dinobatkan sebagai Permaisuri Kerajaan Song. Ianya disebabkan, Puteri Yong'an membesar bersama sama dengan Song Jinglan. Pasti beliau merupakan seorang puteri yang sombong serta bangga dengan sejarah yang dimiliki olehnya. Mungkin dia akan memandang rendah terhadap kedudukan Maharani, ini adalah sentimen yang bermain difikiran Rong He sejak beberapa hari ini.

"Berikan Puteri Yong'an tempat duduk".

"Saya mendengar kamu telah mengenali Yang Mulia semenjak beberapa tahun yang lalu".

"Ya, kami saling kenal sejak zaman kanak kanak lagi".

"Bagaimana kamu berdua boleh mengenali diantara satu sama lain?"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now