Chapter 15 ○Serangan Besar-besaran○

17 4 2
                                    

Perjalanan Seven diteruskan dengan seekor kuda. Sepanjang perjalanan Cree dan Seven, tiada sepatah pun perbualan yang dimulakan. Barangkali Seven masih menahan sebak setelah baru lagi kehilangan kekasih hati.

Dapat di lihat aura yang kurang senang keluar dari jasad Seven. Namun bukanlah diri Cree untuk terus berdiam begitu.

Cree : "S... Seven.... Takziah atas kehilangan Nielle. Aku tumpang simpati. Kalau tak sebab aku, mesti Nielle masih hidup sehingga kini."

Secara tiba-tiba, Seven menghentikan kuda tunggangannya. Tajam dia memandang ke arah Cree. Boleh jadi yang dia malas untuk mendengar ucapan simpati daripada Cree. Cepat-cepat Cree mencari idea untuk menukar topik perbualan mereka.

Kalis Cree memandang ke arah tombak Nielle yang berbalut dengan kain. Berputik ideanya pada ketika itu.

Cree : "Eh? Itu bukan tombak Nielle ke? Kenapa kau balut dengan kain?"

Syukur yang Seven termakan dengan helah Cree. Jikalau tidak, mahu lunyai dikerjakannya.

Seven : "Aku tak dapat nak menyentuh tombak ini secara langsung."

Cree : "Kenapa?"

Seven : "Aku tak pasti kisah penuhnya. Cuma tombak ini hanya boleh digunakan oleh Nielle sahaja. Penjaga tombak ini sangat cerewet."

Cree : "Sayangnya.... Senjata dah bagus tetapi penggunanya sudah tak ada."

Seven : "Nak buat bagaimana? Bukan sekali dua aku cuba untuk menggunakan tombak ini. Dah banyak kali. Namun setiap kali aku hendak menggunakannya, rohani aku mesti lunyai."

Lama Cree merenung tombak Nielle. Ada hati juga untuk dia menyentuh tombak itu.

Cree : "Hei, Seven. Boleh tak kalau aku nak cuba guna tombak itu?"

Malangnya, Seven tak akan berikan Cree peluang.

Seven : "Jangan nak mengarut. Aku tak akan benarkan. Terlalu berisiko. Lebih baik kau fikirkan hala tuju perjalanan kita ini sahaja."

Terdiam kaku Cree di belakang Seven. Itulah dialog terakhirnya sebelum mereka kembali membisu. Maka perjalanan mereka ke Yusei Temple terpaksa diteruskan hingga ke penghujung.

✨✨✨

Tidak jauh beza situasinya dengan keadaan Kayama. Mereka semua melalui situasi yang menyulitkan.

Yura : "Sekarang ini, bagitahu aku. Dah berapa lama kau perhatikan Kerajaan Noracks ini? Kau bekerja di bawah siapa?"

Kayama yang masih terikat sedang melalui sesi reman oleh Yura. Berbezanya dengan sebelum ini, sudah ada dua tusukan pisau pada kedua-dua jantungnya.

Kayama : "Huhh.... Huhh.... Cik Yura. Sudah berapa kali saya kata? Saya tak bekerja di bawah pemantauan sesiapa. Agh-!"

Setiap kali Kayama memberi jawapan yang tidak memuaskan hati Yura, dia akan memulas bilah pedang pada anggota Kayama merobek jantungnya dengan lebih teruk.

Yura : "Kau ini.... Nak aku tusuk satu lagi jantung kau ke? Kenapa susah sangat nak jawab soalan aku?"

Kayama : "Saya cakap benda yang betul."

Tidak sama sekali untuk Yura mempercayai kenyataan Kayama. Lantas dia mengambil lagi sebilah pisau yang masih berkilat matanya. Berpeluh Kayama dengan tindak-tanduk Yura. Nyawanya mungkin sudah berada di hujung tanduk sahaja.

Yura : "Haih...."

Kayama : "Cik Yura nak bunuh saya ke?"

Yura : "Tak bunuh. Cuma nak mendesak."

Vespertine : The Strongest Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum