[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒆

Start from the beginning
                                    

"Jadi, kitorang tak boleh lah panggil Cik lagi. Kena panggil puan lah, boss kita ni," usik Qira.

"Tapi sedih lah Cik Naira dah kahwin tak ajak kami pula tu." Merajuk Farah. Syuhada dari tadi hanya mendiamkan diri, malas ingin bersuara.

Naira ketawa kecil, sempat dia memandang syuhada di situ lalu kembali memandang mereka semua.

"Maafkan saya ya semua. Saya nak bagitau tapi belum masanya. Saya kena hormat keputusan belah mentua saya."

"Takpe Cik Naira, eh-- Puan Naira. Kami gembira Puan Naira dah jumpa pasangan yang baik dan... kacak pula tu." Puji Farah memukul lembut bahu Qira. Terlalu kacak suami bosnya ini. Mana nak dapat macam ni?

Kytor hanya senyum mendengarnya.

"Err.. Puan Naira, yang sorang lagi tu siapa?" Soal Ekmal.

Aku memandang arah Ekmal tunjuk.

"Oh, dia bodyguard peribadi kami."

"Oh.." Semua faham

"Bodyguard? Kenapa kena ada bodyguard Cik-- Eh puan Naira?" Soal Farah ingin tahu.

"Err..." Aku tidak terfikir Farah akan tanya perkara itu. Tidak mungkin aku memberitahu hal sebenar tentang suamiku. Apa yang perlu aku katakan? Apa ya? Ah, fikir Naira.

"Hai, single ke?" Telatah Qira pada Mustaqim berjaya mengalihkan tumpuan semua. Aku tersenyum. Tidak perlu aku menjawab soalan Farah tadi.

"Eh kau ni. Tak malu eh," perli Farah sambil menarik lengan Qira dari mendekati terus bodyguard itu. Sedangkan dia pun ingin merebut bodyguard tampan itu. Terlalu tampan. Tetapi, suami puan Naira lebih tampan dari lelaki ini. Tak dapat kacukan itu, lelaki melayu pun boleh lah.

Mustaqim hanya senyum mendengarnya.

"Ya saya masih single."

Semua panas mendengarnya.

"Tapi! Saya tetap bekerja bawah Tuan Ryan dan Puan Naira. Jadi bab cinta saya elakkan," ucap Mustaqim dengan nada serius.

"Tuan?" Hairan mereka mendengar gelaran itu. Apa suami bos Puan Naira punya pangkat?

"Dah-dah, nanti kerja tak jalan. Saya masuk pejabat dulu ya. Korang sambung kerja. Nanti kita borak lagi." Aku tidak mahu memanjangkan cerita, jadi perlu dielakkan isu ini.

"Alaa Cik-- Eh puan Naira. Kami nak dengar cerita macam mana Puan Naira kahwin."

Aku senyum.

"Nanti kita borak ya. Sambung kerja kamu semua."

Syuhada yang melihat Naira hanya menjeling sahaja.

"Acah-acah bahagia konon," gumam dia sendirian.

Mustaqim berdiri di muka pintu berjaga di luar.

"Sayang."

"Shh!" Aku menekup mulut suamiku sebaik sahaja pintu pejabatku ditutup.

Terangkat kedua-dua keningnya tidak faham.

"Kita kat dalam office awak. Nanti diorang dengar," bisikku perlahan.

Kytor menurunkan tangan isterinya. Dia tersenyum nakal.

"Alaa, biarlah. Diorang dah tahu kita suami isteri apa salahnya." Kedua-dua tangannya dilekap pada pintu menyekat aku di tengah-tengahnya.

"No, tak boleh. Saya tak nak nanti diorang fikir saya tak bekerja dan bersuka-suka pula di sini." Aku menepis lembut tangan suamiku.

Kytor ketawa.

"Apa yang lucu?" Hairan aku geram.

"Awak comel bila marah." Dia mencubit pipiku geram. Wajahku kemerahan sekali lagi. Ah, mengapa suamiku ini suka buat aku cair berkali-kali?

"Dah lah, saya nak kerja." Aku melangkah ke meja kerjaku lalu meletakkan tas di atas meja. Kemudian, aku duduk dan menghidupkan komputer meja kerjaku.

"Okay." Jawabnya lalu duduk di sofa berhadapanku.

Mata aku yang ingin fokus tidak dapat fokus sepenuhnya. Dari tadi lagi jantung aku berdegup laju menatap skrin komputer ini. Sekejap aku memandang sekilas di hadapanku kemudian di komputer pula.

'Apa aku tidak salah nampak dari tadi?'

Mata sebaik mungkin cuba elak daripada bertembung dengan matanya yang memang dari tadi asyik nak panah mata aku saja.

Jantungku mula memainkan irama. Rancak jantungku berdegup sehingga aku yang jadi tak keruan.

"A.. awak, saya tak boleh fokus awak pandang saya macam tu."

Tiada balasan. Aku pandang suamiku. Dia masih menatapku dengan renungan mata yang tajam ke anak mataku serta bibir menyenget nakal. Seksi. Ah! otak aku dah ke lain.

"Kytor!" jeritku geram dengan wajah meruap merah.

"Ha? Ya, sayang. Kenapa?" Pura-pura dia tersentak dan membuat wajah hairan memandang ku.

Bibir bawah dikemam lembut. Serius! Dia sengaja mengusikku begini. Wajah aku semakin kemerahan.

Dia bergegas ke arah aku.

"Sayang? Sayang okay ke?" Soalnya sambil cuba memandang wajahku.

Lama kelamaan.. dia.. ketawa besar. Aku gigit bibir bawah, geram.

"Alolo... sorry aku usik kau."

Aku menepis perlahan tangannya yang suka mencubit pipiku.

"Dah, saya nak kerja."

"Sayang.." Tangannya menahan aku dari bekerja. Dia memusingkan kerusiku betul-betul berhadapannya.

"Sorry.." ucapnya sambil membuat wajah manja. Aku memandang arah lain. Hati ini tidak kuat. Tidak kuat melihat wajahnya yang terlalu comel.

"Sayang?"

"Hm?"

"Tak maafkan aku lagi?"

"Saya maafkan. Dah, jangan ganggu saya, duduk sa-

Cup!

Kucupan sekilas di bibirku. Tidak sempat aku menyambung kata. Wajahku merona merah lagi. Dia dengan tenang melangkah ke sofa dan membaca buku di situ.

Jantung aku berdetak semakin tidak keruan.

Malu. Aku menekup wajahku dengan kedua-dua tangan.

Menyesal pula bawa suami aku ke sini. Di office pula tu. Risau aku jika ada yang masuk ke pejabat saat dia sebegini.

Aku memandang dia di sana.

Dia memandang aku, senyum sambil mengenyitkan mata.

Wajah aku semakin merona merah. Mata mengelak pantas dari memandang dia lagi. Aku menyambung kerja kembali tanpa mengingati kejadian tadi.

Aku. Tak. Blushing!





𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now