☆ 6

339 26 3
                                    

Matanya dialihkan daripada tulisan di atas novel tersebut apabila pintu wad dibuka dari luar. Perhatiannya kini tertumpu pada gerangan yang bersusah payah memasuki wad tersebut dengan tangan yang penuh.

"Skop kerja aku hanya uruskan jadual kau dan jaga kebajikan kau. Kenapa aku kena jadi posmen pula ni?"

Qaisaraa tidak dapat menyembunyikan tawa apabila melihat Syazwani bergelut untuk memastikan semua surat dan jambangan bunga tidak terlepas dari pegangannya. Kesian sebenarnya. Tapi nak dia buat apa? Berlari untuk tolong?

"Boleh tak letak dekat sana dulu? I'll read them later. Thanks, Kak Wani."

Syazwani hanya mampu menjulingkan matanya sebelum menurut perintah. Makin hari dirinya terasa seperti dayang istana yang menjaga tuan puteri pula. Haih... sabarlah, Wani. Demi sesuap nasilah katakan.

Baru sahaja Qaisaraa ingin menyambung bacaannya, matanya tertancap pada patung beruang berwarna merah jambu yang terletak elok di atas sofa. Keningnya bertaut buat seketika. Seingatnya patung beruang itu tiada di situ sebelum ini.

"Dari mana patung beruang tu datang?"

Syazwani turut keliru melihat patung tersebut yang entah bagaimana berada di situ. Namun dia perasan akan sekeping nota yang tertampal di kepala patung beruang tersebut sebelum mencapai dan menyerahkannya kepada Qaisaraa.

"Aku tak ingat pula bawa patung ni masuk. But I think it's one of your fan's gift for you. Mungkin Ikmal yang letak dekat situ?"

Lama Qaisaraa memerhatikan patung beruang di tangannya. Tidak dapat dinafikan patung beruang itu kelihatan comel dan sedap dipeluk. Tapi macam ada sesuatu yang tak kena.

I hope this bear will accompany your stay here.
- your biggest fan

Setelah membaca nota tersebut, hati Qaisaraa sedikit tenang. Jika salah seorang daripada peminatnya yang memberikan patung tersebut, jadi dia tiada sebab untuk tidak menyukainya.

"It's okay. It's kinda cute, so I'll keep it." Qaisaraa tersenyum sebelum meletakkan patung beruang tersebut di atas meja di sebelah katilnya. Sempat dia menepuk kepala beruang itu beberapa kali.

Sekali lagi pintu wad itu dibuka dan serta-merta wajah Qaisaraa bersinar melihat gerangan tersebut. Pantas kepalanya diangkat sebelum dia mengerang kesakitan akibat jahitan di bahagian kepalanya.

"Astaghfirullah, Saraa... Lain kali hati-hati. Nak kepala tu kena jahit sekali lagi ke?" Bebel Neem seraya menerpa ke arah pesakitnya itu. Bahagian kepala wanita itu diperiksa, bimbang sekiranya jahitan yang masih baru itu terbuka.

Neem hanya mampu mengeluh apabila wanita itu sekadar ketawa tanpa menghiraukan pesanannya. Nasib baiklah si Qaisaraa ni sakit, kalau tak dah benjol kepala dia.

Qaisaraa hanya membiarkan Neem memeriksa jahitan di kepalanya. Sesekali dia berbual dengan doktor wanita itu yang tidak jemu melayannya. Mungkinlah ada jemu tu sikit tapi ada dia kisah?

Semakin hari hubungannya dengan kakitangan di hospital itu semakin rapat. Mungkin kerana abangnya sering bercerita tentang mereka membuatkan Qaisaraa merasakan yang dia telah mengenali mereka lama.

Well... except one person.

"Dr. Neem, boleh tak saya nak jalan-jalan keliling hospital ni? Saya bosanlah duduk atas katil je sepanjang hari." Sebaik sahaja Neem selesai menjalankan pemeriksaan ke atasnya, Qaisaraa pantas menyoal. Dia benar-benar bosan merenung ke luar tingkap dan membaca buku sepanjang hari. Sebelum ini, pantang ada masa je, terus dia keluar. Memang tak boleh duduk diam!

"Bukan tak boleh, Saraa. Tapi..." Neem bertukar pandangan dengan Syazwani yang turut kelihatan risau akan wanita itu.

"Sekejap pun jadilah, doktor. Please..." Qaisaraa mula mengeluarkan 'senjatanya'. Jika Syazwani pun boleh kalah dengan 'senjatanya', mengapa Dr. Neem tak boleh?

Tainted Love [OG]Where stories live. Discover now