"Dengan mak long Arissa.Tapi,mak long pergi tempat lain."JelasArissa. 

"Hurm,,macam mana dengan semua beg plastik ni?Sudahlah banyak,beratpula tu."Kata Louise simpati.

 "Eh,tak apa.Nanti mak long sampai lah tu.Abang kalau nak balik dulu,balik je lah."Dia juga harap apa yang dia kata itu terjadi,dia tak mahu Louise membantunya untuk mengangkat barang-barangnya,sudah menyusahkan orang pula.

"Mama.Look!Arissa dengan siapa tu?" Matanya dikecilkan agar dapat melihat dengan jelas gerangan yang bersama dengan Arissa.

 "Haish perempuan tu,sempat lagi dia nak mengorat jantan!Aku suruh beli barang dapur bukan suruh beli anak ikan." Langkah dilajukan Bersama hati yang sedang membara. 

"Errr,dia buat kea pa yang aku suruh tadi?Takkanlah perempuan ni bodoh sangat pergi dengar cakap aku kan?"Bisik hati Rosanne.

"Eyh,hah!Tak apa,abang Louise boleh balik sekarang sebab mak long pun dah sampai."Kata Arissa lalu jari ditunjuk ke arah dua orang individu yang dia tunggu dari tadi.Dengar sahaja kata-kata Arissa,automatik kepala Louise berpusing ke arah yang ditunjuk oleh Arissa.

Puan Ramona yang sedang berjalan laju itu terus langkahnya dimatikan apabila melihat lelaki yang bersama Arissa itu.Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang,nafasnya terus jadi tidak teratur.

-Te Amo Street-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
OUR DESTINYWhere stories live. Discover now