"Petang ni. Kakak aku still ada dekat rumah. Jumaat nanti baru dia balik kolej balik," jelas Fateen memberi cadangan. Masa-masa sebegini perlu dimanfaatkan sebaikknya.

Mereka hanya mengangguk setuju dengan cadangan Fateen.


"ASSALAMUALAIKUM Fateen!" laung Hannah dari luar rumah teres dua tingkat milik keluarga Fateen.

Wajah Fateen ceria muncul di depan pintu.

"Waalaikumsalam. Masuklah pagar depan tu tak kunci pun." Tangan ligat membuka pintu masuk rumahnya.

"Kakak kau tak marah ke kalau kita nak tanya fasal Syah ni?" soal Hannah sebaik sahaja menapak di sebelah Fateen. Aidan dan Syah hanya menadah telinga menunggu jawapan Fateen.

"Kakak aku kata tengok dulu, mana dia nak jawab dia jawab. Tapi kalau dia emosi tiba-tiba jangan marah lah. Itu apa dia cakap kat aku," jelas Fateen. Risau kakaknya melepaskan segala emosi di hadapan sahabatnya yang dua ini.

Mereka yang lain hanya mengangguk faham. Banyak juga soalan yang mahu ditanya kepada kakak Fateen. Mungkin dia kunci kepada misteri kewujudan Syah.

Langkah mereka terus menuju ke sofa di ruang tamu di tengah rumah. Kelihatan kelibat Farhani sedang menghidang minuman dan sedikit kuih-muih di atas meja. Mereka terus menghamburkan senyuman kepada Farhani. Ahh, gemuruhnya.

"Far...Farhani, aku pernah nampak dia ni." Syah yang dari tadi berdiam diri bersuara. Dahi sudah dikerutkan sekerut-kerutnya. Mata digosok beberapa kali membetulkan penglihatan dia. Farhani Sophia empunya suara yang sering bermain dia kepalanya. Tapi apa kaitannya dia dengan Farhani.

Aidan dan Hannah memandang Syah yang masih asyik memandang Farhani dengan penuh kerutan. Ehh dia memang nak berdiri saja dekat situ ke? Aneh-aneh sahaja lah si Syah ini.

"So apa yang kau orang nak tahu?" soal Farhani terus ke tujuan utama pertemuan mereka.

Fateen sudah ceritakan kelebihan Hannah dan Aidan kepada kakaknya. Entah mengapa ada satu aura yang membuatkan dia percaya kepada adiknya walau apa yang didengarnya itu boleh dikatakan sangatlah merepek. Mana mungkin manusia berkomunikasi dengan roh atau itu memang kelebihan mereka.

"Akak kenal Syah?" soal Hannah.

"Kalau Syah yang kau orang maksudkan ialah Said Yusuf Ahmad Hazim. Ya, akak kenal dia. Kenal sangat," balas Farhani.

Ahh sudah siapa pula Said Yusuf anak pakcik Ahmad Hazim ini. Penglihatan Hannah dan Aidan kini tertumpu kepada Syah. Kerutan melihat Farhani tadi ditambah dengan kerutan memikirkan siapakah Said Yusuf yang Farhani sebut tadi. Muka Syah sekarang tak ubah seperti buah pulasan yang sudah digelek tayar kereta Myvi pakcik Jemal sebelah rumah Hannah. Buruk keadaannya.

"Aku tahu lah muka kau tu aku dengan Hannah aje yang boleh tengok sekarang, tapi control lah sikit. Buruk sangat tu. Kain buruk pun comel lagi." Sedas tembakan kata dilepaskan oleh Aidan. Tak tahan tengok segala kerutan di muka Syah.

"Buruk sangat ke?" Syah terus memegang mukanya dengan penuh kerisauan. Imej aku tercemar. Tidak! Laungnya di dalam hati.

"Tapi aku tak dapat nak ingat lah siapa si Said Yusuf tu. Cuba tanya Farhani dia dekat mana sekarang? Mana tahu bila jumpa dia pulak aku boleh dapat balik memori fasal dia." Hannah menangguk mendengar kata Syah.

"Said Yusuf tu dekat mana sekarang kak? Mana tahu kami boleh jumpa dia and solve mystery si Syah ni," soal Hannah penuh harapan. Harapnya Said Yusuf berada berdekatan sahaja, mudah sikit kalau begitu.

"Syah dah tak ada, dia meninggal kemalangan empat tahun lepas."

"Inna lillahi wainna ilayhi rojiuun."

"Maaf kak, kami tak tahu. Maaf tapi nak tanya lagi macam mana dia kemalangan tu?" soal Aidan. Berat kehendaknya nak menanyakan soalan itu tapi demi menyelesaikan masalah Syah mungkin dengan jawapan Farhani dapat membantu mereka.

"Dia kena langgar lari dengan kereta. Sampai sekarang tak dapat si pelakunya, Syah baik sangat dengan kita orang. Tapi sanggup orang perlakukan dia macam tu. Kejam..." Tubir mata Farhani kini dipenuhi cecair jernih yang bakal mencurah turun ke wajahnya. Kecewa kerana kes itu dibiarkan begitu sahaja.

Kematian Syah langsung tak dibela sesiapa. Malah tiada siapa yang cuba untuk membantu menyelesaikan kes kematian Syah. Dia pasti kemalangan itu disengajakan tapi tiada bukti bagi membenarkan kata-katanya.

"Sampai sekarang akak tak dapat nak maafkan pelakunya. Lepas kematian Syah, Irfan larikan diri dari akak. Irfan tak macam dulu lagi. Syah satu-satunya tempat Irfan luahkan segalanya. Irfan dah macam hilang punca bila Syah pergi tinggalkan kami. Akak cuba nak tolong Irfan tapi dia... Irfan yang tak nak terima pertolongan sesiapa. Dia langsung tak nak sambut bantuan orang."

"Irfan..." Syah menyebut nama tersebut. Entah mengapa nama tersebut terasa dekat dengan dirinya. Tapi siapa Irfan pula sebenarnya. Tadi Said Yusuf sekarang Irfan. Apa kaitannya mereka dengan Syah?

"Akak tahu Irfan dekat mana sekarang?" soal Aidan.

Farhani menggeleng. Air mata masih mengalir keluar dari tubir mata. Kehilangan dua sahabatnya, rakan seperjuangan di bangku sekolah terasa seperti hilang separuh dirinya. Sudahlah mereka berdua sahaja yang Farhani ada, dengan Irfan yang hilang secara tiba-tiba tanpa khabar.

"Lepas habis SPM, semua orang tak dapat contact Irfan lagi. Dia hilang. Ghaib terus. Tak ada siapa tahu dia dekat mana dan apa jadi pada dia sekarang. Sejak daripada dia hilang tiba-tiba, semua orang dah mula lupakan kewujudan dia. Macam dia tak pernah wujud pun lah."

"Irfan, Said Yusuf dan Farhani. Apa kaitan mereka dengan aku? Adakah mereka penyebab aku di sini," keluh Syah sendiri. Kusut kepalanya memikirkan hal ini. Rasa mahu lari sahaja sampai Pluto mahu lupakan hal ini.



Yang menulis,

Side

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ