BAB 1

1.9K 259 42
                                    

Tahun 2052.

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawasanya saya, Amirul Faiz ibn Ahmad Hairul dengan sesungguhnya dan suci hati bersumpah bahawa segala apa yang saya utarakan dalam perbicaraan ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar belaka." Sumpah diangkat. Dan sumpah diikat. Tapak tangan yang tadinya diletak di sisi kanan telinga, diturunkan setelah beberapa ketika. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Tangan diletakkan di sisi.

Satu susuk tubuh bangun dari tempat duduk dan berjalan menghampiri saksinya yang sedang duduk. "Saya difahamkan bahawa saksi, Encik Amirul berada di tempat kejadian sewaktu jenayah berlaku. Encik Amirul sedang melelapkan mata di dalam keretanya sementara menunggu isterinya, Khairin Zulaikha membeli belah di pasar malam yang terletak tidak jauh daripada tempat yang diparkir." Dia menghadap hakim untuk memberitahu keterangan itu. Kemudian badan dipusingkan untuk menghadap saksi. "Betul? Boleh encik ceritakan apa yang berlaku?" Lancar pendakwa raya itu berkata-kata.

Amirul selaku saksi mengangguk. "Ya, betul. Sementara menunggu isteri saya membeli belah, saya melelapkan mata buat seketika. Apabila terdengar bunyi jeritan yang agak kuat, saya terjaga. Saya membuat keputusan untuk keluar dari kereta dan mengikut arah bunyi itu. Apabila saya sampai di tempat kejadian, saya dapat menyaksikan pembunuh sedang menikam mangsa berkali-kali."

"Boleh encik terangkan cara-cara pembunuhan itu dilakukan atau ciri-ciri yang ada pada pembunuh itu?" Fahrin, pendakwa raya bagi kes ini mengutarakan lagi soalan.

"Tapi dia menikam menggunakan tangan kirinya, dan saya juga dapat lihat darah mengalir daripada bahunya, mengalir hingga ke tapak tangan."

Fahrin mengangguk-angguk. "Jadi, saksi merupakan seorang yang kidal, dan sekarang sepatutnya dia mempunyai parut di bahu kirinya," katanya sambil memandang ke arah saksi. Kemudian dia berpaling ke arah hakim yang sedang duduk di atas sana. "Itu sahaja dari saya, yang Arif." Langkah diatur ke tempat duduk semula.

Setelah itu, Amra maju ke hadapan. Langkahnya tampak yakin. Dari tempat duduknya, dia berjalan menuju ke saksi yang baru sahaja disoal siasat oleh pendakwa raya. "Encik, adakah encik dapat saksikan wajah penjenayah dengan jelas?"

Amirul menggelengkan kepalanya sedikit. "Saya tak dapat mengenalpasti wajahnya memandangkan tempat itu agak gelap dan dia memakai topi."

"Adakah encik dapat mendengar suara penjenayah?"

Amirul menggeleng lagi. "Tidak."

"Boleh encik lihat yang tertuduh?" Menggunakan tapak tangan, Amra menunjuk ke arah kliennya, iaitu yang tertuduh. Haikal Anuar ibn Khalis. Dia merupakan penjenayah yang didakwa oleh pendakwa raya, dan Amra merupakan peguamnya. "Adakah figura yang tertuduh ini sama dengan penjenayah di hari kejadian?" soal Amra.

Saksi itu berfikir buat seketika sebelum menjawab. "Saya tidak pasti kerana saya tidak dapat memerhatikan dengan tepat kerana saya terkejut dengan apa yang berlaku."

Amra mengangguk-angguk. "Bermaksud, saksi tidak dapat menyatakan bukti yang jelas tentang penjenayah tersebut. Untuk pengetahuan yang Arif, Encik Haikal bukanlah seorang yang kidal dan dia tidak ada parut sama sekali di kedua-dua bahagian bahunya. Sangatlah tidak wajar untuk pendakwa raya mendakwa encik Haikal sebagai penjenayah hanya kerana dia berada di tempat kejadian—"

"Yang Arif, hanya dia yang berada di tempat itu—"

Amra mengangkat tapak tangannya, menghentikan kata-kata pendakwa raya tadi. "Yang Arif, saya belum selesai mengemukakan bahagian saya." Mata melirik sedikit ke arah pendakwa raya yang sudah pun bangun untuk membangkangnya. Amra paling pantang orang mencelah sewaktu dia belum menyelesaikan sesinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 10, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

UNKNOWNWhere stories live. Discover now