1

294 19 0
                                    

HAYKAL memandang sekeping gambar yang sudah menjadi penghuni tetap di dalam wallet-nya selama tiga tahun. Tengku Aryana Raina, pemilik nama itu masih melekat dalam hatinya walaupun sedikit susah untuk dia menerima apa-apa khabar berita daripada gadis itu di Malaysia.

Tanpa disangka tiga tahun lamanya dia tidak berjumpa dengan gadis itu sejak dia terbang ke United Kingdom untuk menyambung pelajarannya bersama dengan empat lagi rakannya.

Sepanjang tempoh itu juga dia tidak mempunyai masa untuk pulang ke Malaysia akibat kesibukan yang melampau.

"Kal, we are off to class now" muncul Afieq di muka pintu bilik Haykal untuk memberitahu lelaki itu bahawa mereka akan ke kelas sebentar lagi.

"Coming" balas Haykal lalu menyimpan semula gambar Aryana. Beg galas yang sudah disediakan lebih awal di atas kerusi diambil lalu berjalan meninggalkan bilik tidurnya. Pintu ditutup rapat.



SEORANG gadis berjalan menuju ke arah cafeteria. Kaki terus berhenti apabila sudah tiba di hadapan kaunter untuk membuat pesananya.

"One vanilla latte" pesannya lalu menghulurkan sekeping kad untuk membuat pembayaran.

Mata meliar mencari tetap duduk yang kosong selepas mendapat minuman yang dipesannya. Kaki melangkah menghampiri meja kosong yang terletak di hujung cafeteria.

Buku diletakkan di atas meja manakala beg tangannya di kerusi kosong di sebelahnya.

"Awal kau hari ni" bahunya disentuh dari belakang. Pemilik suara itu berjalan ke hadapannya lalu mengambil tempat duduknya.

"Macam biasa" jawabnya mendatar.

"Untung la. Kalau aku ni geram betul dengan Prof. Hen tu" adunya.

"Prof. Hen? You mean Prof. Henry?" tebak gadis itu.

"Obviously, Tengku Aryana. Prof mana lagi yang suka cari pasal dengan aku" ujar Firna lalu menepuk dahinya.

"Aku rasa dengan semua lecturer kau macam tu, Firna Aulia" perli Aryana kembali.

Firna mencebik apabila dirinya tidak mendapat sokongan daripada kawannya sendiri. Tangan menongkat dagu di atas meja lalu membaca message yang diterima daripada Amelya.

Matanya membulat selepas membaca dengan teliti setiap baris ayat yang dihantar oleh Amelya itu.

"Seriously?" gumam Firna perlahan.

Namun, masih boleh ditangkap oleh Aryana yang duduk di hadapannya.

"What's wrong?" soal Aryana pelik. Pantas Firna menggelengkan kepalanya.

"Kau tak ada class ke lepas ni?" soal Firna menukar topik perbualan mereka.

"Ada. Kejap lagi" balas Aryana mengerling ke arah jam tangannya.

Firna hanya mengangguk.



"MANA Amel?" soal Raisya yang sudah duduk di tempatnya. Sementara menunggu kedatangan pensyarah, Raisya terlebih dahulu menjadi susuk tubuh Amelya.

"Kenapa kau cari aku?" tidak sempat Qirana membuka mulut, Amelya muncul di sebelah Raisya meletakkan buku di atas meja.

"Betul ke apa yang kau hantar tadi?" soal Raisya masih tidak percaya.

The Tengku's Story [TERBIT 2024][New Ed.]Where stories live. Discover now